Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, March 1, 2009

Bila hati telah retak



Tajuk kat atas tu takde kena mengena dengan diri Neeza pun. Tiba-tiba aje teringat satu cerita lama tajuknya macam tu. Ada sorang pelakon perempuan apa entah nama (nak cerita sangat tapi semuanya tak ingat.. aishh!!) berlakon jadi nurse kalau tak silap. Sebenarnya, cerita tu pun Neeza tak ingat sangat camana hehee..


Yang Neeza tahu, bila hati dah retak, memang susah untuk bercantum kembali. Hati ni kan fragile. Sedangkan gelas kaca yang fragile pun tak boleh bercantum balik melainkan kita leburkan semula dan buat gelas baru. Inikan pulak hati yang sangat lembut tu. Kalau terluka sedikit, memang berdarah lah kat dalam badan tu. Satu badan tak boleh berfungsi dengan sempurna. Maklumlah, organ dalaman kan. Kalau organ luaran ni, boleh jugak tampal plaster ke, koyok ke ataupun selotep :P.


Berbeza dengan kaca, hati tak boleh dileburkan untuk buat hati baru. Kalau dileburkan, cuma boleh masak dan makan. Itupun kalau hati ayam, lembu, kambing dan unta. Kalau hati orang, sape lah yang nak makan.. uuweekk!!


Kesimpulannya, jagalah hati itu dengan baik. Jangan sampai ia terluka apatah lagi retak. Bahaya tu. Panggil 911 pun tak dapat nak tolong.


Kalau entry ni takde kaitan dengan Neeza, ianya ada kaitan dengan siapa ya? Takde sape-sape pun. Untuk semua orang lah kot. Sebagai peringatan buat Neeza dan yang lain-lain. Mari kita menjaga hati sesama kita supaya tiada hati yang retak :D.

13 comments:

Kak Elle said...

agak nya misi yg ini ke neeza?...hehee

mmg kalau hati dah retak seribu cam mana nak gam balik kan? superglue pun agak tak bolih:)

Tie said...

Hmm...

Hati kak tie mudah retak, tapi mudah lak dicantum semula (bergantung kpd keadaan laa...)

Kalau retak teruk, tentu ambil masa gak...

Chekgu BaniHassim said...

org cakap; kalau hari2 makan ati bulih kurus...
akak try laa...
haha

Adry said...

Teringat lagu dari kumpulan SNADA...

Jagalah Hati...
Jangan Kau kotori...
Jagalah Hati...
Cahaya Ilahi...

(^_^)

noniey alias said...

tapi kadang2 tu kita tak terpkir pun nak hancurkan hati orang. tapi sebab orang lain yang harap lain, so, terjadi lah hati yang retak tu. huhuhu

pB said...

bilo retok , kadae kadae buleh ta'kop smula...

tapi


tok akae samoooorrrrr

drNO said...

hmm..bkait dgn saya ke..hehhehehhe

zany said...

cite tu akak pun ingat, rubiah suparman berlakonkan.

kalau hati retak ok lagi apa, jangan dah pecah berderai atau hancur luluh. Retak sikit2 ambil gam gajah lekatkan balik, he, he.......

xiiinam said...

Rubiah Suparman kan? Yang kena kawen dengan Abang Rahim Razali ckLah tu...masa tu, ckLah jeles sangat tengok dia....oh abang Rahim Razali...

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

hehe.. ye kot kak Elle..

lagi buruk rupanya hati tu nanti bila letak superglue kan kak Elle.. hehehh..

***********************************

Kak Tie,

semua orang cam tu kan Kak Tie.. tapi kalau retak memang kesannya terasa kan..

***********************************

Chekgu,

hehee.. best tu.. akak nak kurus ni ;)

***********************************

Adry,

best lagu tu.. walaupun akak tak pernah dengar ;)

***********************************

Noniey,

ada orang tak reti jaga hati orang lain. Dia tahu jaga hati sendiri aje noniey...

***********************************

kak Pb,

memae tok akae samo..

***********************************

DrNo,

hehehee... ish ish.. tidak ada kaitan tu...

***********************************

Kak Zany,

haah betul tu.. puas nak ingat nama dia.. Rubiah suparman.. nasib baik akak ingat..

gam gajah kadang2 beli dah keras dulu hehehe..

***********************************

CkLah,

haah rubiah suparman.. ooo.. dia kena kawin dengan rahim razali ke? hehee.. memang patut CkLah jeles.. hehehh..

cHeRyNa PiReS said...

hati retak...memang pun................

maza said...

den nie ha, hati rotak ko, tak rotak ko...

uhuk,...makan tetap keno jago..kena gak makan....


hehheheh

tibo2 terkonang lak cendul kek blog org sebelah sinun...huhuhu...tengah hati rotak nie, elok pekeno cendol semangkuk dongan rojak pasemboq....hehehhehe

nyum nyum nyummmm

http://mazaaida.blog.friendster.com

Neeza Shahril said...

SHa,

apa yang memang Sha ;)

***********************************

Maza,

haaa??? ada cendol? mana tu? mana? nak gi carik cendol la.. hehehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin