Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, January 27, 2009

disebalik tirai hati



Dia menangis tersedu sedan
kerana kegembiraan memperolehi kejayaan cemerlang
hatinya berbunga riang
jiwanya segar bak bunga matahari kembang pagi
tetapi tiada siapa yang tahu
kerana airmatanya mengalir tak henti


Di satu sudut dunia yang lain


kelihatan seseorang ketawa riang
walhal hatinya kosong berduka
jiwanya tak tentu hala
mindanya menerawang jauh entah kemana
tapi masih memperagakan wajah ceria
dan melaungkan kepada dunia 'saya gembira'


hati dan perasaan
tak pernah dapat dinilai oleh mata kasar
hanya Dia yang tahu segala-gala
dan hanya Dia yang mengerti
semua yang tersirat dan tersurat


Semoga ada insan yang sudi memahami
segala kegembiraan dan kedukaan
agar kedua-dua mereka
sentiasa berada di dalam ketenangan
Insyaallah...


*Neeza - 27 Januari 2009*

5 comments:

Nadia Yuna said...

Gelap di depan mata
membuka tabir rahsia
kisah sebuah duka
hati melara dalam tawa

Puas kudengar ratap tangis
jeritan kesakitan juga kekecewaan
kesal yang akhirnya bawa mati
Buat diri sendiri lagi

kakak..

hidup adalah keindahan
hidup adalah rintangan
ada cahaya dalam gelita
dalam kelam ada terangnya

Aduhai hati senyum kembali
Lontar jauh jiwa yang mati

senyum kakak!
Jangan pernah berhenti
Seperti mana hati ini.

Sayang kakak!

=)

::ADleez:: said...

hrmmm...hrmmm...hrmmmmmm....hrmmmmmm...

Tie said...

Neeza stress ke??

Sabar laa... kita pompuan ni memang sensitif. Anggaplah yang berlaku satu dugaan.

Kak Tie tgh stress ni... sebab tu keluar entry merapu...nasiblah sapa2 yang membaca...tapi hanya itu caranya utk mengurangkan tekanan ni...selain dari mengadu kpdNya.

cikMilah said...

Cantik bahasa Ja. Sabar.. kalau ada yang menggusarkan hati
istighfar selalu dan ingat Allah..
Sesekali,
Allah beri kita gerimis,
kerana selepasnya
pelangi indah akan muncul.

Neeza Shahril said...

Nadia,

terhibur hati akak baca poem nadia ni.. pandai nadia buat nadia..
thanks ya nadia..
akak akan senyum selalu... :)

***********************************

Liza,

hmmmm... macam nak masuk toilet je hehehehe!!!

***********************************

Kak Tie,

takdelah Kak Tie..
biasa-biasa aje..
neeza suka baca cerita kak Tie tu.. boleh buat neeza senyum sendiri.. :)

***********************************

Kakcik,

terima kasih kakcik..
pelangi tak lama kan kak..
sebab bila dah panas sangat, pelangi akan hilang..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin