Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, February 18, 2009

Kecut perut




Satu bunyi yang Neeza sangat takut bila berada di Saudi ni ialah bunyi kereta skidding - pecut lepas tu brake tiba-tiba (sorry kalau salah denition tapi tak reti nak describe camana lagi). Duduk dalam bilik Neeza ni, memang boleh dikatakan selalu sangat dengar bunyi tu (rumah kami dekat dengan jalan besar).


Tak hairan bagi pak pak arab dan yang nak jadi pak arab sebab skidding ni perkara biasa di sini. Mereka enjoy sangat skidding tengah jalan. Kalau di Malaysia, bila kita dengar bunyi kenderaan skid, mesti lepas tu kita akan dengar "doomm!!!" atau yang seangkatan dengannya. Maknanya ada accident lah lepas tu. Tapi disini tak selalu macam tu. Bukan lah maknanya takde langsung. Ada jugak tapi jarang.


Bagi Neeza, tak kiralah dimana, bunyi kenderaan skidding membuatkan Neeza kecut perut. Takut sangat. Dalam kepala ni macam-macam yang Neeza fikir. Kalau semua family member ada dirumah, Neeza tak risau sangat. Tapi, kalau ada family member yang takde di rumah, hati Neeza tak keruan. Tangan laju aje akan dial number yang berkenaan untuk pastikan orang-orang berkenaan selamat.


Memang tak boleh elak perasaan tu datang. Bila dengar aje, tiba-tiba aje berdebar dan rasa nervous. Kalau takde bunyi dentuman, lega sikit. Kalau ada dan lepas tu ada bunyi siren polis atau ambulance, lagi lah kecut perut Neeza. Bila dial number berkenaan dan tak angkat, lagi lah rasa nak nangis. Dalam hati sentiasa berdoa supaya tiada benda buruk terjadi...

9 comments:

CJ said...

aik! n3 hampir sama le kak. psl pemanduan gak. hehe

org arab mmg suka bawa kete laju2. mentang2 le cc besar. tp bunyi skidding mmg best. tp kalau bunyi susulan lps skidding tuh, mmg saspen abes. =P

Nadine Zuharra said...

pernah naik kereta yang dipandu oleh seorang kwn mat arab..seramm jgk..eish mmg terbukti la diorang tak amik kisah sgt ngan undang2 lalulintas ni.. ~

tulipurple said...

terlalu berhati2 dlm pemanduan pun kdg2 boley bawa padah gak..yg reckless tu usah cakap ler kan...

psstt...sis mkn tonik ape ek sampai mencurah2 idea..hehe,hari2 update tu..syabas inspektor shahab..hehe.

::ADleez:: said...

ooo...skidding erk...syok jugak.mcm tinggal kt circuit jerrr....hehhehe...

Kak Elle said...

oh kat sana banyak dare devil drivers ye?

Zabs said...

Salam Neeza,
Benda yang tak baik jangan dingatkan, takut menjadi doa pulak. Fikir yang baik. Tentang skidding tu, kena redholah sebab dah dudk tepi jalan besar. Kita ada dua pilihan kab?

Ummu Layth said...

aliya pun sama. rasa berdebar and mcm anticipate the "dummmm!!" after the skidding noise.

i think org yg buat skidding tu nak thrill aje. it's because bawa kereta laju n brek suddenly. best la tu dpt adrenaline rush walaupun menganggu ketenteraman awam aje.

tak haus ke tayar derang kalau asyik skidding aje?? asyik skidding karang derang ada kemalangan betul2 kan padan muka derang. nak sgt!

noniey alias said...

kalau saya plak, saya pantang nampak ambulance, mesti takut. saya kalau boleh, memang nak elak dgr bunyi ambulans. tak tau lah kenapa. tapi hubby cakap doa je orang dalam ambulans tu selamat...

Neeza Shahril said...

Cikgu J,

akak paling tak nak dengar bunyi lepas skidding tu Cikgu.. rasa nak luruh jantung.. tak kira la sape bawak kereta tu.. :)

***********************************

Nadine,

sesungguhnya, itulah perangai diorang... tak menyabor atas jalan..

***********************************

Tulip,

betul tu.. kalau kita berhati2 pun orang lain pulak bantai..

hehehe.. akak minum tonic cap "dah takde kerja lain tapi bosan hehee"

***********************************

Adleez,

sebab tu akak takut masuk circuit kot hehe..

***********************************

Kak Elle,

bukan banyak tapi almost all.. :D

***********************************

Pak Zabs,

memang neeza bila dengar cam tu, selalu doa yang baik baik untuk family neeza... kat sini rumah hampir semua tepi jalan... :)

***********************************

Aliya,

memang ye pun Aliya.. diorang suka thrill tu.. memang selalu buat gitu tapi akak risau time dia buat tu kena kereta orang aje kan..

memang haus tayar.. sebab tu lah kan kat sini banyak sangat kedai jual tayar daripada kedai servis kereta.. hehee..

***********************************

Noniey,

akak pun sama noniey.. kalau nampak ambulance mesti intai2 kot boleh nampak orang dalam tu hehehh..
tapi kalau ambulance tu takde bunyi, mesti rasa sedih sebab biasanya orang dalam tu dah pergi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin