Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, February 21, 2009

Tahukah anda?


Taukah anda apa itu Iqama?

Iqama ialah nama lain bagi kad pengenalan diri bagi insan-insan yang tinggal di Saudi Arabia. Negara-negara arab lain Neeza tak pasti. Sama jugak kot (tak duduk tempat lain jadi tak boleh tulis lah). Di Saudi, iqama berbentuk buku kecil (lebih kurang besar buku 3 5 (555) bagi sape yang lahir tahun 70an kebawah tahu lah kot rupa buku ni).


Nak buat iqama mengambil masa sebab kena dapatkan surat dari company. Lepas tu, nak tunggu siap satu hal lain pulak. Bagi yang bernasib baik, 2 minggu boleh lah siap. Bagi sesetengah kes, ada yang dekat 2 bulan pun tak dapat balik. Biasalah tu disini. Mereka bekerja macam *&&#C#@^$ (interpret sendiri lah ya bulan bintang dan semua sign tu..). Susah kalau takde iqama. Tak boleh nak buka bank account, tak boleh nak ambik lesen dan macam-macam lagi lah yang tak boleh (Neeza sendiri pun tak pasti apa yang macam-macam lagi tu sebenarnya hahaaa!!).


Iqama ada beberapa mukasurat. Mukasurat pertama (selepas kulit), dilekatkan gambar suami. Mukasurat seterusnya ada tulisan arab yang Neeza pun tak ingat apa dia. Lepas tu mukasurat untuk gambar isteri dan anak-anak.


Ada kawan tanya, kalau anak ramai, penuhlah buku tu kan. Neeza kata, tidak penuh pun sebabnya gambar isteri dan anak-anak terdapat pada satu gambar sahaja. Mereka bergambar sekali semuanya. Jadi, kalau ada anak yang belum boleh berdiri, isteri akan pangku. Anak-anak yang lain berdiri lah disebelah mak mereka tu. Macam family picture tapi tanpa husband (gambar husband di depan kan...).


Bagaimana kalau husband tu ada lebih dari 1 isteri? Erkkk!!! Makanya, mungkin ada lebih dari 1 gambar isteri dan anak-anak lah. Mungkin isteri yang lain tu bergambar dengan anak masing-masing. Atau mungkinlah semua isteri dan anak-anak bergambar didalam 1 gambar? Tak tahu lah pulak. Nanti lah tanya sesapa yang berkenaan. Setakat ni tak jumpa lagi orang yang macam tu. Nak tanya orang Saudi, sah sah diorang tak tunjuk gambar family pada orang lain sebab gambar wife tu nampak muka kan.


Cakap pasal lebih dari 1 isteri ni, Neeza baru perasan hari tu yang insurance company disini cover beberapa isteri yang sah dari segi undang-undang. Maknanya, kalau suami ada 3 isteri dan 15 anak, kesemuanya dicover insurance. Tapi, Neeza tak pasti kisahnya dengan para pedagang luar (bukan Saudi) sebab mereka ni dah sign agreement kan. Mungkin pasa agreement tu ada limitation. Kalau di Malaysia, biasanya insurance cuma cover isteri pertama yang sah sahaja. Tidak disini. Mereka cover kesemua isteri yang sah. Patutlah naik lemak lelaki2 arab ni kan.


Itu sahaja sudut pengetahuan am hari ini. Gambar tak dapat disertakan sebab malas nak ambik gambar iqama tu. Lagipun tuan blog dah mengantuk setelah berpenat lelah mengshedulekan entry ini jugeeeee :).


12 comments:

CJ said...

tak kira. nk gambar juga. :)

aku sangkakan iqama ni pas keje kot.

as said...

katanya dah ada iqama baru yer bentuk ala-ala ic malaysia tu..
tapi Jubail still guna yang lama lagi..hhee..

nak gak nengok gambaq akak!!!!!!!!! :P
maklumlah,as nyer gambaq single..kuikuiki..

Zabs said...

Salam Neeza,
Semasa di Jepun, tahun awal 8oan, kami di beri "Alien Registration Card". Mungkin masih digunakan lagi.
Bila dipanggil alien tu rasa macam datang dari planet marikh pulak.

suweileh family said...

Samalah kat Jordan, kitaorg panggil iqomah, mcm ic. Kalau 6 ahli keluarga, 6 kepinglah iqomah tu.

drNO said...

selama ni x tahu. skang dh tahu.
thank you. hehhehe

Kak Elle said...

Neeza mcm di sini kalau suami org negri asing family pun kena apply jadi senang kalau nak keluar pergi holiday...tiap2 pass di bagi 2 tahun stay..lepas tu kena reapply.

Chekgu BaniHassim said...

mcm ic ke kak??
tpi ni detail ni...
kalau anak2 dah membesar bagai juara..
muke2 dah lain, kene tukar baru jugak??

rozie yusof-azlan said...

Iqamah or Mat Salleh sebut Igamah..tak boleh sebut "Q" mcm dulu Baqaiq kini disebut Abqaiq. Iqamah baru mcm Mycard individual for each family member unless anak dah over 18 maka dpt sendiri punya.Yg lain tu still sponsored by husband.Every 2-3 years expire n renew so new type tak perlu family photo just indiv.Iqamah sort of permit to be in this country and work etc...Takde or hilang Iqamah mmg kes naya..even Iqamah dh expire..bank account pun dia block..so renew 3 or 4 mths ahead...

13may said...

Tima kasih atas info nih... :)

::ADleez:: said...

ni n3 pasal iqama ker pasal jantan berbini ramai..kikikiki..jgn mare..;)~

MULAN said...

lain negara, lain depa sebut kan ala2 iqama ni. ada "alien card" la, TP la..

psst..
neeza dok dekat dengan kak faizah tu ke, kim salam kat dia yek. lama tak jumpa depa, last sekali kat vietnam kot.. sama kat korea jugak..

Neeza Shahril said...

CJ,

nanti siap akak ambik gambor ye... :). Macam IC sebenornye

***********************************

As,

gambor akak tak comel langsung.. nanti as ambik gambar berdua.. mesti comel :)

***********************************

Pak Zabs,

haah kan. masa kat US pun kami dipanggil alien. rasa macam ada tentakel aje kat kepala ni hehe..

***********************************

Suweileh,

tapi kami kat sini 1 aje iqama tu. suami aje pegang. yang lain kena ada copy aje..

***********************************

Drno,

no problem doc :)

***********************************

Kak Elle,

agaknya semua tempat sama kan.. cuma nama aje lain-lain.. :)

***********************************

Chekgu,

kalau anak2 besar, dia tak suruh tukar pulak.. patutnya tukar la kan..

***********************************

Kak Rozie,

neeza baru tahu info ni.. thanks kak.. nak check la bila expired. tapi kan nak buat iqamah kena ada pasport rupanya... maknanya kami tak boleh buat iqamah baru lagi..

***********************************

13may,

no problemo :)

***********************************

Liza,

dua-dua pun boleh hehe..

***********************************

Mulan,

yupp.. betul tu.. :)

nanti neeza sampaikan ya.. dia memang duduk sini dekat setahun dah kot.. rajin masak dan baik orangnya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin