Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, January 29, 2009

Makanan dalam pantang


Mak (MIL) kata,

"Makan kena jaga Neeza. Jangan makan benda sejuk. Kobis tu sejuk - tak boleh makan. Ikan yang gatal jangan makan. Ais jangan sesekali diminum. Masa makan nasi, air tak boleh minum banyak sangat. Rajin-rajin makan ubat.."


Ma kata,

"Jangan biar perut kosong. Makan nasi panas dengan ikan bilis yang ditumbuk dengan lada hitam. Jangan bertambah banyak sangat nasi tu. Jangan minum ais nanti tumpah darah.. Ubat jamu jangan makan dulu takut anak kuning.."


Doctor kata,

"Makan semua benda. Makan sayur banyak. Minum banyak air. Makan buah banyak sikit"


Jadi, Neeza nak kena dengar cakap siapa ya? Neeza dengar sikit sini, sikit sana lah kot. Tapi bila doctor kata, makan semua... heheheh.. Memang ramai yang cakap termasuklah Mak dan Ma juga yang sakit tak nampak sekarang. Bila dah tua esok baru nampak. Nanti mulalah sakit urat, sakit pinggang dan macam-macam sakit lagi.






Tapi kan, hari tu ada kawan datang dari Al Khobar.. Dia bawak Strawberry cheesecake. Cuba tengok. Kalau ada yang kata tak sedap dan tak teliur, memang lah dia takde deria rasa hehehee.. sorry ya.. bergurau aje. Takkan Neeza nak tengok aje kan. Neeza pun makan lah jugak. Itu pun lepas kawan tu dah balik rumah. Besar slice cake yang Neeza makan tu. Memang sedap. Kalau nak tanya resepi, jangan tanya Neeza tapi tanyalah Elisa di Al Khobar ;).


Thanks ya my dear :).

16 comments:

cHeRyNa PiReS said...

sedapnye kek tuh! takpe...strawberry kan buah...boleh makan punye...ehehhee...doktor kate boleh!:D

Kak Elle said...

neeza ni terpulang pada diri masing2..kalau tak pantang seme2 bolih makan...

kalau ikut saya barangan sejuk nak di kurangkan ye?kang dah berumur nanti baru dapat merasa nya ...

as said...

sedapnyer cheesecake tu!!
tapi orang sekarang memang banyak dah tak pantang..belasah jer semua
sebab semua ikut cakap doktor..hehe..makan jer selagi boleh makan,tapiiii,jangan lupa makan ubat lepas tu :)

Nadine Zuharra said...

sedappppnyeee..
terus rase mcm nak g secret recipe n sambar kek.. :p

noniey alias said...

kek tu memang sedap. tapi kalau saya, takut nak makan...

sebenarnya, 2-2 betul.tapi kalau nak makan gak, dgn kuantiti yang sikit. macam doktor cakap, air masak kena minum banyak sebab taknak sembelit tapi mak kita plak pk mende lain. so, bagi saya, 2-2 kena dengar. mungkin ada sebabnya yang kita ni orang muda tak tau.. wallahualam..

Chekgu BaniHassim said...

mak saye pon byk kali pesan kat kaka ipar saye mase lepas bersalin dulu...

org lame ni mmg byk no pantang larangnye...

cheesecake itu sungguh menggiurkan...

maklang said...

berpada2 lah nak pantang neeza, kalau terlalu pantang nanti macamana nak produce susu untuk si comel tu...


jaga diri baik2 yer...:)

hidayah said...

kak neeza --
macam saya dulu, mak mmg kuat pantang, so sy punya menu utama semua ala singgang :( sgt bosan... ikan singgang, ayam siggang, uhuhu... tu tak masuk ubat jamu yg saya menyampah sgt2...mak kata sama mcm ma and mak kak neeza jugak... kena jaga sbb esok2 nnt badan xsihat lah apa lah... tapi 2 bulan je tu... lepas tu kena pantang minum ais lagi. haha... sekarang ni? belasah beb.. :))

ummu asiah said...

neeza..

tu belum masuk pantang larang jgn berjalan banyak..ha...neeza siap naik bas lagik..part ni mak2 tau tak..he..he..

ada setengah org yang dijaga mak or org tua-tua..lansung tak boleh bergerak banyak..semua makan minum bawa ke katil..

ish..kat msia ni just imagine if org nampak kita bawa baby merah2 lagi keluar jalan2..n bila ditanya umur baby..mesti terkejut and kena tegur..

akak pun tak berdaya nak ikut semua pantang..apa taknya..ke empat anak terpaksa lalui waktu pantang sendiri..maid tak ada, sedara, ipar duai pun tak ada..sedih gak..

WanHidayat said...

Salam akak...so tempting!!!, pos sikit...nak rasa gak kek strawberry tuh...nyummm..nyummmm....

Baru perasan 'a slice of BLEDHO 2009'...life continues...

Alahamdulillah....syukur kepada Allah...

jane said...

salam neeza,
kek itu memanglah sgt sedap rupanya.

saya berpantang tidaklah terlalu kuat. tetapi, saya suka minum air gamat yg teramat busuk berbau longkang yg tersumbat itu...

jadinya, meskipun tidak kuat berpantang, alhamdulillah saya jarang sakit yg teruk2 kecuali sakit bekas injection dibelakang badan...

Neeza Shahril said...

Sha,

memang sedap sesangat Sha... kek tu lebih sedap dari strawberry tu hehee..

***********************************

Kak Elle,

barangan sejuk tu yang macam mana yek kak elle?

***********************************

As,

betul tu.. kalau tak nak pantang sangat, ubat kena makan. Tak boleh sebarang jugak kan..

***********************************

Nadine,

cepat pergi beli kat SR tu Nadineeee... ;)

***********************************

Noniey,

elok juga dengar cakap orang tua kan.. lebih berkat... :)

***********************************

Chekgu,

orang tua makan garam dulu.. diorang tahu la kan..
nak ke cheesecake tu? ;)

Neeza Shahril said...

Maklang,

neeza banyak makan ;).. dan susu pun Alhamdulillah, banyak....
thanks maklang..

***********************************

Hida,

sama lah mak akak.. kuat sesangat.. banyak betul pantang larang.. tapi bila kena kat anak dia, tak terkata apa ;)

***********************************

Kak N,

Mak dan Ma tak tahu neeza naik bas.. kalau tahu mesti bising rasanya.. syyyyyy... ;)

jiran neeza datang hari tu pun heran tengok neeza boleh duduk. Dia kata, kalau di India, pompuan lepas bersalin kena baring aje 40 hari.. aduhaiii.. tak sanggup la kak... ;)

***********************************

Dayat,

kalau akak pos, dia jadi kek kulat.. lari dari asal dah...

blog baru ni.. :))

***********************************

Jane,

nak ke kek tu? dah habis la cayang...

tak dapat neeza imagine jane minum air bau longkang tu.. tapi takpe.. demi untuk kesihatan kan..

arsaili said...

salam...ada lebih hantar la sini..ahahah

elisataufik said...

hee hee, you're welcomed :) Elisa mula2 pikir dua kali jugak, nak bawak ke tidak.. takut Neeza kuat pantang.. tapi teringatkan haritu dah buat tapi tak jadi pegi hantar, so bawak lah jugak kali ni. Karang kempunan, masalah lak.
Nasib baik neeza naughty and rasa jugak :) hee hee

Elisa avoid minum ais and air bergas (sebab banyak angin), and ikan jaga jugak lah. Tapi otherwise, everything else bedal aje.. Elisa banyak minum ribena and makan sayur (to avoid constipation).

Neeza Shahril said...

Arsaili,

ada lebih?? kalau boleh, neeza nak mintak lagi tauuu.. hehee..

***********************************

Elisa,

sedap sangat.. lagi sedap dari cake kat SR tu..
neeza pantang tak kuat sangat.. tapi ada certain things macam yang Elisa tak minum tu.. neeza pun jaga jugak.. especially now sebab dah 4 kan..
tapi makan ubat, memang kuat ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin