Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, January 13, 2009

2 jam di hospital



Hari ini boleh dikatakan hari melawat hospital bagi Neeza. Belum masanya untuk deliver tapi disebabkan prosedur yang sangat sukar difahami di sini, Neeza terpaksa melawat hospital sebelum di wadkan :). Pagi tadi dah pergi tapi tak dapat jumpa doctor sebab ramai sangat pesakit. Petang tadi pergi lagi. Walaupun number giliran Neeza kurang daripada 5, Neeza terpaksa tunggu hampir 2 jam untuk jumpa doktor. Best kan! Memang best... ye la tu.. :)


Sebagai seorang yang memang suka perhatikan gelagat manusia, Neeza selalu lihat kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang masa menunggu. Neeza bukan stare orang. Tak elok stare orang pun. Walaupun tak stare, Neeza dapat tengok dan menilai 1 incident yang berlaku depan mata Neeza.


Di tempat Neeza menunggu, semua pesakit adalah wanita (nama pun Obs and Gynae). Semuanya berabaya hitam dan tutup muka. Rasanya, Neeza sorang yang tak tutup muka (tapi masih berabaya hitam). Memang lama kami semua tunggu. Hospital buka jam 4.00 petang. Sebelum 4.00 petang lagi, kaunter dah penuh dengan orang untuk register. Jam 4.10 barulah dapat register. Lepas tu masing-masing berpusu-pusu ke tempat menunggu. Boleh dikatakan patient dari number 1-10 memang datang pada waktu yang sama. Cuma disebabkan lambat register sikit, dapatlah number yang belakang sikit.


Kami tunggu dan tunggu... lama kami tunggu. 4.30 petang baru doctor sampai. Sekali, ada seorang wanita masuk. Nampak macam sakit sebab dia jalan slow sangat ke bilik doktor. Neeza suspect dia bukanlah giliran pertama sebab circulation number di bilik doktor tak berubah pun. Lama betul dia didalam bilik doctor.


Dalam pada tu, adalah seorang lagi wanita duduk di sebelah Neeza mengomel dalam bahsa Arab. Sebijik butir pun tak faham. Dalam pada menunggu tu, datang seorang wanita tak tutup muka. Tak tahulah kenapa dia datang situ. Bila wanita yang dalam bilik doctor keluar, cepat-cepat wanita tak tutup muka tu masuk bilik doktor. Wanita yang sebelah Neeza ni dah macam bengang. Dia mengomel lagi. Kali ni Neeza faham. Dia sebut dia ni number 1 (Raqm wahid). Mungkin dia bising sebab dia sepatutnya masuk dulu dan bukan 2 orang yang dah masuk tu.


Sekali, datanglah seorang wanita lagi, nampak sangat sakit. Wanita ni macam pregnant. Dia bawak 1 form kat tangan. Neeza pun tak pasti form apa. Neeza rasa, dia pun takde number giliran rasanya. Dalam pada dia duduk tunggu bilik doctor dibuka, wanita yang bising tadi duduk bising lagi. Lepas tu wanita yang nampak sangat sakit tu bangun berlalu pergi.


Then, azan maghrib. Doctor keluar sebelum sempat entertain wanita yang bising tu. Lagi lah dia bising. Banyak kali masuk jumpa nurse untuk tanya. Nurse pun macam malas nak layan. Neeza pun pergi dulu sebab dah tahu lambat lagi sebab doctor dah keluar pun untuk solat maghrib.


Bila datang semula, Neeza tengok circulation number tunjuk number 1. Maknanya makcik bising tadi tu dah ada kat dalam. Bila tiba giliran Neeza, Neeza dengar doctor buat call tentang seorang patient yang ada problem untuk bersalin. Baru saja admitted tapi usia kandungan baru 38 minggu. Problem dia, leaking membrane. Tak faham sangat apa maksudnya tapi cara doctor tu cakap, macam serious.


Neeza terfikir, entah-entah yang ada problem tu ialah wanita yang nak masuk jumpa doctor tapi tak dapat tu. Kesian dia. Doctor yang seorang ni memang doctor senior disitu. Kalau ada problem, memang orang kena refer pada dia. Tapi since makcik tadi tu bebel banyak sangat, langsung tak jadi wanita yang sakit tu nak jumpa.


Kalau lah benda tu jadi kat kita, macam mana lah kan. Betul lah. Memang kita dapat number awal tapi kes kita tak lah teruk berbanding dengan orang lain yang ada problem tu. Bayangkan kita yang sakit dan tak dapat number awal. Agaknya kita harap tak orang lain kesian kan kita?


Perangai ni bukan hanya terdapat disini. Banyak tempat ada. Benda ni kadang-kadang memang ada dalam diri sesetengah orang. Sikap yang tak boleh memahami keadaan orang lain. Kalaulah kita letak diri kita ditempat orang tu, mungkin keadaan berbeza. Takdelah kita asyik bengang dan nak marah saja kan.


Semoga Neeza juga dikurniakan hati mulia yang sentiasa dapat memahami keadaan orang lain. Insyaallah...



Nota untuk Bada:

Hari ni janji nak chatting dengan Bada pun tak sempat sempat almost sepanjang hari kakak ada kat luar. Letih betul. Esok kalau ada masa, kita chat ya dik :).

17 comments:

Ummu Layth said...

ngehehehe hospital di mana2 pun macam gitu. ada nombor giliran tapi orang yg lebih serious condition dia akan dijumpa dulu. itu yg ramai patients tak paham and akan mengomel2 macam makcik raqm wahid tu la =p

when is your elective c-section? semoga semuanya berjalan lancar

silversarina said...

Suspen akak ingatkan neeza dah nak bersalin.

Tak faham juga akak , kenapa wanita yang sakit serius tu tak terus ke bahagian kecemasan , kenapa masih kena jumpa doktor dulu ?

Bagi kita yang kurang sakit dari pesakit lain memanglah kena beralah juga sebab melibatkan nyawa manusia sebenarnya , itulah dia dinamakan sikap toleransi dan budi bicara .


Semoga neeza sihat menjelang c-section yang dah lama lagi ...take care !!

hidayah said...

yelah kak neeza.. mana2 pun mesti ada jadi mcmtu... kat US ni pun sama... yang serious tu of course didulukan... so kita yg tak beraopa nak serius ni kene give way la kan... hari ni hari dia, mungkin esok2 hari kita pulak.. mana kita tahu, kan...

btw, teringat kak neeza cerita masa c-sect shahmey kat KMC dulu.. hehe...

manlaksam said...

Semoga Neeza sihat dan selamat melahirkan....

ummu asiah said...

neeza..

akak do'akan neeza selamat melahirkan..anytime la ni ye..

seronok kan masih berpeluang melahirkan generasi soleh wa musleh..

akak ni dah lebih limit umur..tapi teringin dan rindu nak melahirkan anak lagi...mana tahu ye..Allah Maha Kuasa

Abang Long said...

Sependapat dengan silversarina.

Bersabarlah. Waktu ini, dosa - dosa sedang berguguran. Malaikat dilangit sedang bertasbih memohon keberkatan buat para muslimah yang taat kepada Allah.

Adry said...

kalau dah macam tu... sabar jer la.. huhu

Tie said...

Hmm...hidup ni kena banyak sabar, dugaannya pun banyak....

ADleez said...

klu henda turun ke bendang...
elok2 pasang pelita...
hari ini hari orang..
esok2 baru turn kite...

hehhehe....

Raihah Rosli said...

Knape yg btul2 serius tu x g kat kcmsn?

Dlm hidup ni kna ada toleransi... kalo x jd cm tu lah...

Sy doakan semua slmt utk Kk Neeza yg akn dpt baby baru!

Kujie said...

mana mana pun mmg mcm ni,

petua kak jie...set mind kita, tempat tu mmg mcm tu jgn letak harapan terlalu tinggi..

jadi kita akan santai, jiwa tenang, tekanan darah pun tak naik...hehehe

Neeza Shahril said...

Aliya,

dia tak fikir pun masalah orang.. yang dia tahu, dia Raqm wahid :)

Insyaallah this 15 Aliya.. doakan akak ya..

***********************************

Kak Rina,

Belum lagi kak.. kalau boleh nak lambat lagi hehe..

ooo.. prosedur kat sini, kalau nak masuk wad, kena jumpa doctor dulu. kesian kan..

thanks kak.. doakan neeza ya..

***********************************

Hida,

sesetengah arab ni tak peduli pun. Kalau time dia, mesti dia dulu. Tapi kalau time orang, pandai pulak dia nak cut que..

***********************************

Pak Man,

Insyaallah. thanks Pak Man..

***********************************

Kak N...,

bila dah nak masuk 4 ni rasa macam nak lagi je.. tapi bila kenangkan kepayahan pregnant kali ni, kena surrender lah... nanti susahkan orang lain pulak neeza ni..

***********************************

Abang Long,

Alhamdulillah kalau dosa-dosa gugur.. semoga Neeza selamat. thanks for the doa..

Neeza Shahril said...

Adry,

memang kena sabar.. :)

***********************************

Kak Tie,

kalau tak sabar, memang boleh meletup.. :)

***********************************

Liza,

kalau turun ke bendang siang2 pun kena pasang pelita ke? hehee..

***********************************

Raihah,

tu la.. prosedur sini macam tu.. kena jumpa doctor. patutnya orang lain give way la kan..

***********************************

Kak Jie,

tapi kesian kat orang yang sakit tu Kak Jie..
Mungkin dia kena buat2 pengsan baru orang tak marah kot hehee..

KAKTINY said...

akak.. tiny doakan akak selamat melahirkan dgn tenang dan senang... (sakit beranak tu normal la kan.. tapi semoga akak tak yah tunggu lama nk deliver tuh...)

semoga semuanya selamat yer kak.. amiinnn...

Chekgu BaniHassim said...

biasela tu kalau dah ramai, masing2 ade hal dan masalah sendiri...
cume kena sabar dan deal dgn baik jela..

hrapnye akak dpt kelancaran sepanjang tempoh menunggu ni laa...
byk2 doa, spy semuanya lancar, dan selamat...

nurie said...

Perangai manusia memang suka berkeluh kesah...hanya yang sabar dan tawakal aje yang beroleh keuntungan dunia akhirat...kak neeza pun banyakkan sabar ye...itu aje yang terbaik

Neeza Shahril said...

Tiny,

thanks for the doa ya.. akak pun harap gitu la..

***********************************

Chekgu,

terima kasih cikgu.. risau ni..

***********************************

Nurie,

bila time orang, memang ramai yang tak sabar.. kalau time kita, selalu aje kita suruh orang sabar kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin