Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, February 10, 2009

Kuih Dangai





"Abang tahu tak Kuih Dangai?"

"Tahu!"

"Macam mana rupa dia?"

"Tahu tak Danga Bay?"

"Tahu.. abis tu kuih Dangai tu macam mana?"

"Macam bentuk bay tu la" (sambil tunjuk bentuk - dalam hati Neeza, hmmm.. macam serupa yang dalam gambar tu)

(Senyap dan berfikir sekejap) "Dia dibuat daripada apa bang?"

"Dari tepung gomak!"

"tahu ke tak tahu ni?"

"Hehehee..."

"Cait!!"


Bila dia sebut tepung gomak aje, memang sah lah tak tahu sebab tengok kat resepi, Kuih Dangai guna tepung pulut dan kelapa.


Kisahnya, semalam Neeza baca di blog CkLah yang dia beli kuih Dangai di pasar. First time dengar sebenarnya. Lepas tu baca di blog Abang Long, ada jugak dia sebut kuih Dangai. Ish.. tak boleh jadi, kata Neeza dalam hati. Terus g00gle gambar kuih Dangai. Rasanya memang tak pernah tengok tapi bila tengok resepi, macam pernah makan.


Masa kecik-kecik dulu, makcik Neeza ada buka kedai kopi di Ketereh. Pagi-pagi dia buat banyak kuih-muih. Salah satunya ialah kuih yang ada kelapa dan dibakar dalam acuan atas bara api. Sebijik macam kuih Dangai. Cuma acuan makcik neeza tu macam acuan kuih akok atau baulu kemboja. Neeza suka kuih makcik buat tapi masa tu lupa pulak nak tanya nama. Makcik Neeza orang Kelantan. Kuih Dangai tu katanya asal dari Utara. Betul ke sama? Ke lain?


Bila tengok resepi semalam, rasa macam nak buat tapi malas. Lepas tu mulalah dok teringat. Adoiii.. betul la.. 'curiosity kills a cat' tapi bagi neeza.. curiosity kills my sleep! tak boleh nak tidur bila teringat kuih tu. Nak buat tapi malas.. hehee.. banyaknya malas. Lagi pun kat sini takde kelapa fresh. Kot nanti tak sedap pulak kalau guna shredded coconut frozen yang jual kat grocery store tu.


Lagu mano nih adek weii??

20 comments:

MAMAMIA said...

Seingat2 Akak, pernah tengok kuih ni, tapi tak pernah cuba... Maybe sebab colour dia tak attractive kot...

Neeza, dah cuba nanti, ceritalah camana rasanya, ok??

zany said...

parah tu parah, teringat2 selalu, buat je neeza, sedap tak sedap belakang cerita, once dah terletak depan mata si dangai tu, hilanglah segala kerinduan, he, he.............

kelapa parut campur tepung pulut? campur gula dan bakarkan?

xiiinam said...

kuih dangai yang ckLah beli dengan terketar-ketar sebab duit tinggal 6 kupang tu...cklah tak merasa pun...anak ckLah dah selesaikan dulu....waaaa

tapi bentuk dia lain...ada macam lesung kaki kembar...

jane said...

salam neeza,

memang sedap si dangai ini !! heee...(dah namanya kuat makan, apa pun sedap ya)

maza said...

hmm mungkin juga kalau ditanya maza jawab yg sama...

sbb maza pun bukan tahu sangat nama2 kuih nie..

zaman kecik2 (sekarang masih kecik rasanya) tahu makan dan suka makan..

tetapi skrg nie, huhuhhu....kena berhati2 di jalan raya.....

http://mazaaida.blog.friendster.com

Raihah Rosli said...

Sy rse sy pernah mkn.... tp x tau lak nme kuih tu kuih dangai...

Bese nye sy mkn ble blik kg kat kemaman. Bli mse breakfast kat psr.

nyum....nyum ....sdp nye!

cHeRyNa PiReS said...

sha pon tak tau ape itu kuih dangai sampailah bace posting kak neeza arinieh...ooo...baru sha tau kuih dangai tuh ape skang...

tp kan best kalo sha tau sedap ke tak...eheheh..

Nadine Zuharra said...

selalu makan kuih ni,sedap..rase lemak,manis,masin..jarang orang buat tapi kalau cari kat pasar tu ade selalunya..
bentuknye mmg tak tetap kak neeza..yang selalu saye mkn dipotong empat segi tepat macam kat sini
http://www.resipi.net/cookbook/question.php?ID=390
(ade resepi skali)..hehe

Neeza Shahril said...

Mamamia,

neeza ingat nak try petang ni.. kalau tak try, malam ni sure takleh tido lagi hehee..

***********************************

Kak Zany,

betul tu kak.. macam senang sangat nak buat.. tapi kalau kelapa muda sikit sure sedap kan..

***********************************

CkLah,

hehehe.. ada 6 kupang dapat diskaun lak tu kan.. rezeki.. tapi takleh makan pulak.. kena buat ko CkLah.. ;)

***********************************

Jane,

samalah kita.. neeza ni suka sangat makannn.. hehee..

***********************************

Maza,

makan sikit takpe.. buat rasa kata orang..
tapi neeza ni.. dalam rasa2 tu, habis gak sepinggan hahaha!!

***********************************

Raihah,

haaa?? kat kemaman ada?? camana akak tak pernah tahu? ish ish..
balik nanti nak carik lah hehehh..

***********************************

Sha,

kalau betul la macam yang akak makan masa kecik tu, memang sedap.. lemak2 manis :)

***********************************

Nadine,

haaa.. akak ada bukak page tu semalam dan tengok resepi.. tapi kan.. 3 biji kelapa??? banyak tuuu.. akak nak cari yang 1 cawan kelapa je hehehe..

maklang said...

ada jugak makan, tapi tak pandailah pulak nak membuatnya..

~akuni~ said...

Sama lah tu rasanya...

Tie said...

Kak tie dah lama tak makan kuih dangai ni...balik nanti kena tanya mak laa...hi hi.. Tak berani buat walaupun resepi ada di internet. Sebabnya tak ingat rasanya.

Kak Elle said...

Neeza nama kuih tak pasti...tapi tengok rupa dan recipe nya mcm kuih dr indonesia ..oops lupa pulak nama nya.

MommYaLif said...

neeza, do u think thetaste like lemping nyiur? must be nicekan..teringat pulak thelemping nyiur sold alongthe awana kijal road tu! i like the name ofit.

noniey alias said...

saya memang suka sgt kuih tu. tapi memang tak pernah pun tau nama kuih tu. kalau kat ktn tak pernah lagi jumpa. biasanya dapat makan kat trg je..

as said...

kuih dangai mmg sedap
nak kata asal utara tak pasti,tapi memang banyak kat utara..as selalu makan kuih nih..sedap

dah siap ker??hahhaa..dah malam nih..mesti dah siap..kiki
kalu kelapa parut frozen rasanya yg brand zamil elok sikit dari kat cornice tu.putih melepak jer kelapa parut tu..ada jual kat kedai sebelah rumah as nih..hehe..

Neeza Shahril said...

Maklang,

nampak resepi macam senang :)

***********************************

Akuni,

haah la.. sama..

***********************************

Kak Tie,

yang orang buat jugak sedap kan hehe..

***********************************

Kak Elle,

ooo.. dari indonesia ke asalnya? rupa dia beza2 kak..

***********************************

Kak Siti,

this one is sweeter.. lempeng nyior tu masin kan.. tapi both sedap la.. hehe..

***********************************

Noniey,

yang akak makan kat kelantan memang akak suka..

***********************************

As,

dah buat tapi tak jadi sebab pandai2 letak gula lebih. jadi terlebih manis.. lain kali kena buat lagi kot.. version lain pulak..
akak tak letak gambar kat blog sebab rupa huduh sangat.. makan pun tak habis hehee..

Abang Long said...

Wahai Adikku Neeza. Nanti Abang long kirimkan melalui POS EKSPRESS. Tapi, takut bila sampai sana, kuih tu jadi keras... hahaha

l i e y n said...

tak pernah dengar kuih ni...tp rupanya mcm familiar

Neeza Shahril said...

Abang Long,

takpe takpe.. neeza dah tau buat tapi rasa dia tak sesedap yang beli la.. hehe..

***********************************

Lieyn,

anak2 akak suka pulak kuih ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin