Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, March 13, 2009

Bankrap di akhirat



Biasa kita dengar orang yang bankrap didunia. Habis duit dan harta yang satu masa pernah menjadi miliknya tidak menjadi miliknya lagi. Istilah lain papa kedana lah kot (kalau salah, tolong betulkan ya). Tapi apa pulak maksud bankrap diakhirat?


Terms ni Neeza dapat dari kelas arab yang Neeza attend hari Rabu lepas. Ustazah kami yang mengajar tauhid bercerita tentang manusia yang akan bankrap diakhirat. Kenapa pula perlu bankrap di akhirat? Di akhirat mana ada duit. Kalau ada pun dah tak berguna. Tak laku lagi. Walau kita punya beribu juta pound sterling sekalipun, duit kita tak ada nilai disana. Yang bernilai hanyalah segala amalan baik yang kita buat semasa didunia ini. Banyak amalan kita, senang lah hidup kita dihari kemudian. Insyaallah.


Kata ustazah, ada manusia yang sangat banyak amalan baik dibawa sebagai bekal. Banyak pahala yang dia buat didunia. Tapi, adakah dia dijanjikan syurga? Belum lagi sebab kita semua perlu membayar hutang kiranya ada. Hutang kepada manusia lain. Bukan didunia saja tapi diakhirat juga. Disebabkan diakhirat duit tidak bernilai, kita perlu selesaikan hutang dengan membayar menggunakan pahala yang kita ada (kalau lah ada. Kalau takde, maknanya, azablah yang kita dapat).


Hutang disini bukan sahaja hutang duit didunia tapi perkara lain juga. Hutang yang tak nampak iaitu apa-apa saja kesalahan kita terhadap orang lain seperti menyakiti hati kawan, bercakap belakang (back biting), mengumpat, buruk sangka, mengata dan yang sewaktu dengannya.


Orang-orang yang terlibat dalam hal yang kita buat tu sebenarnya mendapat pahala kita. Pahala tu akan dituntut diakhirat esok. Bayangkan, selama hari ni kita amat menjaga segala amal ibadah kepada Allah. Solat tak tinggal. Puasa penuh. Haji pun kita dah selesai. Zakat memang tak pernah lupa. Tapi, disebabkan 'hutang' kita kepada manusia yang terlibat, kita tak dapat masuk syurga. Semua pahala kita akan jadi kosong! Untuk lebih teruk lagi, negative mungkin. Kita perlu membayarnya degan seksa yang maha azab. Nauzubillah...


Apa yang perlu kita lakukan supaya kita tak bankrap?

Kita perlu mohon maaf dari setiap orang yang kita bersalah. Kita perlu nyatakan apa yang dah kita buat dan minta maaf dari mereka. Ada yang bertanya, bagaimana pula kalau memohon maaf itu akan memburukkan keadaan? Contohnya, kita pernah kata kawan kita tu jelek, hodoh, tak pandai dan yang sewaktu dengannya. Kalau kita mengaku, mungkin kawan kita akan bertambah marah. Daripada dia nak maaf, terus tak nak kawan langsung. Ustazah kata, kita boleh cuba berbuat kebaikan kepada kawan kita atau sesiapa sahaja yang terlibat tu dengan banyak. Kebaikan yang banyak, lebih dari apa yang kita biasa buat. Sentiasa gembirakan hatinya. Mudah-mudahan, dia senang dengan kita dan akan maafkan semua kesalahan kita walaupun kita tak specify setiap butir kesalahan kita tu.


Sama-samalah kita ingat-mengingati. Neeza juga berharap semua orang akan maafkan Neeza sebelum mata ini terpejam. Ameen...


10 comments:

vy said...

Neeza

guLp !
alamak..
baru termengumpat kawan yg CURANG tuh
Iskk IskKkK
kena minta mahap banyak banyak ni
ampunkan segala kecurangan dia
dan minta sidia memaafkan segala ketermengumpatan yg dah terjadi

semoga ALLAh SWT ampunkan segala dosa dosa kita semua

kuIna Jentayutiara said...

betul la neeza... sbb tu islam menggalakkn kita sendiri bermaaf- maafan tak semestinya hari raya aje.. sbb ajal maut kita tak tentu masa ketika... tiba2 aje boleh goooo..

::ADleez:: said...

sy pon nak minta maaf dgn kak neeza...kot2 ade yg terasa..terumpat..semenyer terr.....hhihii...betul la manusia ni slalu bila berckp x hengat mati...pas2 mula la rs menyesal...nak minta maaf direct rs malu...sbb tu kt disuruh x menyakiti hati org klu x mahu disakiti...^_^

Kak Elle said...

thanks for sharing neeza....

Neeza Shahril said...

Vimmy,

ada yang kata, kalau ktia bercapa untuk ambik ikhtibar takpe.. tapi.. tak lah pasti pulak sebenarnya..
semoga Allah ampunkan kita semua.. Ameen..

***********************************

Kuina,

memang manusia selalu buat silap.. namapun manusia kan.. neeza pun sama kuina.. kena selalu minta maaf dengan semua orang..

***********************************

Liza,

Insyaallah, sebelum akak mati, akak maafkan semua orang.. moga-moga orang lain pun macam tu juga.. susah juga sebenarnya kalau kita stuck di akhirat esok..

***********************************

Kak Elle,

ingatan untuk Neeza juga kak Elle..

Abang Long said...

Baru terfikir hendak membuat entri yang sama. Nampaknya Neeza telah terkehadapan.

Neeza Shahril said...

Abang Long,

ada telepathy agaknya kita hehehe..

Mrs Rafiuddin said...

mengumpat memang sedap kan!!
ditambah perisa plak tu..adoiler..
camana lah kan,nak hindari :)

mintak maaf bebanyak kalau terumpat ker termengata ker terkasar bahasa ker yer akak..hiks..
macam raya plak..

hidayah said...

very good one indeed

-teringatkan diri yg serba serbi kurang ni :P

isk isk isk... betapa byk org nak kena mintak maap nih..

l i e y n said...

kak neeza, saya mintak maaf kalau ada tersalah kata dan perlakuan....
tak nak bangkrap kat akhirat nnt...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin