Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, February 19, 2009

Doakan mereka



kalau dapat anak comel macam ni bestnya kan.
tapi.. kalau dah awak tu melayu, takkan lah dapat anak mat saleh kot ish ish neeza.. neeza..




Baru-baru ini ada kawan-kawan datang rumah. Salah seorang daripada mereka ialah Encik A. Encik A ialah suami kepada Pn. Y (ikut nama panggilan dan anda tahu siapa anda hehehh..). Encik A ni datang Jubail sebab dihantar oleh company nya bernama P untuk kursus 3 bulan. Alhamdulillah, baru 3 bulan disini dah 2 kali Encik A dapat menunaikan umrah (diri ini baru sekali aje.. malunya..).


Alkisahnya, sebelum balik Encik A mintak nak tengok baby Sumeyyah. Kebetulan Neeza pegang baby masa tu. Masa Encik A kiss the baby (ye ke? ke pegang je? lupa pulak heheh..), Neeza cakap pada Encik A,

"ambik berkat.. mudah-mudahan cepat dapat baby lepas ni.."

Encik A dan Pn. Y memang inginkan cahayamata. Mereka dah lama kahwin tapi masih belum ada rezeki untuk mendapat cahayamata.


Sebenarnya bukan mereka saja. Ramai lagi yang belum dikurniakan rezeki. Ada 3 orang lagi kawan Neeza yang berada dalam keadaan yang sama. Pn. S, Pn. L dan Pn. A (semua tu nama panggilan) memang menunggu cahayamata penyeri rumahtangga. Neeza faham perasaan mereka walaupun Neeza bukan in their shoes. Bukan baru usia perkahwinan mereka. Jadi, dah tentulah mereka amat rindukan tangisan anak kecil di tengah malam (kalau sekali mungkin best lah kot.. kalau dah selalu nangis tengah malam adoii laaaa... Ummi nak tido laaa.. hehehee..)


Kepada sesiapa yang baca blog Neeza ni, Neeza mohon kawan-kawan tolong doakan mereka ya. Kepada Pn Y, Pn S, Pn L dan Pn N, Allah tahu apa yang terbaik. Sabar lah dan teruskan berdoa. Sorry lah tak dapat siarkan nama penuh sebab isu macam ni agak sensitif. Tapi, Neeza pasti tuan empunya diri tahu siapa yang Neeza maksudkan. Neeza juga doakan kawan-kawan Neeza ni dikurniakan zuriat segera. Insyaallah...

17 comments:

CJ said...

doakan kami juga kak. kesian safwan tadek kwn. hehe :D

hanya Allah yg fhm org2 mcm kami. eh! ter'emosi' lak. :P

zino said...

semuga semua kawan neeza dari A ke Z akan di perkenakan Allah hajat mereka.. amin

tulipurple said...

moga rezki mereka akan bertambah berlipat ganda..ameen.

...hehe,sengih sy baca yg small captions tu...cam sama jer,ZZzzZZz :P

l i e y n said...

Insyaallah...doa sentiasa untuk semua Puan2 yg Pn N sebutkan...
Pn Y n En A yang dekat ngan saya, hopefully doa2 korang akan termakbul...amin!!! korang mmg suka bebudak kan? sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama dgn hambaNya yang sabar...

Kak Elle said...

insya'allah akan di kurnia zuriat satu hari nanti.

aNIe said...

Semoga semua kawan neeza akan memperolehi apa yang dihajati...anak2 penyeri rumahtangga...Insyaallah...

::ADleez:: said...

doaku sentiasa mengiringi perjalanan hdp kalian....rezeki Tuhan yg tentukan..
usaha+doa+tawakal=kejayaan....amin....;)

Nadine Zuharra said...

: ) insyaAllah doa kita menguatkan hari2 mereka..
*kak neeza,doa utk saye skali yek..tq..(next month 1st anniversary,tp masih lg ternanti2 ^_^)

ummu asiah said...

neeza..

akak pun pernah merasa sedih lambat dapat anak..5 tahun saja:)...masa tu masih belajar lagi..everytime ada kawan yang bersalin and dapat baby akak quarantine kan diri di rumah..tak pergi ziarah..sedih..but..akak tolong jaga anak kwn2 time dia org ada class

bila berpeluang pregnant asyik miscarriage pula..so..bab menunggu zuriat tu..memang terasa sangat kebergantungan kita kepada Allah..kalau Allah kata jadi maka jadilah..

Selagi boleh diusahakan dgn berbagai cara moden atau kampung kita cuba..kami dulu juga cuba mcm2 kaedah juga..Alhamdulillah..tapi kalau tak dapat juga memang kita berserah pada Allah atas apa yg telah ditentukan.

maza said...

ameeennn

insyallah mereka akan memperolehi anak2 yg soleh..

cuma kasik dalam sikit...kasik dalam-dalam lagi.....

Fikir, usaha dalam2 lagi dan doa dalam2 lagi...bermunajat kepda Allah, Ambil contoh seprti Nabi Yakob

hehehhe

(erk! korang ingat hapa?!) hmmm
http://mazaaida.blog.friendster.com

Mak Teh said...

Neeza, nanti suatu hari mak teh akan blogkan mengenai orang-orang yang datang minta nasihat dari mak teh untuk mendapat zuriat. Mak teh nasihatkan mereka dan Allah Maha Kuasa telah mengurniakan zuriat kepada mereka. Kes pertama seorang banker, dia di kurniakan kembar. kemudian seorang guru, sekarang dia dah dapat 4 putera, kes ketiga seorang ustazah dan imam sekarang dah dapat seorang puteri. Mereka semua setelah 5, 6 tahun tak dapat anak. Ni kisah benar bukan perkara kurafat!

Mak teh tak pakai kaedah itu sebab mak teh Alhamdulillah semangnya subur! Hehehe!

Neeza Shahril said...

Cikgu J,

Ooo.. cikgu pun memang mengharap ya.. Insyaallah cikgu, tak lama lagi lah tu.. Insyaallah...

jangan nanges ye.. buruk rupa tu nanti hehehe..

***********************************

Zino,

hehee.. A to Z zino? Insyallah... Ameen..

***********************************

Tulip,

hehe.. small caption tu untuk orang2 cam kita aje.. ;)

***********************************

Lieyn,

Biasa nya macam tu la yang akak tengok.. husband2 yang suka sangat budak lambat sikit dapat rezeki.. dugaan dari Allah tu.. kita sama2 doakan mereka.. mudah2an balik ni ke.. heehehh..

***********************************

Kak Elle,

Insyaallah.. semoga makbul doa kak Elle..

***********************************

Kak Anie,

makbul lah hendaknya doa Kak Anie tu Ameen...

***********************************

Liza,

thanks Liza tolong doakan mereka..

***********************************

Nadine,

Insyaallah.. tak lama lah tu.. baru lagi kan.. Happy Anniversary.. (awal sikit wish takpe kan..)

***********************************

Kak N..

akak mesti lebih memahami perasaan mereka kan kak..
Akak tolong doakan kawan2 neeza ya.. thanks Kak N..

***********************************

Maza,

hehehee.. ingatkan apa tadi.. hehee.. tapi betul tu.. usaha dalam2.. tapi pelik pulak bunyinya.. takpelah... ;)

MAza pun tolong doa sama ya..

***********************************

Mak Teh,

bagus tu Makteh.. neeza rasa ramai yang nak tahu cara yang Makteh ajar tu..
nanti Makteh blog ya..

pssttt.. neeza pun sama lah cam Makteh.. hehee..

Chekgu BaniHassim said...

mudah-mudahan...
rezeki masing2, semua kuasa Tuhan...
doa dan ikhtiar laa...Insyaallah

Neeza Shahril said...

Chekgu,

Insyaallah.. tolong doakan ya chekgu :)

as said...

as doakan semuanya akan mendapat zuriat kelak...
cuma masa menetukan..
as pernah melaluinya,dan perasaan??jangan cakap lah..hanya orang yang betul memahami akan merasai apa yang kita rasa..
insyaallah,tawakal kepada qada' dan qadar Allah s.w.t,disamping berdoa dan berusaha sedaya upaya..

Intan Noorazlina said...

Insyaallah sume yg belum dapat rezeki anak tu akan dapat jugak satu hari nanti... i have a fren yg kawin tahun 2002(if not mistaken) baru je dikurniakan cahaya mata dec lepas... my cousin yg kawin 7 tahun baru dapat baby pun ada... Sabarlah bagi yg masih belum ada rezeki tu... insyaallah satu hari nanti doa akan diperkenankan... amin...

Abang Long said...

Abang long juga pernah 'menderita' selama 2 tahun menantikan anak pertama.

Bila semua disini sudah mendoakan yang terbaik. Marilah kita AMIN kan doa itu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin