Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, January 11, 2009

Hati seorang ibu


Seorang wanita yang mempunyai naluri keibuan pastinya tersentuh dan terluka bila melihat anak kecil menangis akibat perbuatan seseorang. Apatah lagi kalau anak kecil itu disakiti dan lebih teruk lagi kalau berdarah anggotanya. Tiada ibu yang sanggup membiarkan. Pasti terbayang di mata, macam manalah kalau anak sendiri yang terluka begitu. Lagi lah tak sanggup nak tengok.



Begitu juga diri ini. Setiap kali Neeza lihat gambar-gambar kanak-kanak tercedera, meraung, menjerit dan ada yang telah tiada lagi di blog-blog dan berita online, tak dapat Neeza tahan air mata daripada mengalir. Apabila melihat mayat kanak-kanak diratap oleh ibu atau bapa mereka, lagi lah pilu hati ini. Bayangkan kita melihat anak-anak yang telah hidup bahagia bersama dari lahir telah pergi secara paksa akibat perbuatan zalim kekejaman zionis.



Tiada sebesar zarah pun salah mereka. Tetapi, merekalah yang menjadi sasaran kekejaman. Mengapa peluru ditujukan kepada mereka? Mengapa bom diletupkan didalam rumah yang mereka diami secara sengaja? Mereka pergi tanpa rela.



Bersyukur kerana hidup Neeza masih dilindungi Allah s.w.t dan Neeza masih dapat melihat senyuman anak-anak Neeza. Tak dapat dibayangkan perasaan Neeza kiranya terpaksa menghadapi situasi sepertimana ibu-ibu di Palestine yang terpaksa melihat anak-anak mereka menjadi korban kekejaman.




Betul, ini adalah perbalahan akibat perebutan jajahan. Tapi, mengapa anak-anak yang menjadi mangsa? Mungkin zionis tahu kelemahan umat Islam ialah anak-anak kecil. Mungkin mereka mengharapkan umat Islam akan berundur apabila lebih banyak kematian melibatkan kanak-kanak.



Jangan mengaku kalah saudaraku.. Tidak sama sekali. Allah bersama-sama orang yang benar. Ramai lagi saudara seislam yang berada di bumi ini. Marilah kita sama-sama berdoa. Marilah sama-sama menyumbang kepada kemenangan umat Islam di Palestine. Hari ini mungkin hari mereka. Hari esok, kita tak tahu lagi. Kiranya kita pentingkan diri sendiri hari ini, esok lusa, orang lain pula pentingkan diri mereka sendiri. Itu bukanlah amalan kita.


Semoga Allah mendengar rintihan orang-orang yang dianiaya.. Allahuakbar!!


Nota: gambar-gambar dipinjam dari sini

17 comments:

ADleez said...

cuba kak neeza tenung wajah2 arwah anak2 palestine/warga palestine yg terkorban tu..tenang jer..ibarat x kesakitan.... sesungguhnya syahid utk mereka!!!
setiap kejahatan pasti akan menemui pembalasan!!!!Allahuakbar!!

aNIe said...

Neeza...akak sedih bila anak2 yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman zionis itu...kalau tgk anak2 yang teraniaya kat sini pun kita jadi kesihan...inikan pulak yang disiksa hingga membawa maut...

Semoga mereka akan menerima pembalasannya...ALLAHUAKBAR...

manlaksam said...

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

zino said...

memang menyedihkan..

jane said...

salam neeza,

x sanggup nak tengok!sesungguhnya syurgalah tempat anak2 ini.

Raihah Rosli said...

kita yg melihat amat tersentuh....

apatah lg ahli kluarge mrk....

:(

l i e y n said...

sama le kak neeza...
sy mmg tak sanggup tgk gambar mayat anak2 palestin ni? syurga dah pasti untuk diaorg...

Rejim zionis mmg dilaknat Allah...

Neeza Shahril said...

Liza,

memang bersih air muka diorang.. diorang kan bidadari syurga. orang yang menyebabkan mereka jadi macam tu memang azab lah hendaknya..

***********************************

Kak Anie,

betul tu kak..pilu sangat rasa hati ni..
macam mana tersiksanya parents diorang, begitulah nanti tersiksanya orang-orang yang menyebabkan kematian mereka tu..

***********************************

Pak Man,

takbir!! Allahuakbar!!

***********************************

Zino,

sangat sedih..

***********************************

Jane,

Neeza letak aje gambar kat blog.. neeza sendiri tak sanggup nak tengok..

***********************************

Raihah,

kezaliman pasti akan dibalas juga dik..

***********************************

Lieyn,

kalau orang jahat mati, kita tak kisah sangat..
ni orang yang tak bersalah langsung..

Tie said...

Yahudi telah dilaknati Allah! dan musuh Islam. Kerana itu hati mereka keras. Dan kita kena bersatu untuk memerangi mereka...walaupun dalam doa...

Kujie said...

sesuatu yg boleh difikirkan...


bertahun2 berperang...di bunuh di musnahkan, orang2 palestin sentiasa ada, tak abis2....ada rumah, kenderaan, bangunan dll...kuasa Tuhan walaupun berpuluh tahun masih tak hilang dari muka bumi

berbalik pada anak2 tersebut - Allah tak pernah mungkir janji, semuanya ada pembalasan

YuszTieY said...

salam

sama2 kita doakan moga kemenangan akan jadi milik org2 islam...aminnnn

k.ja bila jangka salin....

silversarina said...

Semoga dihentikan segala kekejaman ini .Amin.

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

mereka jugalah bangsa yang banyak bunuh para nabi.. memang hati batu mereka ni..

***********************************

Kak Jie,

itu yang membuatkan diorang geram.. nak hapuskan habis-habisan lah tu.. sebab tu target diorang anak-anak kecil agaknya..
mereka ingat kuasa mereka lebih besar dari kuasa Allah..

***********************************

Tiey,

Insyaallah Tiey..

15 ni.. Insyaallah..

***********************************

Kak Rina,

Allah Mahal adil kan kan..

13may said...

Allahuakbar!

fazemy said...

LAknat Israel!Smoga Allah turunkan bala hapuskan keturunan mereka pulak.

WanHidayat said...

Salam akak...mg sedih....rasa geram dengan perbuatan Israel laknatullah....

Marilah kita bersama2 berdoa agar segala kekejaman ini berhenti untuk selamanya....ianya tidak menguntungkan sesiapa....

anak2 yang tak berdosa yang menjadi mangsa....mengapakah mereka tidak dapat dan boleh melihat seperti mana kita melihat....

Allah telah membutakan mata mereka....Akak jaga diri baik di sana....semoaga akak dan keluarga juga dilindungi Allah selalu....Amin...

Neeza Shahril said...

13May,

Allahuakbar!!

***********************************

Fazemy,

janji Allah pasti.. sama2 kita tunggu..

***********************************

Dayat,

bila hati dah keras macam batu, memang susah untuk ada rasa belas kasihat..
matlamat mereka 1, nak hapuskan semua sekali.. tanpa tinggal seorang pun..

memang diorang lupa Allah ada lah pencipta semuanya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin