Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, February 16, 2009

Congkak



Baru-baru ni Neeza tengok cerita congkak. Alahai.. dah basi la cerita tu mek weiii.. Tahu la dah basi tapi dah Neeza belum tengok. Jadi, Neeza tengok lah. Memang menyeramkan. Tapi since kami tengok guna screen laptop (movie tu di upload oleh kawan Saudi Abang - camana dia boleh suka tengok cerita melayu pun Neeza tak faham.. musykil sungguh..), seram tu tak lah teruk sangat.


Tapi bukan pasal movie yang Neeza nak cerita. Ini pasal permainan congkak tu sendiri. Masa kecik-kecik (tak habis la cerita masa kecik dia.. eh! suka hati kita lah.. blog kita tau.. hehehe..), Neeza suka main congkak. Tapi masa tu mana ada papan kayu tu lagi. Tak tahu lah dah wujud ke tak tapi yang Neeza tahu, Neeza main congkak dengan korek lubang dalam tanah. Betul tu. Korek lubang dalam tanah. Sepupu-sepupu Neeza lah yang buat lubang-lubang congkak tu. Neeza main saja hehee.. ngelatnya dieeee... ;).




Buah congkak tu, kami guna biji getah. Di kampung masa tu memang banyak pokok getah. Dah ada pokok getah, mestilah ada biji getah kan. Kami akan kutip biji-biji getah yang comel-comel (kecil sizenya) untuk buat buah congkak. Kami kutip lebih biasanya sebab biji getah ni boleh juga guna untuk lawan biji getah sape paling kuat! Caranya ialah, kapitkan dua biji getah (macam sandwich) lepas tu ketuk dengan tapak tangan. Biji getah yang pecah kalah lah dan kira tak kuat lah tu :).


Seronoknya masa kecik. Main congkak dalam tanah takde sape pun marah. Meredah kebuh getah tiada siapa nak kacau. Tapi kalau lah anak-anak Neeza buat semua tu.. haiiit!!!!! masuk rumah cepat!! nak kena rotan keee???


Tak aci betul.. hehee..

20 comments:

Chekgu BaniHassim said...

dulu lain, skrg lain...
budak2 skg takut tak kenal je congkak tu camne kak...

Yummy Yum said...

dulu saya pun main congkak korek tanah, kalau takde member nak main sekali, korek lubang sendiri, pastu main sorang2 hehehehe

Kak Elle said...

saya ada congkak batik kecik aje kalau main guna marbles yg kecik2

xiiinam said...

masa kecik dulu,ckLah ketua gengster yg menindas kaum yg lemah....ke sana kemari dgn gelang getah penuh ke siku.....
eerr...kira judi gak tu kan?

Tie said...

Hu hu...kak tie tak pandai main congkak...tapi suka tengok orang main...hihi..

~akuni~ said...

Zaman dah berubah, bahaya main kat luar tu... org jahat ramai....

Neeza Shahril said...

Chekgu,

memang tak kenal pun. Kalau tunjuk kat diorang mesti heran punya.. :)

***********************************

Yam,

ooo.. sama lah kita ya.. best kan.. main tanah hehehe..

***********************************

Kak Elle,

kalau kecik, senang nak bawak kan.. bestnya.. :)

***********************************

CkLah,

tak tahu tak apa.. manalah orang bagi tahu budak kecik pasal judi kan..

ooo gengstar ke?? hehee..

***********************************

Kak TIe,

best kak Tie.. kalau tak kena bom la.. heheh..

***********************************

Akuni,

betul tu.. dunia tak selamat macam dulu kan..

zino said...

lagi satu ambil biji getah tu gosokkan kat simen lepas tu letak kan kat kulit kawan terjerit la jawab nya panasss!!! hehe..

oops pocah rahsia nakal hehe

aNIe said...

Neeza...dulu masa kecik2 main congkak guna buah getah kan...sedap aje bunyinya...kalau takde papan congkak...kitorang gali lubang kat tanah...

Tapi akak selalu main cheating...hahahha...sembunyi buah kat jari...

noniey alias said...

saya pernah main biji getah tu. tgk sape punya yang paling kuat. kalau tak pecah, dia menang lah. pastu masuk semak lah cari buah getah tu. tapi kalau anak kita yang masuk semak, kenapa kita tak bagi ek? kenapa mak kita dulu tak kesah pun kita nak gi main kat mana..hehehe

Neeza Shahril said...

Zino,

idea baru tu.. boleh la lepas ni buat kat anak hahaha!!! itu dera namanya hehee..
oooo.. nakal yeeee.. :D

***********************************

Kak Anie,

selalu neeza dengar orang sorok kat tangan.. neeza tak reti mungkin sebab tangan neeza kecik kot..

***********************************

Noniey,

dulu2 dalam semak, paling kuat pun ada ular.. sekarang dalam semak ada orang.. tak pasal2 kena kidnap anak kita.. bahaya...

Nadine Zuharra said...

emm,habislah comot kuku kalau main congkak gune lubang kt tanah ek.. hehe..takpe,yg penting enjoyy! : )

Shima said...

moral dari cerita ni:-

jgn main tanah,nnt cacing.kalau cacing nnt..tdo menonggeng!

as said...

yeayyyyy,mainan kegemaran nih
guna biji getah,pastu korek lubang kat tanah ..hehe..
selalu lawan ngan ayah as..as selalu kalah..sebab ayah memang pakar main congkak..hehe
semua kenangan kan masa kecik-kecik..seronoknya life dulu-dulu..

***nak gak tengok citer conkak tu..tapi takut la plak..macam seram jer bunyi..

Abang Long said...

Memori sungguh !

Sebenarnya dalam permainan ini juga ada 'trick' yang boleh dipelajari. Yang penting kepantasan dan kecekapan tangan.

l i e y n said...

tak seram langsung cite congkak tu!!!

MAMAMIA said...

Main congkak korek lubang, dgn bijigetah... kenangan mengusik jiwa.

Akak pun pernah buat macam Zino tu, memang panas biji getah tu.

Masa kecik2 dulu, kebun getah tu lah taman permainan akak. Sekarang ni, susah dah nak jumpa kebun getah..

Mak Teh said...

Mak tehpun main congkak macam Neeza juga pakai korek tanah dan buah getah juga dipungut dari kebun getah berdekatan.

Mak teh budak penakut tapi ada sikit adventurous spirit gak. Pernah pergi tengah sawah ambil buag keriang ( berries malaysia ) kemudian kena kejar oleh orang gila. Masa tu umur 9 atau 10 tahun. Selepas itu tak pernah pergi dah.

Neeza Shahril said...

Nadine,

masa tu tak ingat comot kuku lah pulak hehehe..

***********************************

DIk,

okay ape tido menonggeng daripada frust menonggeng :P

***********************************

As,

bestnya main congkak kan.. main dengan ayah lagi tu.. syoknya bunyi.. kalau kat sini ada congkak boleh kita main kan.. ;)

as nak tengok? nanti akak suruh shahril bagi Roy download dalam pen drive.. tak lah seram sangat pun sebenarnya hehee..

***********************************

Abang Long,

apa kata abang long buat entry pasal trick main congkak? haaa.. sure ramai nak tahu.. :)

***********************************

Lieyn,

ni mesti Lieyn suka tengok cerita lebih seram kan..

***********************************

Mamamia,

rindu kan masa kecik.. game sekarang ni tak best.. computer and computer lagi.. bosan..

***********************************

Mak Teh,

kenangan dengan orang gila buat neeza fobia sampai sekarang kalau jumpa orang gila.. takut sangat walaupun dia tak usik pun..

sha said...

singgah sini..

a ah. pernah jugak main macam ni. lepas tu kuku hitam tak payah nak bagitau la.. haha~

kena halau dengan kakak sebab hitam legam kuku tu, masa nak makan nasi tengah hari. Hihi~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin