Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, March 7, 2009

Cerita lama..


Dah lama nak letak post ni tapi macam tak sesuai. Tapi kali ni rasa nak letak jugak. Geram pun ada dengan sesetengah pihak berkenaan tu. Sebenarnya tak tahu nak salahkan sapa pun sebab kami ni jauh di sini. Bendanya di Malaysia.


Kisah bermula pada satu petang yang redup. Memang redup petang tu sebab ramai orang dah balik kerja. Neeza balik lambat sebab ada perjumpaan dengan students, kalau tak silap. Lepas tu, Neeza solat Asar dulu di office. Kalau tunggu sampai rumah, lambat lah pulak nanti. Lepas tu, terus keluar menuju ke kereta. Since Abang pergi Saudi, Neeza asyik lenjan bawak kereta Abang aje ke office. Senang sebab kecil dan tinggi. Kereta satu lagi lepak kat porch aje. Lagipun dengan minyak yang mahal di Malaysia, sesuai lah kereta tu bersantai-santai direhatkan. Banyak telan minyak means banyaklah RM kena keluar ;).


Panjang pulak intro. Lepas traffic light, Neeza pun belok kiri seperti biasa. Driving seperti biasa dengan kelajuan dalam 60 - 70 KM sejam sebab jalan tu bukanlah main road. Lagipun takde apa nak dikejar. Anak-anak dirumah dengan bibik. Susu Shahmey banyak dalam fridge.


Sampai kat satu kawasan, Neeza nampak ada Kancil nak keluar ke jalan Neeza lalu tu. Kancil tu dari lorong kecil sebelah kiri jalan. Memula Neeza nak tunggu jugak tapi nampak macam dia tak nak keluar pun. Neeza pun teruskan driving. Sekali, bila Neeza sampai aje kat situ, dia bantai keluar simpang tu. Terkejut beruk betul Neeza. Neeza break dan cuba pusing steering ke kanan. Okaylah tapi Kancil tu lebih kuat. Gedeboommm!!! Neeza expect kereta Neeza terhumban tergolek dah. Alhamdulillah, tak seteruk tu. Steady lagi. Rezeki lah kot sebab Neeza tak luka sikit pun. Hati aje geram sebab stuck dengan problem tu.


Engine kereta masih berfungsi. Neeza cuba alihkan kereta. Macam bergerak tapi ada something yang tahan tayar. Tak pasti benda apa. Tapi still moving kereta tu. Neeza ke tepi sebelah kanan. Nak sebelah kiri tak boleh sebab Kancil tu ada dikiri.


Lepas tu, seperti biasa waktu lepas accident, berduyun-duyun ramai yang datang untuk menyoal-siasat bertanya.

"Awak okay, takde luka ke?" sambil melihat atas bawah. Amboi-amboi. Ambik kesempatan ya... Kalau dah Neeza boleh keluar kereta dengan elok, tak tumbang dan siap boleh pegang handphone cap ayam dengan penuh gaya tu, mestilah okay kan. Tapi kira baguslah masyarakat kita ni, bila ada orang accident aje, memang ramai yang akan berkerumun. Rasanya almost all yang datang tu lelaki. Ye lah kan. Waktu tu petang, memang time orang balik kerja pun. Segan jugak sebenarnya masa tu. Neeza pun call neighbor lama yang duduk area situ. Diorang suruh Neeza tunggu situ and jangan pergi mana-mana.


Dalam Neeza dok pening-pening kepala (sebab terpaksa duduk kat situ lama and settle the matter) tu, Neeza call Abang di Saudi. Terkejut Abang. Ada ke dia tanya "nak abang balik ke?" Hahahaaa!!! sungguh lawak la Abang ni. Neeza okay je. Luka pun tak. Dan kalau balik pun, bukan boleh buat apa. Mungkin mengubat rindu je lah kot everything dah settle dah pun by the time Abang balik. Neeza bagi tahu Abang, neighbor lama tu nak datang bawak Neeza untuk settle kes tu.


Sebelum neighbor tu datang, minah naik Kancil tu keluar kereta. Masa dalam kereta, Neeza sempat jugak tengok Kancil tu. Nampak muka dia tersembam kat steering. Ingatkan dia pengsan. Rupanya, dia nervous. Bila dia datang kat Neeza, beriya-iya dia mintak maaf. Dia kata, dia tak perasan langsung ada kereta lalu. That's why dia terus aje. Neeza tak kata apa, cuma tanya dia okay ke. Dia kata, kepala dia sakit sikit tapi Neeza tak nampak luka pun. Mungkin terhantuk kat steering lah kot.


Kereta Neeza kena pada bumper depan. Hancur lah jugak sikit. Lampu belah kiri pecah. Kancil tu teruk jugak. Tayar pecah, engine pun affected. Hood pun tercabut.


Then, tow truck datang. Bawak kereta ke balai polis. Neighbor Neeza bawak Neeza pergi balai polis. Lambat jugak nak settle sebab before tu pun ada orang lain tengah buat report. Kes accident jugak kot. Masa buat aduan tu, polis tu cakap pada Neeza, ayah minah yang bawak Kancil tu polis jugak tapi bahagian Narkotik. So what? Geram pulak Neeza bila dia cakap macam tu. Does it mean dia tak guilty? Terang-terang memang salah dia. Polis tu pun cakap cam tu. Since Neeza tak salah, tak payah bayar fine RM300. Tak tahu lah minah tu kena bayar ke tak. Well, ayah dia polis kan...


Tapi memang hassle bila jadi macam tu. Almost 3 weeks Neeza nak kena pergi balai, pergi Perodua, pergi bank untuk settle everything. Semua kena buat sendiri since Abang kat Saudi kan. Dah lah kena naik kereta satu lagi yang hobinya menelan minyak. Nasib baik juga di Malaysia boleh drive sendiri. Weiii.. kalau tak boleh drive, tak lah pulak jadi cam tu kan hahahaha!!!


Yang Neeza geram ialah... waaa.. baru nak cerita pasal apa geram hehee.. Disebabkan accident tu, dah 2 tahun berturut-turut kami renew insurance takde NCB discount. 100% sebab kata orang bank, diorang tak boleh trace NCB. Logik tak? TOlonglah. First of all, insurance kami 1st party dan memang dalam hal tu Neeza tak salah pun. Insurance minah tu patut bayar for the negligence. Memang lah masa repair tu, mat Perodua tu kata, guna Maybank insurance dulu. Nanti, Maybank akan claim dari insurance minah tu. Frankly, Neeza tak ingat terms yang dia guna. Tapi hati Neeza masih geram sebab kes tu.


Hopefully next year, janganlah pulak orang bank kata, dia tak boleh trace. Sakitnya hati...


By the way, inilah gambar kereta yang kemek tu. Dah almost 2 years benda ni jadi tapi Neeza still phobia bila kereta yang Neeza naik brake mengejut. Rasa nak luruh jantung.





16 comments:

Kak Elle said...

neeza bila akak baca kancil mati2 ingatkan haiwan..maklum lah masa di states banyak kancil lintas jalan...hehe

nasib baik neeza ok alhamdulillah.

Kujie said...

selalunya bila dah kena sekali mesti fobia...


kak jie pun hari ni....p ambil kakak ipar kt highway..kereta dia rosak dan kebetulan suami pula outstation.

jauhlah juga...........masuk Plus highway dgn DCE,,tak boleh turn sesuka hati.

dah 15thn memandu, belum ada pengalaman mcm ni..tapi tersangkut kat divider tayar tergantung2 tu pernah la........hehehehe

::ADleez:: said...

mintak disimpang malaikat 44...semoga dijauh2kan...liza x ade xperience terlbt dgn xcident yg bsr2...cuma prnh ade lori kpl merah die sondol kete liza dr tepi..ade la screcth ckit....hehehhe..last2 liza mntk ganti rugi smpai 200...pdhl g kedai cat br ckit dlm 100 ja...skt hati punya hal...;)~

zino said...

dua tahun pendam tu.. mesti masih geram lagi tu... memang patut geram pun zino pun pernah kena aksiden ni atas kecuaian orang lain..

dan kena settle kan sendiri segala macam benda tu.. tapi akhirnya dah settle , tak kena tolak NCB pun sebab mamat tu yg salah.. dan libat beberapa kereta lagi bukan keter zino je..

tapi yg heran bin ajaib tu tow truck dengan segera sampai ke tempat kejadian..

Chekgu BaniHassim said...

musti fobia kan kak???
musti kdg2 kalau jadi co-driver ade masenye nak break angin je kan??
kalau rapat sgt ikut belakang pon rase seram je...

kemalangan ni, kalau kite tak langgar org, org yg langgar kite...

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

haah la.. lupa pulak Neeza. Kat Malaysia orang semua maklum.. kat tempat lain mesti heran sikit hehe..

***********************************

Kak Jie,

memang fobia lagi ni..
hehe.. camana boleh tergantung tayar tu Kak Jie?

***********************************

Liza,

tak bestkan accident sebab walaupun kesan dia kat kereta, hati kita tak senang..

***********************************

Zino,

memang geram sangat. Satu sebab memang terang salah dia. Dan satu lagi.. effect tu sampaikan sekarang renew insurance pun takde NCB..

***********************************

Chekgu,

betul chekgu, badan akak seram bila orang bawak kereta laju. Bila nampak ada kereta dekat dengan kita, rasa nak brake aje...

Abang Long said...

Apa nombor PLAT kereta tu ?

Hahahahahaha ....

Syukur Alhamdulillah. Semuanya selamat.

tulipurple said...

aduish,,mmg geram pun kalu kene kat sy.tapi,kalu kene kat kandaku..kompem tak senang duduk,maklum ler bini no1 dia sakit.
pandu cermat,jiwa selamat.

Rasyidah Abd. Aziz said...

biasalah tu, cerita lama ni kengkdg still segar dalam ingatan especially kes2 langgar ni

Neeza Shahril said...

Abanglong,

numbernya ialah.. hehehe... nak beli nombor keee?? hahaha!!!

***********************************

Tulip,

kalau lelaki yang kena mungkin lagi geram lah kot kan..

***********************************

Syida,

affect dia sampai sekarang.. tu yang geram..

Mrs Rafiuddin said...

paling fobia kalau xcident..
dan kebiasaannya orang yang mengelak yang kena kesan yang teruk.
dan paling tak suka bila orang main keluar jer tak tengok dah kiri kanan..
gamaknya tak reti guna side mirror kot,or gamaknya lesen terbang :)
dan kat sini berlambak orang perangai cam tu..sib baik pompuan kat sini tak leh drive..

arsaili said...

salam...memang hasle..bole imagine. Pernah accident dulu sebab tumpahan minyak kat jalan..so kena bayar Rm300 sebab cuai....tapi malas nak fikir settle jer la...in fact its not my fault....bukan my car jer yg affected...a few other car pun almost terbabas...minyak tu kat roundabout..so bila corner terus out of control...tapi kat traffic tu mcm dah ada template jer...as if semua kita yg salah....tak suka betul hassle..then nak claim insurance another sick experience ..belom deal ngan workshop yg menipu tuh....nightmare. Kena ada satu mechanism la antara police traffic, insurance company and workshop...terlalu byk perlu dibaiki....

hidayah said...

still teringat saat kak neeza cerita secara live kat saya... xsangka plak jadi mcmtu dgn insurance.. bengong betullah bank tu... huhuhu...

xiiinam said...

Tengok je gambar tu...ckLah dengan gopoh dan cemasnya membaca laju-laju tanpa melihat intro...sambil tu terfikir gak...Neeza ni, kata kat Saudi....baca lagi...baca lagi...


Ulang semula..
Fuhhh....cerita lama rupenye...

MULAN said...

mau tak geram.. tapi alhamdulillah neeza tak apa2 masa accident tu..

Neeza Shahril said...

As,

dia tu nak keluar simpang. Dia kata dia tengok tapi mungkin masa dia tengok tu, kereta akak tak sampai lagi. Tapi akak lebih geram dengan bank tu..

***********************************

Arsaili,

yupp.. diorang patutnya dah ada standard procedure and reduce the favoritism ni kan.. yang bank pulak, macam ada komplot dengan workshop aje..

***********************************

Hida,

bank tu memang mengong.. geram ni.. 2 tahun orang lain tolong renew insurance. tu yang susah tu..

***********************************

Cklah,

heheheh.. tak mungkin di saudi.. sebab neeza kan jadi mem besar aje.. takleh bawak kereta huhuuuu...

***********************************

Mulan,

syukur Alhamdulillah, neeza sikit pun tak luka.. luka hati je sebab geram.. hehee..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin