Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, February 15, 2009

Budu klatae :)



Yummy yumm!! sedapnya.. cepat dimasak! sedap dimakan! Sape tak suka angkat tangan... angkat lah tinggi-tinggi pun. Neeza tak kisah.. Neeza suka dan suka sangat kalau makan dengan nasi panas, ikan kembung masak singgang.. ish ish.. napelah hari ni tak masak nasi kan. Kalau tidak, boleh gak makan budu. errr.. sini takde jual budu tapi Neeza bawak dari Malaysia lah. Baru ni pun As bagi sebotol. Thank you As :).


Selain budu, Neeza juga suka cencalok dan tempoyak. Cencalok tak bawak tapi tempoyak ada. Tak meletup ke dalam kapal terbang? Tak lah pulak. Isi dalam bekas bertutup yang pusing-pusing tu. Oh ya, sebelum simpan dalam bekas tu, isi cencalok dalam plastik. Ikat getah. Then baru masukkan dalam bekas tu. Lepas tu Isi bekas tu dalam plastik lain. Insyaallah tak meletup. Tapi tak tahulah kalau ada yang gatal pergi bukak beg tu dah sengaja kasi letup bekas tu.. memang meletup la.. hehehe...


Oh ya.. gambar diatas tu pinjam dari sini.

17 comments:

Kujie said...

erk...minta maaflah neeza
kak jie tak dpt telan...huhuhuhu
tempoyak, budu, cencaluk seumpananya tu kak jie tak dpt nk telan..tp cik abe tu suke!

zino said...

tak bagi sikit kat jiran mak arab ke? mana tau tekinyam dia nanti hehe

~akuni~ said...

ngidam budu lagi ke... heheheh...

Sumeyyah Shahril said...

Kak Jie,

neeza faham Kak Jie.. ada orang tak suka. Bagus jugak tu sebab kalau ada, mesti portion Kak Jie neeza makan hehehee...

***********************************

Zino,

takut nanti dia muntah. hari tu husband kasi sotong kering bergula tu kat kawan arab dia, diorang buang tak makan hahaha!!

***********************************

Akuni,

tak la.. dah keluar tak ngidam dah hehee..

Sumeyyah Shahril said...

aik!! terguna ID Sumeyyah pulak hehee..

zany said...

susahnya org banyak ID ni kan, tak ke haru, baby sebulan dah pandai cite pasal budu.

org kelate mana leh dipisahkan dari budu.
saya tak menggila sangat semua makanan ni, tapi bolehlah makan. ada bagus, takde pun jalan juga nasi.

nj said...

neeza...
ni tips bagus nak packing ni...emmm nak cari cencaluk best norma kena balik kampung le nampaknya...cencaluk kat dungun ni tak pernah beli lagi...
tempoyak kat dungun pun tak best...kena cari kat pasar chow kit ni nampaknya...

Yummy Yum said...

kak neeza, sedapnya tengok budu tu, saya pun suka makan budu, cencalok, tempoyak, sambal belacan, lapo la pulak perut yang tengah berdiet ni...hehehhee..

Kak Elle said...

sory ah neeza bagi saya yucks!!!

Neeza Shahril said...

Kak Zany,

kalau lah Sumeyyah pandai makan budu kan senang hehee..

kiranya akak boleh makan la ya.. senang la gitu.. datang rumah neeza, neeza bagi makan budu dengan ikan goreng je hahahaha!! memain je tau.. :)

***********************************

Yam,

takpe Yam.. makan sikit je.. tapi letak budu banyak2 hehehe...

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

tahu tu.. orang Singapore memang tak makan budu ni.. neeza je yang makan ya kak Elle.. :)

maza said...

aderkkk....

budu nie maza belajar makan sejak kecil lagi.. maza mula2 makan budu yg warna itam tu ha.. dari Terengganu kalau tak silap

Arwah ayah buat cicah makan ikan bakar..perkhh terangkat.

lepas arwah tak ada, kami tak lalu nak makan. Sbb kata mak mcm hanyir sikit.. jadi kami terpengaruh dgn mak ler..

tapi bila sambung balik belajar di KL, barulah pekena balik budu dari kelantan....

org cicah sikit aje, atau letak sikit aje dlm nasi kerabu, tapi maza sama perangai dgn sorg mat saleh kat kolej itu, dok jadikan dia macam kicap....wakakakaka

habis nasi penuh dgn budu. Jgn tak caya, kami pun jilat wooo...

tapi esoknya tau ler, mengelupur kehausan sentiasa.....wakakakaka

http://mazaaida.blog.friendster.com

Neeza Shahril said...

Maza,

betul tu.. banyak makan budu haus tekak.. sanak sedara neeza kat Perak tu cam tu la. Bila mak Neeza kawin dengan ayah (ayah orang kelantan), ma introduce budu kat adik beradik dia. amboi2.. diorang buat kuah.. sebotol tu 2 kali makan je kot.. sabor je laaa.. hehee.. neeza tak suka budu hitam.. neeza suka budu merah :)

Abang Long said...

Hahaha ... memang dia 'sapu licin.'

Neeza Shahril said...

Abang Long,

makanan orang pantai timur kan.. :)

Neeza Shahril said...

Norma,

camanalah leh terlepas.. patutlah rasa macam ada soalan tak berjawab..
kalau nak pack benda2 tu, make sure balut betul2.. baru selamat.. hehehe..
neeza bawak tempoyak nenek tiri buat. dia bagi banyak tapi terpaksa tinggal sikit bagi MIL neeza. nanti penuh tempoyak aje beg hahaha!!

as said...

sedapppp ooo budu..
kalau tak der kuah,leh buat budu jadi kuah..makan ngan nasi panas,cicah ikan rebus pun sedappp...
nyum2..tiap hari as makan budu..makan sebelum nnti dah tak leh makan :P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin