Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, February 13, 2009

Kisah buah kemunting dan akar lalang







Inilah rupa buah kemunting. Neeza mula mengenali buah kemunting semasa Ayah bawa kami sekeluarga pindah ke Kemaman pada tahun 1984. Kawan-kawan sekolah yang kenalkan. Ingatkan tak boleh makan. Bila diorang kata boleh, apa lagi, Neeza pun puaslah mencari. Pantang ada pokok kemunting, mesti Neeza belek pokoknya untuk cari buah yang dah masak.


Buah kemunting kecil aje. Kalau nak puas makan, kenalah simpan banyak-banyak. Lepas tu, duduk dan makan (macam makan kuaci.. kupas dulu banyak-banyak baru makan).


Pada satu petang, Ayah Neeza bawa kami adik beradik mandi manda di Pantai Chendor (masa tu Neeza sekolah rendah lagi). Kami memang suka sesangat bila dapat mandi pantai (tak jemu lagi masa tu sebab baru duduk pantai timur kan...). Lagipun bila sebut Chendor, memang banyak pokok kemunting di pantai tu. Dalam kepala dah terbayang, wah wah!!! boleh lah kutip buah kemunting.


Petang tu, kami mandi manda dengan express. Lepas tu, kami masuk semak pokok kemunting dan mulakan operasi. Sekali, adik Neeza number 4, Fairuz merajuk sebab dia nak makan terus buah kemunting tapi Neeza tak bagi. Dia lari dengan laju menuju ke jalan besar. Alamak haiii.. teruklah Neeza kalau dia betul ke jalan besar. Mesti Ma dan Ayah marah Neeza sebab tak jaga dia. Neeza pun berlari laju jugak tapi dia lagi laju. Dalam hati dah kecut. Dalam pada tu, Neeza jerit dan pujuk dia. Nasib baik dia makan pujuk. Slow dah dia jalan. Terus Neeza tangkap tangan dia dan bawak balik ke tempat kami duduk tu. Tu je lah ceritanya. Tak tahu lah adik Neeza di KKB tu ingat ke tak cerita ni. Rasanya dia lupa sebab bukan dia yang kejar Fairuz tu.. Lagipun dia sakan dok mengutip buah kemunting hehehh..



Ini pulak pokok lalang. Memang pokok ni menyemakkan rumah tapi akarnya sangatlah sedap rasanya - manis macam tebu. Neeza tak tahu dari mana Neeza dapat idea yang akar lalang ni manis. Tapi, masa kecil dulu (sebelum darjah 2), kalau jumpa pokok lalang, Neeza akan cabut akarnya, bersihkan dan gigit macam gigit tebu. Manis rasanya. Tadi Neeza g00gle, rupanya akar lalang ni banyak khasiat tapi Neeza tak lah pulak baca hehee.. Sape nak tahu, silalah g00gle ya :).


Pelikkan Neeza ni.. semuanya Neeza bedal. Sampaikan akar lalang pun Neeza gigit dan telan airnya. Eh! bukan Neeza aje tau. Adik-adik Neeza pun sama. Jadi, tak heranlah kalau kecil-kecil kami suka sangat main berudu (anak katak!) hehehee.. Kalau sekarang, iyyeeeee... gelinyeeeee.... ;)


18 comments:

CJ said...

ni le kali pertama nampak buah kemunting dn kali pertama juga dpt tau akar lalang blh dimakan dn manis rasanya. hehe

esok nk try lah. ni kak neeza punya pengaruh le nih. haha!

Kujie said...

Neeza....ati2 mkn akar lalang tu..takut baru kena racun!
hahaha..tak pernah terfikir nk buat mcm tu arr neeza

Neeza Shahril said...

Cikgu,

memang best.. try laa..

tapi kan kalau nak makan akar lalang, pastikan yang tak kena racun tau.. kalau tidak, tak pasal kena masuk hospital pulak..

***********************************

Kak Jie,

hehehe.. baru cakap kat CJ.. masa neeza kecik2 dulu, orang tak reti racun lalang.. kalau dah semak tu, orang biar aje.. memang fresh hehee..
neeza dah lama tak cari lalang fresh nih... kat saudi ni banyak pasir aje :D

Nadine Zuharra said...

hmm,mase time kanak2 mmg kita excited nak explore semua ni..sambil tgk sekeliling ade je yang nak dicuit dan dirasa.. : )

*tp dua2 yg kak neeza cerita ni saye tk pernah try,kalau jumpe nnti bolehlah cuba.. :D

Shima said...

kakok..sampai sekarang ni saya masih ambik buah kemunting tu dan makan kalau terjumpa..saje nk kenalkan pada azman dn bdk2 ni..tapi kalu lalang tuh..tk la kot..takut kena racunnn.

kita dulu suka tangkap ank berudu..cmana kalau ank kita tangkap??meroyan dan sawan dbuatnya kan..kita nk pegang skrg ni pun...iiiiiyyyyyaaaakkkssss!!!

kakok ingat lagi buoh ulat bulu???hehehehe....

Kak Elle said...

Neeza first time dengar buah kemunting ... apa rasa nya dan macam mana isi nya?

Lalang punya akar pun neeza bedal pelik mendengar nya.

cHeRyNa PiReS said...

sha tak pernah rase buah kemunting tuh...macam mane rupe isi buah kemunting nieh kak neeza?

cakap pasar akar lalang...sha tak pernah buat, tp kalo kat bunga ixora/jejarum tuh selalu laa...gi amik die punye getah (sha panggil honey!).

kadang2 yg pelik tuh yg best kan?

cikMilah said...

lepas makan buah kemunting, main hantu dracula sbb gigi lidah semua dah jadi warna purple.. hahaha... adventurous masa kecik, kalau ingat balik mmg tak masuk akal.. hahaha..

zino said...

baru teringat kat kampong mem tu banyak lalang... boleh le cabut anta ke saudi hehe

nanti nak cuba try test la hehe

Abang Long said...

Abang long hanya mampu tersenyum dan geleng kepala.

"Semuanya dia bedal." Alahai ...

Intan Noorazlina said...

masa kecik2 dulu selalu gak carik buah kemunting tu... kalau dapat yg besar suka gila... dah la besar, kaler dia gelap pulak, manis lagi tu.. mmmm... dah lama rasanya tak jumpa buah kemunting ni... teringat masa kecik2 dulu... carik bnyk2, balik umah makan ramai2... perghhhh...

Neeza Shahril said...

Nadine,

yang herannya.. macam2 explore tapi takde pulak kanak2 kena apa apa kan.. tu lah hikmahnya jadi kanak2 yang tak berdosa.. cuba sekarang, silap makan sikit, sakit.. boleh la try nadine ;)

***********************************

Dik,

bagus tu.. tapi kat Saudi takdok la pulok buoh kemunting tu..

haaa??? nak main berudu?? nak kena rotan dengan Abah keeee??? pergi la.. nanti ummi bagi makan berudu tu.. hehee.. gelinye laaaa...

eh.. hooh laa.. buah ulat bulu pun best kan.. nok nok yang kuning tu yummy!!!

***********************************

Kak Elle,

buah dia kecik aje.. rasa manis.. macam ceri kecik tu sikit2 kot..

betul kak elle.. zaman kecik neeza memang sangat adventurous :)

***********************************

Sha,

soft kat dalam dia.. ada biji2 kecik yang boleh dimakan.. rasa dia manis.. tak tahulah tapi akak memang suka buah2 hutan dan semak ni hehee..

akak pun pernah minum madu ixora tu.. manis kan :)

***********************************

Kakcik,

tu mungkin buah kendundut kot eh! betul ke ejaan ni yek.. buah kemunting takde color cam tu rasanya.. ke neeza dah lupa yek hehehe..

***********************************

Zino,

hahaha!! sila lah hantar.. kat sini lalang orang buat business lagi.. bagi unta makan :)

***********************************

Abang Long,

bestnya jadi budak kecik.. hehee..

***********************************

Intan,

memang best kan.. sebab tu akak marah kalau adik akak nak terus makan. Habis la nanti. biarlah kumpul dulu kan hehehh..

misz_A said...

kak neeza nih mmg suka pokok...kalau naik keta ngan dia mesti sume nama pkok yg dia tatau dia nak tanya kita...hehe

Neeza said...

Anisz,

haah la.. lupa pulak akak yang itu feveret akak hehe.. kat sini pun akak jumpa banyak pokok tau.. ada pokok neem - elok untuk lebatkan rambut hehehe..

as said...

tak tau caman buah kemunting..x nah tengok..hehe
kalau buah ceri yg kecik2 tu tau ler..
tgk macam sedap jer buah kemunting :)

Neeza Shahril said...

As,

memang sedap.. bagi akak la. Rasa dia manis. macam baldu kulit dia. ada orang makan dengan kulit. Akak makan isi aje..

l i e y n said...

sy br kenal buah kemunting bila kawin...actually dia tunjuk kat tepi jalan kat kg dia di pekan. kalau sekarang kalau org suh tunjuk mana satu buah kemunting, rasa nya tak cam gak...hehehhehhe.
kena kutuk gak le sbb tak tau buah kemunting!

Neeza Shahril said...

Lieyn,

tu pasal la akak, kalau tengok pokok2 akan tanya orang.. pokok apa tu? sebelum orang tanya akak.. anisz tau sangat perangai akak.. dah bosan dah dia menjawab hehehee...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin