Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, March 15, 2009

Mesyuarat tingkap

gambor pinjam dari g00gle



Kalau mesyuarat di pejabat diadakan di meja bulat, lonjong, empat segi sambil duduk bersandar dikerusi empuk dan kadang-kadang dihidangkan minuman atau kuih-muih, mesyuarat tingkap cuma diadakan sambil berdiri antara tingkap. Hahaha!! pepandainya aje bagi definasi benda yang tak wujud.


Rasanya ramai yang faham mesyuarat tingkap ni kan. Ada orang salah persepsi tentang mesyuarat tingkap ni. Kononnya ahli-ahli mesyuarat tu tak lain cuma nak mengumpat dan mengata orang saja. Tak semestinya tau.. Ada jugak benda yang baik yang kami borakkan walaupun kengkadang ada jugaklah cerita pasal orang lain;).


Seingat Neeza, tak pernah lagi Neeza berborak melalui tingkap. Di Malaysia, tingkap dapur rumah Neeza mengadap halaman rumah. Kalau nak berborak dengan burung-burung yang singgah boleh lah. Di sini pula, Neeza duduk di tingkat 1. Takkan lah ada orang yang tinggi 20 meter nak borak dengan Neeza ikut tingkap. Kalau ada, bukan orang lah tu.. haaaannntttuuu le tuuu.. huhuuuu.. ;).


Mesyuarat tingkap Neeza lebih kepada berbual-bual kosong. Kosong tu bermakna tiada makan atau minum disediakan hehehh.. Isinya macam-macam, daripada kisah pagi tadi bangun lambat sampailah kepada isu-isu politik. Apa? Ingat orang pompuan tak borak pasal politik ke?? Ada laaaa.. jangan main-main..


Hari ni secara kebetulan ramai pulak yang bercerita pasal resepi. Kat sekolah, masa tengah rehat, nampak sorang kawan kami tulis resepi nak bagi pada kawan sorang lagi. Bila dah nampak tu, tanya lah terus kan camana nak masak tu. Resepi bubur oat yang lazat. Rasanya senang aje nak buat tapi since tak cuba lagi, tak nak lah tulis resepi kat sini. Karang tak jadi saje je..


Dalam bas pulak, sambung lagi borak pasal resepi. Biasalah kan. Bila sampai rumah, dah kena berperang dengan periuk kuali. Nak masak untuk family. Sebelum berperang, kenalah tahu nak masak apa. Takkanlah kosong aje periuk kan. Dalam bas tu lah tempat tanya orang tu, orang ni, "nak masak apa yek hari ni". Ayat yang pendek tu akan jadi berjela-jela lah nanti. Berkoyan-koyan resepi akan keluar sampailah bas tu berhenti untuk hantar salah seorang ahli menyuarat tadi.


Wonder jugak.. ada ke orang lelaki yang borak pasal resepi masa sembang-sembang kosong yek?

14 comments:

Kak Elle said...

haha first time dengar mensyuarat tingkap ... mmg lah selalu nya kalau tingkap dapur menghadap tingkap dapur gaya nya begitu kan?tapi tak semesti mengumpat kekadang bertukar fikiran atau minta nasihat....saya lagi tingkat 7 next block jauh nak tengok muka pun tak cam ...haha

cikMilah said...

ishhh.. tak dak kot orang leleaki sembang pasai resepi!hehehe

zany said...

sekali sekala mesyuarat tingkap best apa, maunya dah lama tak jumpa. 2 minggu lepas akak pun mensyuarat tingkap,dah lama tak berborak dengan jiran,tapi tidaklah tepi tingkap ye, sedar2 dah hujan rintik-rintik, dari taman depan rumah pindah pulak bawah porch depan rumah, sedar-sedar dah jam 1 pagi. macam-macam cerita ada.he, he...........

Mrs Rafiuddin said...

Hahahha,Nih namanya "Mesyuarat Geng Bas Sekolah"
Rasanya ada kot laki sembang pasal resipi..
Dulu masa Mr shahril n Mr Rafi dok rumah sewa,rasanya depa ada sembang pasal resipi siap cari dalam google kan!!hiksss...

::ADleez:: said...

mcm citer do re mi plk..jgn kene pulas telinga nng bini udah...;)

CJ said...

isk kak neeza nih, kami org2 lelaki nih kdg2 sembang psl resepi dn kecantikan wajah tau. haha!

ada le 4-5 thn sekali kot sembang gitu. biasa kami sembang bola jek, mcm ManU kalah dgn Liverpool. :))

Chekgu BaniHassim said...

kitorg akan bincang resepi camne nk rancang keluarga...
utk bina keluarga bahagia...haha

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

heehehe... kalau lah kak elle nak berborak dengan orang seberang tingkap, kenalah jerit macam tarzan dulu.. kalau tidak tak dengar..
betul tu.. bertukar pendapat boleh kan kak..

***********************************

Kak cik,

orang lelaki bincang pasal makan kot ye kak cik :)

***********************************

Kak Zany,

amboi! sampai pukul 1 pagi tu.. memang rancak betul tu. tapi takpelah kalau untuk hal yang berfaedah kan kan..

***********************************

As,

ooo.. ada ke ke? part itu dia gagal bagi tahu akak. Takut hilang macho kot heheh..
patutlah bila akak g00gle resepi dia tak bising.. ;) pernah buat rupanya..

***********************************

Liza,

bini baik.. tak pulas telinga punya haha!!

***********************************

CJ,

ye la tu.. bola bola aje kan.. nanti orang rumah masak sup bola.. heheh.. sure sedap ;)
kalau orang lelaki bincang pasal kecantikan, akak akan musykil 50 kali hehee..

***********************************

CHekgu,

hahahah!!! biar betul chekgu.. itu diajar dalam kelas sains tu huhuuu...

zino said...

neeza
orang lelaki cerita hal ehwal antara bangsa.. hal2 negara.. hehe yg kaki bola cerita pasal bola.. yg suka mancing pasal mancing le pulak.. resepi ni tak pernah dengar lagi hehe

Mak Teh said...

Istilah " mesyuarat tingkap " mula digunakan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya DO RE ME.

Sekarang kami tak mesyuarat tingkap tapi mesyuarat pagar atau tembok adalah dengan jiran sebelah.

Bagi mak teh sekarang ni nak mesyuarat tembok atau pagarpun dah tak ada masa. Kadang-kadang sebulan sekali baru jenguk jiran sebelah. Jiran belakang tak nampak langsung, jiran depan main angkat-anagkat tangan sahaja.

Rasyidah Abd. Aziz said...

rasaya org laki ni bincang pasal 'resepi' lain je, resepi makanan tu tak kot kecuali la kalau lelaki tu chef ke hehehe

Ummi365 said...

kak ummi pun tak ada mesyuarat tingkap. selalu mesyuarat dengan awan je hehehe

silversarina said...

Lama betul dah akak tak bermesyuarat tingkap , sekali sekala borak kosong memang best, kena tunggu maya dan sofie balik bolehlah sokmo buka tingkap dan mesyuarat...hehehe.

Neeza Shahril said...

Zino,

pasal bola dan mancing bagusla.. tambah ilmu.. tapi mancing tu.. mancing ikan ke mancing apa? hehehh..

***********************************

Mak Teh,

baru lah neeza tahu. Ingatkan sape lah yang bagi nama tu.. creative dan bijak dia kan..
makin busy, makin kurang masa mesyuarat kan..
takpe.. Mak Teh boleh mesyuarat dengan anak2 yang dah besar tu.. best kan..

***********************************

Syidah,

resepi apa tu yek? heheh..

***********************************

Kak Ummi,

haaaa... cintaku diawan biru kan.. lagi syok kan kak Ummi.. cuma rindu-rinduan sikit lah kot..

***********************************

Kak Rina,

bila sofie dan maya balik, mesti banyak cerita kan. tapi for sure diorang tak boleh berenti bercerita sebab mommy nak dengar jugak.. heheh..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin