Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, January 28, 2009

Lega sikit..


Ada beberapa benda yang terjadi semalam dan hari ni yang membuatkan Neeza sedikit lega..

  1. BCG Vaccination untuk Sumeyyah - last week nak buat tapi tak boleh sebab doctor tengok Sumeyyah ada mild jaundice. Walaupun tak teruk, doctor advice tunggu sampai dia sihat betul. Jadi, this week pergi lagi. Memang lama betul menunggu. Turn Sumeyyah number 15 untuk clinic Dr Dina. Ramai budak sakit agaknya. Penuh depan semua ketiga-tiga clinic paedetrician tu macam pasar malam pulak. Since kami kena pergi sekolah Sophea untuk tengok performance dia, kami bekejar ke sana dulu. Datang semula lepas performance Sophea habis.

    Kesian tengok Sumeyyah kena injection. Meraung-raung dia nangis. Neeza pun tengok nurse tu inject kat bahu dia. Kalau Neeza yang kena injection BCG masa darjah 6 pun boleh nangis, inikan pulak baby kecik cam Sumeyyah.




  2. Lip syncing performance Sophea - Dia busy practise performance ni. Dalam kelas dia, 4 orang terpilih untuk masuk group Red Rose (Girls untuk Primary 4). Memang dia excited sesangat. Kami memang tak berapa nak bagi sebenarnya. Hopefully benda ni tak melarat sampai dia besar lah sebab tengok performance semalam, galak jugak budak-budak atas stage tu. Mungkin Sophea ni mengikut Ummi dan dulunya Opah dalam aktiviti macam ni. Sekarang takde lah lagi...

    Dalam 4 orang tu, Sophea lah paling kecil. Macam tak balance pun ada. Tapi Sophea nampak selamba aje di stage. Dalam pada tak bagi tu, suka jugak tengok anak kami kat stage. Kalau Sophea tak buat performance tu, memang takde mana nak pergi nya program Jubail Idol tu. Namanya Jubail Idol tapi semuanya budak-budak sekolah itu aje yang masuk.




  3. Exam Feqah Neeza - Tadi pergi juga exam naik bas. Alhamdulillah, tak sakit walaupun tahu aje lah naik bas kan. Neeza rasa excited sebenarnya nak ambik exam. Saja nak tengok Neeza ni boleh buat tak exam tu. Tak sangka pulak soalan dia True and False. Ada jugak soalan isi tempat kosong dan sikit soalan kena senaraikan. Frankly speaking, soalan tu memang senang sesangat tapi biasalah.. take for granted (study ala kadar maklumlah bukan study untuk Diploma or Degree kan), macam mana nak score 100%. Memang dah ada salah pun. Hahaha!!! Anyway, Neeza happy sangat dapat pergi exam hari ni. Lagipun seronok dapat jumpa kawan-kawan sekelas yang berbilang bangsa tu.


Exam habis awal hari ni. Jadi, kami terus balik rumah. Sumeyyah dah habis sebotol breastmilk yang Neeza siap-siap pump and letak dalam freezer dalam 2 1/2 oz. Nampak bibik dah keluarkan another bottle tapi tak bagi lagi.


Hari ni Rabu tapi Neeza takde plan nak pergi mana-mana. Lagipun orang dalam pantang kena banyak berehat kan hahaahah!!! Ye sangat lah tuuuuu... :P


22 comments:

::ADleez:: said...

fuhhh..kite pun lega...x ssh bc nota dah...hehhe... cubby dh nmpaknye bb cumi..nak gomol2..hehhe..bior ler sophea dancing...bdk2 ..kdg2 klu parents terlalu kongkong..nnt cam2 hal plk kemudian hr...at least x lebey2...ok..msg kt ummi depa : jgn dok jln cni saner!!!hahhah

Kak Elle said...

alhamdulillah sempurna sudah ujian hari rabu:)

hebat kakak dan syabas!
untuk baby BCG skg kita bagi kat buttock jadi kalau ada parut tak nampak mcm kat lenggan.
exam tu mesti neeza lulus punya...makoi naik bas!!

maza said...

hmm

tu hari anak maza kena BCG gak...anak tak berapa nak menangis....tapi atuk, uwan, ibunya lak yang sebak....dan meraung....

huhuhuhuu

http://mazaaida.blog.friendster.com

Muhammad Naim @ EastBulleT said...

aktifnyaaa kakak ni. uhuh. leh jalan2 sini sana lagi. =)

take care sis

=)

maklang said...

ngeri dengar naik bas sorang...take care dik oi....moga2 dipelihara Allah sentiasa..

cikMilah said...

ligat juga Ja ya baru 14 hari dalam pantang ni. Slow down ya Ja..rehat at least sebulan, kemudian masuk gear balik...hehehe

Ummi365 said...

Neeza,

lincahnya lah cik adik sorang ni.. kita yang membaca rasa ngeri.. take care ya dear.. jangan gerak banyak sangat. k.ummi ni dah jadi macam mak2 pulak ya. sorry ya kalau neeza tak suka k.ummi mengomen :). i just want you to take care of your health and get better soon.

Nadia Yuna said...

oh. baru perasan.
terkomen gune id adik
huhu =p

Nini Marini said...

salam akak.

Lama nya tak singgah sini. lama tak masuk blogspot sebenarnya. rindu kat akak dan cerita ttg family akak. n rindu nak tgk sumeyyah.

Sumeyyah dah makin membesar. makin sehat.Nini suke baby gtu.

Selamat berehat tau akak. n janganla buat kerja berat2.sangat2 nak pesan kat akak,sbb nini dah fobia, sbb something happen recently.

=)

Neeza Shahril said...

Liza,

sumeyyah tu nampak aje chubby.. meh tengok sini.. macam hari tu jugak rasanya..
ummi dia suka jalan2 ni hehehe...

***********************************

Kak Elle,

ooo gitu ke kak elle.. maknanya kat sini kuno lagi la kan sebab still inject kat lengan..
hehhee.. best naik bas :D

***********************************

Maza,

diorang tak sampai hati tengok anak tu menjerit kot.. tu yang sentimental kejap hehe..

***********************************

Naim/Nadia,

akak dah agak sebab akak tahu Naim tu nama adik Nadia..

***********************************

Maklang,

bas tu coaster je sebenarnya.. tak sebesar bas biasa tu.. driver dia pun tak ganas (ada aje jawapan nya kan.. hehe)

***********************************

Kak cik,

kalau kak cik tahu cerita lepas bersalin neeza yang dulu2 mesti lagi terkejut.. hehehhh..

***********************************

Kak Ummi,

neeza dah biasa kak Ummi.. tak kecik hati sikit pun.. semua orang kat sini nasihat benda yang serupa tapi bukan neeza dengar sangat. degil ni budak neeza ni sebenarnya tau ;)
Insyaallah, neeza jaga kak ummi.. lepas habis exam, neeza rehat kat rumah ya..
thanks ya kak :)

***********************************

Nini,

akak akan jaga diri dik. Insyaallah.. sumeyyah dah besar sikit aje.. suka nangis kuat kalau nak susu..

nini jaga diri jugak ya..
something happen tu pasti ada hikmah disebaliknya...

zino said...

cute nya sumaiyah..teringat kat cucu den hehe

Yummy Yum said...

kak neeza..kata nak RnR, tapi tengok berlambak jugak entry kat blog ni...pastu entry baby sumeyyah pun ber'update' jugak...hebat...memang hebat...yang paling hebat tu, siap naik bas tu g amik exam..huh...tak terbayang saya camne keadaan kak neeza kat sana

Neeza Shahril said...

zino,

sumeyyah tu consider cucu lah jugak kan hehee..

***********************************

Yam,

akak kan takleh duduk diam.. mesti bosan. sebab tu dalam pada RnR sempat update blog dengan tegarnya hehee..
naik bas tu dia ambik depan rumah ni Yam.. tak yah tunggu kat bus stand ;)

Ummu Layth said...

bgslah dapat pergi buat exam and jumpa kawan2. bila bersosial and get away from the baby once in a while ni kurangkan kebosanan and kurangkan risk of postnatal depression.

as said...

cam best jer jubail idol tu :)
tabikkk ar akak p exam..as yang sihat pun malas nak p..kah kah kah..

manje said...

salam akak

"Lip syncing performance" tu sebenarnya apa kak?

manje paling takut kena 'inject'... apalagi tengok baby ke org bdk2 kene 'inject', rasa sedih sgt...

> hrp2 akak leh lulus cmerlang ar dalam exam tu... baru berbaloi org yg dlm pantang naik bas g amik exam hehehe

silversarina said...

Wah, dah naik bas neeza, akak bersalin c-section masa mimi memang akak betul2 pantang , 2 bulan baru keluar dan bawak kereta , rasa ngeri sangat takut terhentak, Alhamdulillah neeza cepat sihat.

Nadine Zuharra said...

Tgkkan aktiviti kak neeza dlm pantang ni,mmg nadine respeklah..hehe
*kalau dulu2 sokmo org dlm pantang duk je lam umah 44 hari tak kuar mane2..(boringnyer.. ^_^)

tp baguslah..sebagai ibu,mmg kekuatan tu semulajadi ada dlm diri.Emm,sambil2 tu kak neeza kene rehat jgkla,jangan sampai kepenatan plak key..take care..!

l i e y n said...

ciannya sumeyyah kena cucuk...

jubail idol???kelakarnya... tp pengaruh amerika tu ttp ada gak ekkk...

biar betul kak neeza dh naik bas?lepas ni dok umah diam2...markah exam dah tau ke?

en_me said...

ammvoiii, sakannns..

Pp said...

MasyAAllah...comel jer baby tidur!

di mata saya, ada nampak iras2 wajah neeza pada baby tu. betul ka?

Neeza Shahril said...

Aliya,

memang seronok betul akak dapat jumpa kawan2 semalam.. tak lah terperuk dalam rumah dan buat lagi stress...

***********************************

As,

seronok sebab mak ayah sendiri yang tengok anak2.. orang luar memang takde pun. akak tengok, ada cikgu diorang pun balik awal.. bosan kot hehee..
nanti as pergi ye exam.. kita bantai je as.. akak pun bukan study mana..

***********************************

Manje,

salam manje..

lip syncing tu macma minus 1. lagu yang dipasang original artist yang nyanyi.. bebudak tu bukak2 mulut j sambil menari..

Insyaallah manje.. :)

***********************************

Kak Rina,

neeza belajar banyak benda bila dah 4 kali C-Sec.. doctor suruh berjalan dan berjalan. Tak boleh duduk diam nanti luka lambat baik sebab darah tak flow.. tu yang neeza active sikit hehehee..

***********************************

Nadine,

kalau akak jadi orang dulu2 mungkin akak pun duduk aje dalam rumah 44 days.. tapi akak tak leh cam tu la.. cepat bosan dan stress..

akak tak buat kerja rumah jadi memang akak relax sangat.. :)

***********************************

Lieyn,

dah sekolah tu memang sekolah america lieyn.. lagipun nak bagi menarik kot jadi nama pun cam tu..

akak naik coaster.. bukan bas besar gedabak tu.. :)

***********************************

En Me,

hehehhh...

***********************************

Abg Arif,

ramai yang kata macam kakak sulung dia.. tapi kalau macam neeza okay gak kan.. ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin