Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, February 3, 2009

Tak salah mengaku salah



Tajuk di atas tu ada 2 makna:

1. Orang tak bersalah mengaku bersalah

2. Tak salah kalau kita mengaku salah kita


Makna yang Neeza nak ulas ialah makna Number 2. Neeza tulis topic lain kali ni sebab bosan tengok topic maid duduk atas sekali. Abang pun cakap, tak habis-habis pasal maid. Nak buat camana, dah itu yang jadi sebahagian hidup Neeza. Kali ni Neeza nak tulis mengenai Neeza juga cuma bukanlah topic maid.


Semalam, Neeza mintak anak Neeza ambilkan Tafsir Al Quran. Dalam kepala dok bayangkan colour Al Quran tu hijau. Tak tahulah kenapa. Neeza cakap pada Sophea, "tolong ambil Quran Ummi yang color hijau". Puas dia ambik yang itu, yang ini, semuanya Neeza cakap tak betul. Lepas tu angin pun naik. Tinggi lah sikit suara. Then Neeza tunjuk pada dia, "yang itu!!!" Bila dia ambik, dia cakap, "ni hijau ke?". Alamak!! malunya Ummi.. Memang color dia biru. Then Neeza cakap, "Sorry!!!" Kesian Sophea tak pasal-pasal kena marah. Abahnya pun cakap, "tu lah.. nak marah orang sangat". Memang patut Neeza kena pun.


Memang tak salah kita mengaku salah kita walaupun kita ni jauh dari lebih tua dari orang yang kita bersalah tu. In fact, kita sebenarnya mengajar mereka bahawa setiap orang yang buat salah perlu minta maaf. Memang itu yang Neeza selalu ajar anak-anak Neeza. Sebab itulah, anak-anak Neeza tak segan nak sebut "Sorry Ummi!". Tapi, ada juga masa-masa diorang terlupa. Contohnya, bila diorang terlanggar Neeza.. kalau diorang tak cakap sorry, Neeza akan cakap "Aduhhhh... sakitnyaaaa..." walaupun tak lah sakit mana pun hehee.. tapi, lepas tu cepat-cepat diorang cakap "Ooo... sorry ya Ummi..".


Bukan pasal tu saja. Cakap terima kasih pun kita kena tunjuk contoh juga. Bila dapat apa-apa, kalau diorang tak cakap thank you / terima kasih, Neeza akan ingatkan.. "cakap apa???". Then diaorang pun ingat. Begitulah sebaliknya. Macam semalam, Sophea tolong ambilkan air untuk Neeza.. dia cakap, "Ummi nampak tak apa yang ada dalam cawan tu?" - dia tuangkan air untuk Neeza. Neeza faham lah tu. Neeza pun cakap.. "Ooo.. thank you..". Then Sophea cakap, "welcome!". Memang dia betul pun. Jadi, buat apa nak marah kan... :).

22 comments:

Rasyidah Abd. Aziz said...

kita pun setuju, anak2 ni masa kecik lagi la nak kena didik, tapi kita tak leh lupa la ada satu hari tu anak sulung kita yg baru 3 tahun tu tegur balik benda yg sama sbb kita lupa nak ckp sorry bila tertumpahkan air "mak...cakap la sorry, mak tumpahkan air, abg bila tumpahkan air pun ckp sorry.." hehehe segan je time tu then kita ckp la sorry

xiiinam said...

CkLah sdg berbincang dgn suami. Pd satu situasi tu, suami ada cakap;

'Alaaaah. Usah risau lah Bu...buat bodoh je'

Tiba-tiba anak yg berusia 4 wkt tu menegur;

'Abah, tak baik tau cakap 'bodoh'!!'

Ke situ pulak!

Kak Elle said...

neeza akak agree 100% kalau kita ada buat salah atau menuduh salah tampil usul periksa mmg patut kita berbohon maaf...tak salah mengaku salah kan?tapi jgn lah buat dunno mcm takde apa2 yg berlaku...parut kecil hati orang yg di tuduh tak akan pulih.

Kujie said...

ibubapa role model mereka yg terdekat, kak jie selalu ckp dgn abg, kita jgn nk suruh saja tapi kena ajar.


mendidik anak2 mmg tugas ibubapa, amanah Allah utk kita..baguslah kalau anak2 bersopan beradap mcm tu....sejuk rasa pisau yg membelah perut dulu , kan neeza..hehe

Tie said...

Hi hi....lucu lah kisah Neeza tu....

Kak Tie pun kekadang tersilap dengan anak2...tapi memang dah biasa, bila silap mestilah mengaku salah...dah jadi sebahagian dari kehidupan..manusia bukannya sempurna...hi hi....

manlaksam said...

Hehehehe....Pak Man pun kadang-kadang ada buat salah. Muda-muda dulu susah juga nak mengaku salah, nasib baik lah umur panjang, sempat berubah.

Abang Long said...

MAAFKAN Abang long kerana tidak kerap meninggalkan komen disini.

AZWA said...

salam ziarah Neeza,

setuju sangat dengan topik ini..mengalah bukan bermakna kalah. kalau selama ini berat mulut nak mengucapkan kemaafan atau meminta maaf ( macam azwa nie huhuhuhu...masa muda2 dulu la hehehe), belajar2 la ringankan mulut...insyaAllah seolah2 satu beban yang berat terlepas dari bahu kita.

l i e y n said...

mmg tak salah...
even kita sendiri pun mesti selalu praktik mende ni...
tapi ada gak le kes mende yg tak berani nak mengaku salah...hehehhehe.

DBI said...

ucapan terima kasih, maaf, tolong patut jadi budaya di bibir mulut tu..

maza said...

maza memang amalkan anak2 cakap bahasa elok2 terutama berterima kasih ..

tapi sebelum maza terlupa lah kan. maza pun nak ucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog maza yg seindah itu....hahahahaha

erk! maza tgh angau skrg nie. masih diawang2an dgn award tu ha...huhuhu..

jgn jeles aaaa

http://mazaaida.blog.friendster.com

maklang said...

dengan anak2 ni memang kena cakap betul2 kan...kalau tak, salah nanti salah tafsir pulak...

Adry said...

hehee... betul la tu kak... didik awal awal dari kecil kan... supaya besar nanti dia dah biasa minta maaf bila salah dia dan berterima kasih bile ada orang tolong dia...

nurie said...

Bbudak ni memang mudah mengikut apalagi klu ibu bapa yg buat.Klu buat yg baik, kita mesti bangga tp klu buat yg tak baik, kita jugak yg malu. So, nak anak yg baik, kita kenalah jd baik dan begitulah sebaliknya.

jane said...

salam neeza,

sori seems to be the hardest word...hehe, mcm lagu le plak. tapi, kalo x diterapkan dalam hati anak sedari kecil untuk meminta maaf atas apa jua kesalahan, memang perkataan maaf itu sukar diucapkan ..

tapikan, kalo anak2 mintak maaf kat kita, macam cair hati kita kan ? x jadi nak marah...

silversarina said...

Senang nak didik kata sorry bila diaorang masih kecik, bagus neeza didik anak2 macam tu. Sekarang ni mood mimi pulak tiap kali lepas solat mesti kata , "I'm sorry Mom ." buat akak sebak je, budak kecik manalah ada salahnya.

::ADleez:: said...

hehhe..
tu r..tp manusia nihh byk yg ego kan..kan.. dh bt salah x ngaku pulak dah...
yg bab tenq tu bagus kt ajr2 ank2 time kecik2...rian pundh th nak ucap..time kacih!!!!!!!!!!!!

13may said...

hehhe hehhe...

tak salah mengaku buat salah...tapi risiko tinggi :D

Neeza Shahril said...

Syida,

kadang2 lebih baik belajar dengan anak2 kan syida.. :)

***********************************

Cklah,

hehehe.. memang kena berhati2 kalau cakap depan budak2 ni kan..

***********************************

Kak Elle,

betul tu kak elle.. walaupun dah lama.. masih terasa yang orang pandang kita salah..

***********************************

Kak Jie,

seram neeza baca 'pisau' tu.. terasa sakit bersalin baru2 ni.. :)

***********************************

Kak Tie,

kalau kita mengaku salah.. anak2 pun akan buat benda yang sama kan..

***********************************

Pak Man,

mana ada orang tak buat salah.. asalkan kita mengaku salah kita.. kira orait lah kot.. :)

***********************************

Abang Long,

tu bukan salah tu.. tu sibuk namanya hehee..

***********************************

Azwa,

neeza dulu2 pun macam tu jugak.. ego tinggi.. tapi bila dah beranak pinak ni, lain pulak sebab nak ajar anak2 kan..

***********************************

Lieyn,

memang lah lieyn.. ada benda yang susah kita nak admit kan.. hehehe..

Neeza Shahril said...

DBI,

itulah budaya yang mulia kan :)

***********************************

Maza,

mestilah jelessss.. tapi nak wat camne.. maza tu peminat setia orang tu heheheee...

***********************************

Maklang,

betul tu.. nanti penat nak explain..

***********************************

Adry,

kalau ajar dari kecik senang kan.. dia cepat praktik..

***********************************

Nurie,

betul sangat tu.. kita takleh salahkan anak2 aje kalau diorang benda buat tak elok.. kita kena check camana kita treat diorang kan..

***********************************

Jane,

rasa nak nangis pun ada bila diorang mintak maaf..

***********************************

Kak Rina,

hehehe.. pandainya mimi.. tapi memang sayu bila dia sebut macam tu kan..

***********************************

Liza,

memang ramai manusia ego termasuklah yang tengah menulis ni hehee.. nak mintak maaf rasa cam tebal je muka..

Neeza Shahril said...

13May,

risiko tinggi?? haaa.. ada sebab la tu.. hehehh..

as said...

melentur buluh biar dr rebungnya..hehe
hopefully anak2 akak akan praktik sampai bila2..

**nnti boleh la as ambik tip cara2 mendidik anak-anak dari pakar kaunseling kita nih :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin