Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, January 22, 2009

Rehat dulu..


Blog ini mungkin tidak akan diupdate untuk beberapa waktu (tak tahu lah berapa jam, hari, minggu?). Tengok atas tahap kesihatan tuan punya blog.


Neeza masih berjalan slow motion sebab perut yang sakit. Masalahnya bukan dibahagian stitches tapi di bahagian atas. Neeza suspect ianya ada kena mengena dengan rahim yang belum mengecut. Agaknya la...


Aktiviti bloghopping juga mungkin tergendala sebentar bergantung pada tahap kesihatan juga. Sebelum Neeza habiskan ayat-ayat terakhir ni (ish.. lain macam pulak bunyinya..), ada 1 permasaalahan yang Neeza nak kemukakan dan untuk sama-sama difikirkan..


Permasaalahan berbunyi:

Y suka menyakitkan hati X dengan mengeluarkan kata-kata / bercakap sesuatu benda yang membuatkan X stress, geram, pening kepala, sedih dan berfikir macam-macam hingga menjejaskan keadaan kesihatan X. X sememangnya tidak sihat tapi bukanlah mengidap penyakit kronik. Cumanya, kalau teruk sangat X boleh bertukar daripada manusia normal kepada tak normal.

Apakah yang perlu dilakukan oleh X?



  1. Mengamuk macam orang gila supaya Y tidak meneruskan perbuatan yang sama

  2. Mendiamkan diri dan menanggung kesakitan jiwa dan perasaan

  3. Berserah dan berdoa kepada Allah supaya Y mendapat petunjuk dari Allah supaya hentikan sikap yang menyakitkan hati itu


Kalau ada sesapa nak tambah, tambah aje lah ya.


Neeza nak rehat dulu. Bye.. Salam...

22 comments:

Tie said...

Adoi neeza... itulah yang sedang Kak tie alami sekarang...

Kak tie masih mampu buat 2 & 3 ..walaupun tak tahu sampai bila....Kepala dah sakit ni...

Neeza, ok ke?? Kalau sakit sangat elok mintak ubat...masa kak tie deliver 1st child kat klate tu ada satu klinik bagi ubat utk kecut rahim..memang bagus.. tak sakit pun... Cubalah tanya doktor tu...

::ADleez:: said...

bah.1...
ala..sakit ke.. liza pun xbrp nak reti psl nak kecutkn rahim ni..bese klu deliver normal leh la bertungku.. utk ceptkn proses pengecutan rahim...

bah.2..
klu sy..sy bg penampar jer ke muke y tu..biar die tepuk dada tanye selere!!!amacam ade berani??nak th jugak..sape y tu??:|

Kak Elle said...

neezadi bawa berehat ye kalau dah baik and sihat bolih berblogging lagi.

nj said...

neeza...bersabar banyak ye...kalau norma, berterus terang dengan Y. Luahkan apa yang kita rasa kepada Y dan terus terang dalam keadaan yg sangat tenang dan diplomasi. InsyaAllah...bila kita bercakap dalam keadaan sama-sama ingin mendengar luahan atau ketidakpuasan hati masing-masing, rasa empathy akan ada. Jangan lari drp masalah...tetapi cuba selesaikan masalah. Ini kalau dengan orang dewasa. Kalau dengan anak-anak approachnya lain...

Raihah Rosli said...

Selamat berehat Kk Neeza... smoga cepat sembuh ... dan kembali aktif blogging...

Kekawan sy pun ada terkejut ble tgok Kk Neeza da updet blog tak smpai 1 week (rmai tau kwn sy follow blog Kk Neeza ni.... :) )...

Okay ... selamat berehat Kk Neeza... lps ni kne lg aktif blog... skrg da 7 blog Kk Neeza ada.... hebat!

as said...

siannyer akak.
take a good rest okey...

**Pssstt,
akak as ada tungku..as bawak..kalu akak nak bleh as hantarkan..
buat lieza pun boleh kot2 nak bertungku :P

noniey alias said...

nak kecutkan rahim kena bf sekerap mungkin kan. yang lain2 tak tau lah plak nak buat camne.. mengurut tak kat sana? mesti susah kan.bertungku?kalau bleh banyakkan bertungku.. ni pesanan orang tua masa saya berpantang dulu. n 1 lagi yang penting -> JANGAN MINUM AIS!!!!....hehehehe

terus terang ngan Y. kadang2 berterus terang tu bagus.. supaya X tak memendam perasaan sampai sakit2..n Y plak, kadang2 X pun ada betulnye. ketepikan ego kedua-duanya.

zany said...

bawa berehat banyak-banyak neeza, kesihatan tu paling utama. Bila sakit semua benda akan menjadi susah.

Take care, ya.

zino said...

berehat je dulu jangan fikir pasal X ke Y ke Z ke...

jane said...

salam neeza dear,

beb, pantanglah...ada post natal blues tau!. hati2...sama mcm zino kata, jgn pikir apapun A ke Z ke.

rehat, jaga diri. dapat air gamat asli yg busuk macam longkang mendak tu tersangatlah eloknya untuk sakit yg neeza rasa itu. insyaAllah, cepat baiknya. carilah...cepat kecutnya nanti dan organ dalamn tidak melekat.

aNIe said...

Neeza...rehat dululah ye...badan tu masih perlu berehat betul2...kitorang akan menanti bila neeza dah sihat nanti...

We will always miss ...

maklang said...

rehat dulu betul2..kalau sakit nanti lagi susah...

take care and banyak2 kan bersabar...dugaan Allah tu...:)

tulipurple said...

sis...bawa2 berehat k,though we will miss u so much,but ur health r more important.take care!
bawa2 bertenang ek sis..moga DIA beri petunjuk yg terbaik buat sis.

drNO said...

take great care.
breastfeed exclusively, cepat kecut. jaga stitches, keep it clean n dry, so it will heal quickly and fast.
other than that, bertungku sampai abis pantang-if ikut kata my mum..
btw, jaga mkn, sayur buah byk, need lots of fiber.
anyway...enjoy the baby...mesti seronok.

Chekgu BaniHassim said...

saye tatau sgt citer saket akak nih...
akak bukan preggie lagi ke??
ke dah jadi ape2 ker??

ape2pun, saye doakan akak cepat sembuh ye??

nurul said...

hmm... X cakap elok² dengan Y yg X tak suka dengan sikap Y macam tue... Kalu nkkan hubungan tue berpanjangan X dan Y kena la berbincang dan buang kedegilan masing²... I'Allah semua akan pulih sediakala...

silversarina said...

Selamat berehat, doa akak agar neeza sembuh segera agar blog ni tak lama cuti.

kalau nak mudah akak pilih yang pertama tu, mengamuk sakan kot baru dia tau yang kita tak suka apa yang dia buat...hehehe.

nurie said...

Sabar ajelah kak...sy kt sini pun gitu jugak...perut ni masih bisa-bisa tp sbbkan takde org nak take care sy, semuanya sy tpaksa buat sndiri...sy tawakal ajelah...mgkin lmbt skit nak sembuh spenuhnya.
Klu dh sakit sangat, sy makan pil tahan sakit aje.

Kujie said...

Jaga diri neeza...X ke Y ke....sabar saja.
tak payah fikir sbb xy

kecutkan tu...nnt dia ok la tu..bagilah masa.

ummu asiah said...

neeza..

no 1 cuma boleh hilangkan stress kita saja..itupun sekejap..org yang buat hal...tak tau apa-apa pun..tiada apa yg akan berubah..

no 2..neeza pun dah beri jawapan kpd akibatnya..juga tidak merubah keadaan

no 3..memang sepatutnya..ongoing perlu dibuat..

the best dan yg mungkin agak susah ialah sprt yg dicadangkan oleh yg lain..bersemuka dan cakap terus terang..but hasilnya mungkin lambat sbb bukan mudah seseorang nak berubah but at least dia akan sedar..sbb mayb sblm ni dia tk perasan pun yg apa yg dia buat tu menyakiti hati org..

kalau dlm hubungan suami isteri sbnrnya ada akta yg melindungi ister@suami..ini pun sbnrnya dah masuk kes penderaan..but not physically...actually akak ni baru balik dari training for the trainers utk kempen kesedaran One Stop Crisis Centre OSCC dibawah kelolaan kerajaan negeri sngor..specifically cater wanita dan kanak yg didera dan dizalimi..intersting..akan share in my next entry..InsyaAllah.

Nadine Zuharra said...

take care kak neeza..banyakkan berehat..
moga2 akak cepat sembuh..InsyaAllah..

Abang Long said...

Si X - Lelaki atau Perempuan ?

Jawapan akan mengikut biologi dan gender.

Apapun, bila kita 'bercakap' dengan Allah, kita akan tenteram.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin