Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, March 19, 2009

Durian Merah


Mungkin ada yang dah tahu tentang kewujudan durian ni tapi tidak Neeza. Dua tiga hari lepas, Neeza dapat email dari colleague tempat kerja lama dan dia attachkan gambar durian ni. Mak oi!!! menakutkan lah pulak. Bila tengok color dia, Neeza imagine buah durian tu dicelup dalam pencelup merah sebab tak boleh imagine sebenarnya buah durian dengan color selain dari putih dan kuning.


Mengikut email tu, buah durian merah ni sedap rasanya. Kulitnya berduri panjang dan tajam (ada ke duri buah durian tumpul hehee..). Buah ni terdapat dalam hutan dan biasa dimakan burung aje isinya. Binatang memang pandai cari buah yang sedap kan. Kebanyakan buah-buah hutan memang sedap pun. Takde suntikan botox mahupun colagen untuk mencomelkan buah tu. Hasil alam yang original memang menakjubkan.


Sesiapa pernah makan ke buah ni? Sharelah ya. Nak tahu jugak apa rasanya. Kalau sapa yang ada tanam, war-warkan lah.. kot lah, boleh lah kita buat rombongan cik kiah pergi kutip buah durian tu huhuuuu...


Gambar-gambar dalam entry ni dipinjam dari g00gle. Email kawan Neeza tu dah delete ke, dah letak kat mana tak ingat dah sebab ngeri sebenarnya masa tengok buah tu.









15 comments:

Tie said...

Eee....kak tie seram lak..!

Terus hilang selera....he he...

Macam mana lak jadi gitu, ek? First time tengok ni...

Mrs Rafiuddin said...

pernah dengar pasal durian merah nih..
Mesti sedap kan kalau dapat makan..
Sib baik la time pregnant nih tak suka durian sangat!!hehee...
kalau tak,jenuh nak cari :)

zany said...

dah tengok kat blog tirana baru2 ni, memang ada ye. tajam bebenor durinya tu, harus pakai helmet kalau nak tumpang lalu bawah pokok. apa rasanya ye neeza? tengok color bukan lagi attractive, tapi gerun.

zino said...

tak pernah jumpa pulak durian merah ni.. macam bukan durian je hehe

Chekgu BaniHassim said...

saye dgr org ckp, org yg pernah makan laa...
katenye rasenye tak sesedap durian biase...
dah baunye pun kurang daripada yg normal.

kirenye durian normal tu tip-top la...

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

samalah dengan neeza heheh... memang kejadian dia cam tu kak Tie..

***********************************

As,

ish.. lupa pulak akak.. nasib la As tak mengidam kan.. :)

***********************************

Kak Zany,

katanya manis dan sedap.. kalau durian manis memang neeza suka :D. Tapi kan takut lah tengok.. hehe..

***********************************

Zino,

tu la kan.. macam jadi-jadian lah pulak huhuuu...

***********************************

Chekgu,

laaa.. tak sedap ke? bukan main lagi kawan akak tu kata sedap.. kalau cam tu tak rugi la heheh..

Kak Elle said...

first time tau ada durian semacam ni ...apa agak rasa nya ye?

silversarina said...

Ni first time tau, rasanya akak tak lalu makan sebab warnanya tu :)

Mak Teh said...

Mak teh tanya Pak haji " Tahukah pasal durian merah? Saya tengok dalam blog Neeza...."

" Tahu, durian hutan asal dari serawak. Juga dipanggil durian kura-kura. Durian ini jadi makanan kura-kura. Buahnya di batang pokok."

Mak teh tanya Pak haji sebab dia ni general knowlege cukup luas tambahan pula mengenai pertanian. Pak haji tak tahu guna internet. Maksudnya semua pengetahuan dia adalah dari pengalaman atau bacaan.

Di dusun kami ada juga durian hutan asli. Kulitnya kuning dan isinya warna kunyit. Baunya sangat tengit dan rasnya amat bergas! Binatang liar sukankan durian jenis ini.

l i e y n said...

tak pernah tengok gak!!!
kat malaysia ada ke?

Zabs said...

Salam Neeza,
Tak pernah jumpa pulak durian ni. Tapi warnanya serasi pula dengan warna blog ni...hahaha...

Raihah Rosli said...

Lme x tggl komen kat blog Kk Neeza...bz skit skrg ni...

Tp durian merah ni menyebabb kan sy nak komen...hehehe!

1st time sy tgok ni kk neeza.... jakun jdn ye :)

Warna yg merah tu menyebabkan rase 'gerun' @ 'takut' lak nk mkn isinya.

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

neeza pun wonder nak tau jugak.. :)

***********************************

Kak Rina,

samalah dengan neeza..seram pulak ;)

***********************************

Mak Teh,

jelesnya Neeza dengan Pak Haji. Neeza ni memang malas membaca. senang la kan.. Pak Haji jadi library bergerak Mak Teh heheh..

laaa... makanan kura2 ke? hehee.. kura2 pun makan durian. Tapi neeza takut tengok durian ni sebab color dia semacam aje..

***********************************

Lieyn,

katanya di sarawak durian ni..

***********************************

Pak Zabs,

heheh.. pandai tuan blog ni cari buah yang matching yek.. :P

***********************************

Raihah,

akak pun first time tengok hari tu. Ingatkan orang cat isi dia merah. Rupanya memang betul merah.

Tapi, macam Raihah, akak pun takut tengok.. nak makan, tak tahu la hehee.. tapi nak jugak rasa.. hehee..

kakLuna said...

eii takutnya..cam kene sumpahan lak durian tu..hehe

OO said...

Ya Allah, takut lah Ja tengok duriae meroh! tok tertelae nih, mace keno celup ssumbo jah!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin