Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, March 3, 2009

Orkid makan pisang?




Banyak benda yang Neeza tak tahu. Tapi, yang satu ni betul-betul mengejutkan hati, jantung dan perut Neeza. Baca post ni di blog Kak Jie. Kak Jie bagi makan pisang pada pokok orkidnya (orkid = anggerik)?


Hehehe.. biar betul Kak Jie. Betul la tuh. Kak Jie kata, dia lenyek-lenyek pisang suap ke mulut sebagai baja untuk orkid hutan ni. Jadinya, tak mainlah baja tahi ayam, tahi kambing dan tahi lembu organik ya. Senang bela orkid ni. Makan pisang aje. Tak susah pun. Bila Kak Jie beli pisang, 1 suap untuk Kak Jie, 1 suap untuk orkidnya hehehh..


Bila fikir-fikir balik, pisang ada potassium dengan banyak. Potassium tu sama dengan Kalium (bagi sape yang rajin nak ingat balik Chemistry heheh..). Kalium ialah sejenis chemical yang... alahai.. cakap pasal kimia yang lemah ni (woit! neeza, tak tahu cakap aje lah tak tahu..). Okaylah. Tak tahu lah sebenarnya. Mungkin orkid hutan tu perlukan kalium untuk hidup segar dan cantik.


Agak-agaknya ada tak pokok lain yang perlukan buah lain untuk jadi baja. Mungkin durian perlukan apple atau peach ke untuk berbuah 5 kali setahun hehehe. Tapi kan, kalau lah ada orang letak peach kat pangkal pokok durian untuk bagi berbuah (kunun-kunun lah kan), durian tu tak akan berbuah sampai bila bila kot sebab buah peach tu dah kena curi dek orang dulu ;).

19 comments:

pB said...

Tok kiro makae gapo, asal bendo hok kito makae tu halal ...

hi hi hi

Zabs said...

Salam Neeza,
Bila kita menyangka yang kita sudah tahu banyak, banyak lagi perkara yang kita tak tahu...kan...

aNIe said...

Maknanya...bukan monyet je makan pisang ye...rupanya pokok bunga tu pun suka makan pisang...

Kujie said...

hehehehe... neeza tau ngape?
sbb kalau letak baja organik baja taik bagai2 tu...panas
melecurlah orkid tu
orkid tu mana de tanah
dia punya rumah kak jie tumpang kt kelapa yg dikosongkan...so ada sabut2 je


tapi...mmg betul lah neeza, pisang tu byk khasiat.

bukan orkid tu saja, pokok tanduk rusa pun sama..kira jenis pokok hutanlah....dia serap zat dari bahan semulajadi..dlm hutan mana ada sapa nak p sembur baja..kan?

::ADleez:: said...

lorr..ingt kn orked tu nm org...hehhehe...rpnye btl pkk orked... lps ni ade la yg curi pisang plk kt pangkal pkk orked...kikiik

~akuni~ said...

Ye ke ni Neeza, dahsyat ek... itulah kebesaran Allah...

MAMAMIA said...

Interesting!!! Lepas ni bolehlah akak try bela orkid. All these while berangan nak bela orkid, tapi org kata susah nak maintain. Nanti dgn berbaja kan pisang, boleh hiduplah orkid akak tu...

I'm no green finger.

Neeza Shahril said...

Kak pb,

hehee.. betul kak pb.. 10 markah!! :D

***********************************

Pak Zabs,

betul.. lagi banyak kita tahu, lebih banyak yang kita tak tahu...

***********************************

Kak Anie,

nampaknya demand pisang meningkat ni.. monyet dan pokok bunga :)

***********************************

Kak Jie,

menariklah ilmu ni kak Jie.. ramai orang tak terfikir benda ni termasuklah neeza... nanti nak bagi tahu pada MIL neeza susuh lenyek pisang bagi orkid dia makan lah... sure cantik berbunga orkid dia nanti :)

thanks kak Jie for the interesting and useful info.

***********************************

Liza,

since pisang tu kena lenyek, hanya orang2 yang tegar aje akan ambik pisang tu hehee..

***********************************

Akuni,

memang unik kan.. neeza tak pernah tau pun..

***********************************

Mamamia,

samalah dengan neeza.. bela pokok takde yang menjadi... tapi tak tahulah kalau bela orkid menjadi.. :)

Chekgu BaniHassim said...

akak, saya perlukan kasih syg utk terus hidup segar...
huhu

Nadine Zuharra said...

kalau nak jimat lg,siape yg tanam orkid ni kene la tanam pokok pisang skali ek..?sbb pisang kalau beli pun rase2nye mahal jugak kot..hehe :D

Neeza Shahril said...

chekgu,

hehehh.. itu mahal tu.. susahlah akak nak bagi chekgu hidup segar :D

***********************************

Nadine,

elok gak tu. letak sebelah menyebelah. pisang berbuah bagi makan kat orkid.. orkid berbunga bagi pisang makan heheeh..

Mak Teh said...

Neeza, kalau nak tanam orkid balik mai Malaysialah. Boleh kasi dia makan pisang banyak-banyak.

Dulu Pak haji suka tanam orkid. Sekarang tinggal saki baki je lagi. Mak teh suka makan cokodok!

l i e y n said...

mmg pelik...
tapi kalau secara logik pun, mmg buah2 ni byk vitamin n khasiat yg tertentu....
ok gak tu mkn pisang, kalau makan avocado ke,strawberry ke, mahal tu!!!!

Adry said...

hahaha... kalau pisang bagi saya makan pun boleh... hehehe

DBI said...

nasib tak makan merpati

manje said...

salam akak

hehe entri ni amat bergune utk mak manje... suka la dia nati... :)

WanHidayat said...

Salam Kak Neeza, akak apa khabar...harap akak baik2 sahaja di sana...di bumi para anbiya'.....

adakah kita manusia perlukan manusia untuk baja???

Mrs Rafiuddin said...

1st time dengar nih...
nanti kalu bela orkid boleh la cuba..hiks..

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

agaknya sebab tu lah orkid Pak Haji tinggal saki baki.. sebab pisang tu dah kena ambik untuk buat cekodok untuk Mak Teh ya.. hehehe..

***********************************

Lieyn,

kalau dia nak strawberry, akak ajelah yang makan. tak kuasa nak bagi orkid ;)

***********************************

Adry,

haaa.. ni mesti bukan pencinta orkid hehehh..

***********************************

Doc,

merpati mungkin makan dia huhuuuu...

***********************************

Manje,

ooo.. mak manje pencinta orkid ya.. :)

***********************************

Dayat,

kadang-kadang perlu juga.. manusia diperlukan untuk 'menyuburkan' manusia lagi dalam cara tersendiri.. :)

***********************************

As,

apa lagi.. banyak ruang kosong tu.. tapi.. orkid hidup ke kat sini? hehee..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin