Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, February 6, 2009

Pujian yang menyakitkan hati



Neeza sayang semua kawan-kawan Neeza, tak kiralah kawan di alam nyata ataupun kawan di alam maya. Bila berkawan, Neeza selalu pentingkan keihklasan dan hati budi. Kita perlu sama-sama menjaga hati masing-masing. Kalau kita terlebih bicara sehingga menyakitkan hati, perlulah kita mohon maaf. Kalau tak sengaja, nak buat macam mana. Tapi biasanya kita boleh perasan kalau kawan kita kecil hati. Jadi, elok lah kita cepat-cepat perbetulkan. Insyaallah, kawan kita memahami.


Dalam bab berkawan juga, Neeza tak pandang rupa paras atau pangkat. Dia cantik ke tak cantik ke atau dia kaya ke tak kaya ke, bukan faktor Neeza berkawan. Kalau nak cari yang cantik saja, tak ada nilai lah sebuah persahabatan itu. Neeza akan lebih sayang kawan Neeza sebab dia baik hati, sebab dia ikhlas dan bukannya sebab dia cantik ataupun kaya.


Tapi baru-baru ni, ada seseorang yang betul-betul membuatkan Neeza geram, meluat dan benci. Seseorang ini ikut Neeza pergi satu tempat. Bila balik dari tempat tu, dia cakap pada Neeza,

"Saya tengok kawan-kawan awak semuanya muka tak elok. Entah apa apa aje. Eeiiii... Awak sorang aje yang elok, yang bagus mukanya"

Terkejut Neeza dengar. Siap cakap "Eiiiii!!" tu. Macam lah Neeza berkawan dengan hantu ataupun alien. Sekelumit pun Neeza tak rasa bangga dengan 'pujian' yang dibuat-buat tu. Sebaliknya Neeza rasa marah sesangat. Siapa dia untuk nilai kawan-kawan Neeza? Kalau lah betul Neeza nak nilai, rasanya muka kawan-kawan Neeza jauh lebih cantik dari muka orang yang bercakap tu.


Silap besar lah orang tu. Neeza tahu dia nak ambil hati Neeza sebenarnya. Tapi, dengan berbuat demikian, dia bukan ambil hati Neeza. Dia dah membuatkan Neeza bertambah sakit hati dan menyampah dengan dia sebab menghina kawan-kawan Neeza. Bila Neeza ceritakan pada seseorang yang lain pun, seseorang tu pun rasa geram dengan dia sampai dia pun keluarkan statement,

"Macam lah muka awak tu lawa sangat nak cakap macam tu"



Apalah yang ada dalam kepala dia masa dia bercakap tu Neeza pun hairan. Buat pengetahuan semua, 'dia' yang menyakitkan hati Neeza tu bukanlah kawan Neeza pun.


26 comments:

Lollies said...

i am very defensive when people say things about people i love. so i can understand you. kekadang orang tak tau nak cakap apa, they tend to chose negative words. Grrr

Kak Elle said...

neeza...

thats very bad statement sebelum mengata begitu cuba cerminkan dulu muka dia...

CJ said...

aku setuju dgn kak neeza. tk perlu le kita memandang paras rupa bila berkawan. yg penting hati yg ikhlas, jujur dn menghargai persahabatan.

lidah sgt penting dijaga. aku selalu berpendapat, kotak komen blog pun perlu dijaga corak tulisannya, bergurau boleh tp jgn sampai melukakan.

kak neeza mmg rock. hehe [aku belasah jek ni haaa :)]

cHeRyNa PiReS said...

eee...ade gak org bodoh camtuh ye kak neeza?
rase macam nak sepak jek...(marah nieh)

Nadine Zuharra said...

mcm2 jenis ye manusia ni..tapi mmg tak berape suka org yang nak tackle kwn baru dgn cara memburukkan kwn2 kite yang lain..orang mcm ni tak boleh dipercayai..silap2 lepas tu.. dengan kita2 skali terkena..

*senang cerita =batu api,tapi dlm kes kak neeza ni mmg terover skitla org yang bw mulut tu..moga2 dia insaf nnti

manlaksam said...

Eiiiii!..tak ada otak betul dia tu....

maklang said...

hmm..macam2kan orang ni...


rupa paras harta benda bukan ukurannya..

zany said...

alahai, cakap kawan neeza tu kalau muka lawa, hati tentu lawa ke? *****Psttttt******lawa ke kawan neeza tu? he, he....

Ummi365 said...

tak suka orang macam tu. ada jugak orang yang berkawan disebabkan kepentingan. bila dah dapat semua yang dia nak, kita ditolak tepi. semoga persahabatan kita semua dialam maya tak adalah sampai tahap macam tu ya.

l i e y n said...

cakap ngan bukan kawan kak neeza tu.."nobody's perfect esp urself!"
muka lawa ke muka x lawa ke...kalau berak tetap busuk gak!!!

tulipurple said...

eeeeiiii...sy pun meluat baca N3 nie...kesian pd dia yg tak reti menilai erti persahabatan.

Tie said...

Hu hu....sabor je laaa.... mujur neeza tak jadi macam alien tetiba...he he...sabor je laaaa....

Neeza Shahril said...

Lollies,

tapi kan.. kalau orang tu tutup mulut, lagi bagus.. hati pun tak sakit kan.. anyway, almost everything yang keluar dari mulut dia sickening sebenarnya..

***********************************

Kak Elle,

it's the worst statement that I've ever heard from a human, kak elle..

***********************************

Cikgu J,

orang tu memang tak pernah jaga lidah rasanya.. sebab dia tak rasa bersalah langsung bila cakap macam tu..

akak rock?? akak sentimental je hehe..

***********************************

Sha,

kalau ikut hati akak, memang nak tumbuk je muka dia sebab menghina kawan2 akak..

***********************************

Nadine,

dia bukan nak berkawan dengan akak.. dia nak ambik hati aje.. tapi dia sebenarnya dah hancur luluhkan hati akak terhadap dia..

***********************************

Pak Man,

mungkin dia simpan otak kat tapak kaki..

***********************************

Maklang,

tak tahu lah dia ni spesies mana..

***********************************

Kak Zany,

psstttt... dia bukan kawan neeza..
rasanya semua kawan neeza kat blog ke.. kat luar ke jauh lebih lawa dari dia.. :)

***********************************

Kak Ummi,

dia memang tak boleh kawan dengan neeza pun sebab tak nak neeza ada kawan macam tu.. dia cuma nak bodek neeza.. tapi silap teramat besar untuk dia..

***********************************

Lieyn,

dia rasa berak dia wangi kot hehehe...

***********************************

Tulip,

rasanya, sebab tu lah ramai orang tak suka dia pun..

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

kalau neeza jadi alien, dia lah orang pertama neeza cakar muka hehee..

::ADleez:: said...

kokpius...konpius...(smbil korek h****g)..eee..mentng2 ler aku htm...smpai ht kt g2...
mengata ke dulang paku serpih..
mengata orang sape org tuuuuu!!!!!

xiiinam said...

Itu mulut berani mati namanya.....

Err..ckLah pun sayang Neeza!!
(Sampai tak...keikhlasan ucapan ckLah hingga kedalam dada kau?)

Rasyidah Abd. Aziz said...

tetiba je kita rasa muka kita buruk sgt lak ish..ish, biasanya org yg suka ckp camtu, dia perasan diri dia lawa sgt agaknya. kita tetiba teringat ada sorg classmate kita dulu, suka sgt ckp mcm tu, kt kita pun dia selamba je ckp muka kita buruk giler, satu hari tu dia accident, habis muka dia sampai kena plastic surgery...

silversarina said...

Manusia ni tak de insuran mulut, ikut sedap je biar berkata-kata dan tak guna otak, ada ke bab rupa paras nak dicompare, dia boleh cipta manusia ke ??

Yummy Yum said...

ada jugak manusia macam tu..kalau nak pilih kawan nak kena lawa ke? kalau kita tak lawa so maknanya takde kawan la..pelik jugak ek..tak penah pulak terpikir nak kawan ngan orang lawa je..mcm2 jenis perangai manusia ni

as said...

Tak baik tau menghina kejadian Allah s.w.t...sapa lah orang tu..
Maknernyer kami kat sini semua tak cantikkkkkk..sob sob..kikiki..

Neeza Shahril said...

Liza,

masa orang tu cakap, Liza takde kat situ.. don't worry.. you're always gorgeous :)

***********************************

Cklah,

mulut tu nak kena bomb sebenarnya..

wahhh.. terasa menusuk kalbu.. tenkiuuuu :))

***********************************

Syida,

akak suka kisah kawan syida tu.. bukan suka benda tu jadi kat dia tapi sebagai pengajaran buat orang lain.. cantik tu hanyalah pinjaman.. tak payahlah nak mengata orang kan..

***********************************

Kak Rina,

life dia pun dia tak boleh control.. suka2 hati dia nak mengutuk orang kan.. dia tak beli insuran apa2 pun kak..

***********************************

Yum,

kalau akak kan.. akak tak nak kawan dengan orang lawa sebab nanti nampak akak tak lawa hahahaha!! memain je laaaa..

***********************************

As,

cantik la.. sekarang makin cantik.. seri ibu mengandung..
masa dia tu berkata2, As takde disitu.. :)

rozie yusof-azlan said...

Hmm..I taktau actual moment this happen..dan org yg berkata dari mana..but what I can say..myb dia choose or make wrong choices of words..myb dia maksud air muka or aura rather than rupa paras??Myb dia suka tengok your facial reactions..manis..senyum..tak berkerut..jernih etc..some others may have thungs on their mind and muka berserabut..wallahualam..jgn marah ya.. I dont know..but in every situation..bagi yg berkata ada 2 niat at least and yg menerima or mendengar pun ada 2 alternatives..to ask further or to just accept word for word or ponder..Just my 2 cents worth this morning...

Neeza Shahril said...

Kak Rozie,

dia tak nampak muka some of them.. camana nak tengok kalau some of them cuma nampak mata kan..
kalau akak tahu siapa gerangan the person yang berkata2 tu, akak tentu kata 'no wonder lah'.. dia ni tak reti guna brain... by the way, dia ni bukanlah our friends pun... bila dia cakap macam tu, neeza diam sebab takut kalau keluar words nanti lain pulak jadinya... ada sebab tersendiri.. :)

MommYaLif said...

i wonder siapa dia?

rozie yusof-azlan said...

He..he..sabar je neeza..doakan yg terbaik buat dia..kzie pun face similar situation bila somebody always thinks highly of themself.. so kita nak corner mana2 pun susah..dia lebih bagus therefor who are we to say..terkedu juga kadang tu..But sometimes tak boleh diam je if not menjadi so..kene ada yg bagi juga balik..ambik kau.. asal Allah swt tau niat kita..
Take care dalam berpantang ya..

Neeza Shahril said...

Kak Siti,

you knew it already kan.. ;)

***********************************

Kak Rozie,

Neeza ni kan kak.. bila orang keluar words macam tu.. neeza akan terkedu dulu.. cakap dalam hati aje.. tapi tak terkeluar kat mulut.. bila dah lepas tu barulah neeza mengadu dengan somebody.. I wish I would have the guts to tell the person off.. how I wish... biar dia sedar sikit kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin