Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, March 6, 2009

Ish... takutnya...


Neeza terbaca berita ni di online paper tadi. Seram pulak rasanya. Bila tengok wajah pembantu tu, nampak cengil aje. Nyaris tak mati aje majikan dia. Eeee.. takutnya rasa. Semoga Allah jauhkan kami dari benda-benda macam ni...



Pembantu rumah mengaku tidak bersalah cuba bunuh majikan

--------------------------------------------------------------------------------

PULAU PINANG 5 Mac - Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh majikan wanitanya pada 26 Februari lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Phang Kian Huang, 41, terpaksa menerima 65 jahitan di leher, lutut (lebih 20 jahitan), telinga (20 jahitan), selain cedera ekoran didakwa diserang bertubi-tubi oleh pembantu rumahnya itu.

Tertuduh, Hanni Seo, 23, dari Kabupaten Kupang, Indonesia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Dia yang memakai kemeja lengan pendek biru dan berseluar jean warna sama sebelum itu dilihat terpinga-pinga sambil mendiamkan diri ketika jurubahasa beberapa kali membacakan pertuduhan terhadapnya.

Walaupun dibacakan beberapa kali oleh dua jurubahasa berbeza, Hanni dilihat masih mendiamkan diri ketika ditanya tentang pengakuannya berhubung tuduhan itu.

Setelah hampir 10 minit, Roslan kemudiannya mencelah sambil membacakan semula pertuduhan tersebut.

Hanni kemudiannya dilihat mengelengkan kepalanya tanda tidak mengaku bersalah sambil menyatakan dia mahu dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, dia yang tidak diwakili peguam didakwa menyerang Kian Huang dengan bersenjatakan sebuah kerusi kayu, sebuah lesung batu dan sebilah pisau pemotong sayur yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian kepada mangsa.

Hanni didakwa melakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 10 pagi, 26 Februari lalu di dalam rumah majikannya itu di No. 55-6-2, Sri Mahsuri, Lorong Sempadan 2, Rifle Range, Air Itam di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Roslan kemudiannya memerintahkan kes tersebut dirujuk kepada konsulat Indonesia di Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

''Saya bagi sebulan untuk kes ini dimaklumkan kepada konsulat Indonesia. Terpulang kepada pihak konsulat untuk melantik peguam bagi pihak kamu.

''Saya juga tidak akan membenarkan sebarang jaminan diberikan kepada kamu sehingga tarikh sebutan akan datang. Jika ada peguam, rayuan berhubung jaminan boleh diutarakan pada hari tersebut,'' katanya.

Beliau kemudiannya menetapkan pada 2 April ini untuk sebutan semula kes itu.

Setelah prosiding selesai, Hanni dilihat menangis teresak-esak ketika seorang anggota polis menggari semula tangannya.


sumber berita dari Utusan Malaysia online

13 comments:

drNO said...

hmmmm...mmg menakutkan.
risky sbb awal2 tu mana la kita tahu hati budi nya kan.

::ADleez:: said...

hahhhaha..tak tahu...hhahahha...tak tahu...yg ni ok lg...setakat mengamuk ngan pisau..kerusi n lesung batu... klu sy ngn katil2 sy baling tau...hehhe... mesti ade yg tersirat nihh..kot2 majikan die mmg dh lame buli die kot...dh hlg sabar la tu....ape2 pun hrp akak x fobia...

pB said...

mungkin dia ada reason kenapa dia buat mcm tu ...

majikan cina ni kdg kdg , kejam pada pembantu rumah mereka


aikssss....
mana dia dailek kelantan ku?????

aNIe said...

Neeza...mendengar cerita tu memang seram...tapi tu lah...kita tak tau apa yang tersirat dlm fikiran hannie...kerana mereka yang berani melakukan demikian adalah mereka yang sudah hilang pertimbangan mereka...

zino said...

tu le zino baru nak cari pembantu ni..

Kujie said...

neeza ni bab maid laju je....dia.

Rasyidah Abd. Aziz said...

tetiba teringat jiran2 kita kat kl ni, terjerit2 kat maid diorg. kekdg kita tension je dengar. kalau kita jadi maid diorg, mau je tension hari2

maza said...

Pengajarannya ialah....ibu2 sekalian, jangan tau dan bercita2 nak berlengang2 aje..terutama membesar perut tu ha! malas dan pakar pemerintah ala2 kuku besi!

(kebanyakkan masa, lady boss lagi teruk kuku besinya dari boss sendiri)

Kendian ada hati terjerit, terpekik, terlolong memanggil pembantu rumah!

So don't depend on other people to take care of your house business...

Yo girls! You should put you home a top priority. You should 'manage' your house by yourself....

Ni tak, semua bercita2 kalau boleh nak ada pembantu rumah. Jadi boss, tukang arah! Sedang diri sendiri hendak terlentang sakan sambil makan pop corn di depan tv. huhuhu


bagi maza, pasti ada sebab seseorang itu brubah menjadi singa, seumpama dlm tragedi ini....

Nadia Yuna said...

Salam kakak,

lama betul x masuk peti ni. heh. selalu kat skolah. x boleh nak maen tenet sangat.

nadia ada baca pasal ni masa kuaq paper ari tu. siap ada gambaq lagi. memang takut betol

** kakak, pasal scan tu, kalau boleh memang nak buat. kalau xdak apa pun, kurang2 nak puaskan ati mak ngan ayah. diorang risau sangat. =/

Chekgu BaniHassim said...

org dah kurang waras gitu, sape pun takut...
kene serang tiba, dgn kerusi, dikelar dengan pisau...

pastu buat2 mcm takde ape jadi pi jemput budak tadika...

tak ke gile cemtu kak..
mintak simpang kak...

just be careful je la...

Kak Elle said...

neeza agak maid tu di dera olih majikan nya sampai tahap dia tak bolih amek lagi sebab tu nekad membuat gitu ... ye lah byk kita dengar maids di hambakan begitu kan?

manlaksam said...

Jangan percaya 100%. Berhati-hati dalam setiap kata-kata. Jangan terlampau garang. InsyaAllah selamat.

Neeza Shahril said...

Drno,

betul kan.. susah nak kenal orang..

***********************************

Liza,

hahaha!! tak takutt... hehee.. takut jugak sebenarnya laa... mungkin lah kak neeza pun rasa gitu..

***********************************

Kak pb,

hahah!! dialek kelantan dah kena makan jaws :P
kes dera yang melampau kot kan..

***********************************

Kak Anie,

mungkin sebenarnya majikan dia yang mulakan dulu tapi pembantu tu lebih kuat kot hehee..

***********************************

Zino,

ada yang okay jugak sebenarnya..

***********************************

Kak Jie,

ooo.. mesti Kak Jie.. penting ni untuk neeza hehee..

***********************************

Syida,

akak tak pernah jerit kat maid ;)

***********************************

Maza,

betul tu.. patutnya ibu2 macam neeza ni kena lebih rajin..
tapi neeza ada reason lain hehehe.. nak jugak bagi alasan.. huhuuu..

***********************************

Nadia,

alhamdulillah.. nadia dah sihat... takde apa kot.. kawan akak kata, kalau pengsan baru bahaya..

***********************************

Chekgu,

sesetengah diorang ni kan, takde hati perut.. takde perasaan. Dia boleh buat selamba walaupun dah bunuh orang kan..

***********************************

Kak Elle,

neeza suspect gitu jugak.. dah teruk kena dera.. ni dia dah geram sangat.. nekad buat apa pun kan..

***********************************

Pak Man,

neeza tak garang dengan maid. Tapi garang dengan anak2 huhuuuu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin