Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, February 19, 2009

Kita sama sahaja



Dua hari lepas, Neeza serta dua anak dara pergi ke kedai kasut sebab nak beli kasut Coan yang dah tercabut tapak (berjalan = berlari dan melompat bagi Coan). Dalam kami dok tengok-tengok kasut yang sesuai dan berkenaan di hati Coan, shopkeeper tu datang dan mintak untuk Sophea try 1 kasut. Terkejut sekejap sebab kami bukannya nak beli kasut yang shopkeeper tu bawak. Lagipun, kami nak beli kasut untuk Coan bukan Sophea. Then, dia explain yang kasut tu ada customer lain nak beli untuk anak dia. Tak lama lepas tu customer tu datang dekat dan bagi tahu Sophea,

"Your sister is in India now. She can't be here to try the shoes"

Barulah Neeza faham tapi Sophea still heran bila shopkeeper tu sarung kasut tu kat kaki dia (Neeza pulak kena explain satu-satu). Excited betul customer tu masa Sophea try kasut yang nak dibeli untuk anak dia tu. Neeza tanya dia betul ke anak dia sama besar dengan Sophea. Dia kata ya. Ye lah kan, takut pulak sebab kaki budak-budak ni tak sama besar.


Bila tengok customer tu (berdasarkan uniform yang dia pakai), Neeza boleh bayangkan jenis pekerjaan dia. Rasanya orang macam tu hanya dapat balik negara dalam 2 3 tahun sekali (mengikut apa yang diorang selalu cerita lah). Tapi, mungkin juga dia nak kirim kasut tu pada kawan dia. Mungkin dia baru sampai ke Saudi dan baru dapat gaji. Tentu sekali excited nak beli buah tangan untuk anak-anak.


Sayu Neeza tengok dia tapi of courselah Neeza tak lah tunjuk reaksi emotional kat situ. Nanti tak pasal ada orang nak tolong pujuk hahahah!!!


Walaupun dia jauh dari keluarga, hati dia tetap bersama insan-insan tersayang. Macam kami juga lah. Walaupun jauh dari tanah air tempat tumpah darah, kami selalu merindui ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara di kampung halaman.


Keadaan Neeza mungkin bertuah sikit sebab suami dan anak-anak ada bersama. Ada rakan-rakan yang isteri dan anak-anak jauh di Malaysia. Tapi, Neeza yakin bahawa hati mereka sentiasa merindui isteri dan anak-anak. Macam suami Neeza jugalah satu masa dulu. Errrr.. betul tak bang?? hehehh..

12 comments:

drNO said...

hehhe..neeza...rindu kita x??
tapi, ye la..neeza bertuah , sbb blh dok dgn hubby n anak2 sekali. berbanding diorg yg dok tmpt org sorg2, lg sayu..

Kujie said...

Neeza tau, ah soh yg jual sayur kt CH tu ckp...

" org melayu suka beli sayur, buah2 utk kawan2..saudara mara...tak mcm org cina..."

WanHidayat said...

Salam akak....biasa berlaku tuh...kadang2 ummi sy pun buat mcm tuh bila tak bawak adik2 berjalan pi beli barang...tup2 anak org yang jadi mangsa ukuran....deria yang sungguh peka kan????...ibu lah katakan....

Best kan bila dapat dok ngn mereka yang kita sayang.... :)

::ADleez:: said...

bagus la cenggitu..ade org anak depan mate ajerr...tp alahai kedekut hampehhhh...nak beli tv pun kedekut...menciiiiiiii... akhirnya anak2 merayu2 nk g tgk tv kat rmh org.... duit belambak pun x gunaa..:(

tulipurple said...

sob sob sob.....

Neeza Shahril said...

Drno,

rindu jugak.. walaupun tak pernah jumpa :)
memang sayu kalau duduk sorang2 kat tempat orang..

***********************************

Kak Jie,

tu yang bagus pasal orang kita kan.. selalu ingat sedara mara, kawan2..

***********************************

Dayat,

akak kalau nak buat pun, pada sepupu anak2 akak okay kot sebab tau size badan mereka. Pada anak orang lain akak tak berani.. mungkin tak biasa kot..

memang best Dayat sebab ada tempat bermanja ;)

***********************************

Liza,

dia nak simpan untuk masa depan kot hehee..

***********************************

Tulip,

jom nanges sesame :D

as said...

sedih la kalau tengok orang camtu...
terpaksa bekorban untuk kesenangan..
takleh bayangkan kalau kita ditempat mereka..
syukur alhamdulillah dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita..

Nini Marini said...

huhu,
tabahnye mereka ni..kagum nini tgk..

Nini sendiri tak dapat bygkan apelah yg akan jadi kat nini dalam keadaan camtu.

Kat france ni pun ada akak² phD yang terpaksa berjauhan dgn suami.tabah².

Moga² Allah beri kekuatan dan ketabahan pd mereka.

=)

xiiinam said...

ckLah pernah...
satu hari tu tengah pilih baju...tiba-tiba ada satu mamat memadankan baju kat belakang badan ckLah...dia kata...badan ckLah lebih kurang bini dia...Memang nak kena penampar!!!

Kak Elle said...

kerena nak cari makan kan sanggup berjauhan dgn keluarga.

Abang Long said...

Pergi ke Singapura. Tiba - tiba teringat hendak membeli baju labuh untuk isteri, malangnya isteri tiada bersama, jadi, ayah kata "cuba try kat badan perempuan itu" lalu kami pun pujuk wanita itu...

Abu Shahmey said...

As,

betul tu As.. untuk sesuap nasi, terpaksa tinggalkan orang2 tersayang untuk tempoh masa yang lama kan..

***********************************

Nini,

akak juga tak dapat imagine kalau akak ditempat mereka. Syabas kepada mereka yang tabah berada di perantauan walaupun keluarga tersayang jauh dimata..

***********************************

CkLah,

kalau Neeza kan.. neeza cakap, takde kerja lain ke?? mengong betul.. kalau anak2 takpelah kan.. hehe..

***********************************

Kak Elle,

tabik dengan mereka tu. Semoga Allah rahmati hidup mereka..

***********************************

Abang Long,

kalau pompuan tu letakkan sediri takpelah jugak kan.. kalau lelaki lain yang padankan.. ish ish..hehee...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin