Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, March 13, 2009

Semoga Mak Long aman disana...



Pagi ni kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari Malaysia. Abang ipar Neeza telefon. Dalam hati dah berkata-kata, mesti ada hal mustahak nak disampaikan. Abang yang jawab telefon. Then Neeza dengar Abang sebut, "Innalillah...". Mak Long telah kembali ke rahmatullah lepas Solat Jumaat.


Mak Long ialah isteri kepada Arwah Pak Long (bapak sedara) Abang. Arwah Pak Long kembali ke rahmatullah pada penghujung tahun 2000, pagi Jumaat (jam 2 pagi) pada bulan Ramadhan. Dia kena stroke sebelum meninggal dunia. Arwah Pak Long merupakan wakil masa Abang masuk meminang Neeza. Dia juga saksi kepada pernikahan kami. Abang dah takde bapak sebab bapak Abang meninggal dunia masa Abang umur 4 tahun lagi.


Nampaknya Mak Long juga macam tu. 2 minggu sebelum ini, Mak Long dikhabarkan dapat stroke mengejut. Memang dia tak pernah sakit teruk pun sebelum ni. Bila sakit, terus tak boleh bangun. Urusan kendiri perlu dibantu orang lain.


Mungkin rezeki Mak Long, dia telah selesai menunaikan ibadat rukun Islam kelima pada awal tahun lepas. Dah selesai semua ibadatnya. Mak Long pergi dengan aman pada petang Jumaat ini. Alhamdulillah.


Sebelum terima panggilan telefon, Abang kata, arwah Mak Long datang dalam tidurnya. Sepintas lalu saja. Kata Abang, orang-orang yang baik sempat memberi khabar kepada orang-orang yang hidup jika mereka hendak pergi menghadapNya. Tak tahu lah betul atau tidak. Terfikir juga Neeza, adakah Neeza dapat peluang untuk 'mengkhabarkan' pada orang lain akan pemergian Neeza?



17 comments:

Kak Elle said...

takziah pada keluarga dan al fathiha semoga arwah maklong di tempatkan dgn golongan yg beriman di samping Nya.

Abang Long said...

TAKZIAH. Al Fatihah. Semoga rohnya dicucui rahmat.

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

moga-moga begitulah hendaknya...

***********************************

Abang Long,

Ameen...

Mrs Rafiuddin said...

Takziah..Al-Fatihah..
Perginya Arwah di penghulu segala hari..
Moga ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..

maza said...

salam takziah dari maza di kejauhan ini!

alfatihah

zany said...

Innalillah..........semoga mak long aman di sana.

Banyak kes kematian mengejut sebab penyakit stroke sekarang ni. Nauzubillah.

::ADleez:: said...

takziah utk encik shahril n kak neeza...Al-fatihah..

Mak Teh said...

Takziah dan Al fatihah. Semoga arwah mak long di cucuri rahmatNYA.

Penyakit ini di antara yang mak teh paling takut.

Yummy Yum said...

Salam takziah..semoga arwah tergolong di kalangan yang beriman dan dikasihi Allah..Al-fatihah

~akuni~ said...

Al Fatihah.

cikgu_math said...

takziah dab alfatihah untuknya
semoga rohnya diletakkan didalam golongan orang-orang yang beriman

zino said...

salam takziah dari kami sekeluarga..

al-fatihah..

Shima said...

Takziah dari kami sekeluarga..

Semoga roh Mak Long dicucuri rahmat..Ameen.

Neeza Shahril said...

As, Maza, Kak Zany, Liza, Mak Teh, Yam, Akuni, Cikgu Math, Zino, Dik,

Terima kasih. Tabarakallah.. sama-sama lah kita doakan kesejahteraan kita semua.. Ameen...

silversarina said...

Takziah dan Al Fatihah .

elisataufik said...

inalillah...
Takziah buat Shahril and you.

Neeza Shahril said...

Kak Rina and Elisa,

thank you..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin