Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, March 9, 2009

Shai bi na'nak



Benda apa lah tu??? Biasanya shai bi halib. Hari ni shai bi na'nak. Hari ini saya minum shai bi na'nak (teh dengan daun pudina). Na'nak ni bahasa pasar atau bahasa arab betul tak pastilah pulak. Tapi, memang ada dengar orang arab dok sebut na'nak bila refer pada daun pudina (mint) ni.


Dulu, Neeza tak suka sangat teh perisa mint. Tapi, sejak minum dirumah kawan di Madinah tahun lepas, rasa sedaplah pulak. Mungkin sebab mint yang digunakan tu segar. Bila dia tunjuk daun mint yang dia guna tu, peliklah pulak. Setahu Neeza daun mint ni bulat-bulat dan menggerutu. Daun yang dia tunjuk tu panjang-panjang dan tak menggerutu. Rupanya, memang banyak jenis mint ni. Kok aku saja yang enggak tahu.. huhuuu...


Baru-baru ni, masa buat groceries, teringinlah pulak nak merasa mint yang tak pernah tengok tu. Dalam hati memang nak buat teh letak mint. Tapi, dah seminggu jugak rasanya, daun tu bertapa aje dalam peti. Sebelum daun tu jadi raksaksa, Neeza cepat-cepat keluarkan dan pilih (sebab dah ada yang jadi anak raksaksa - kena buang). Yang elok tu saja disimpan dalam bekas. Lepas tu, Neeza pun rebuslah teh. Orang sini minum teh kalau letak mint, direbus dulu. Jadi, disebabkan nak jadi orang sini lah kunun-kunun, aktiviti merebus perlu dijalankan. Kalau dah rebus tu, sah lah banyakkan.


Sampai hari ni tak habis lagi. Maklumle.. teman sorang yang minum. Errr.. mungkin bibik minum jugak sebab tengok ada luak sikit tu.. Okaylah.. mari tengok gambar mint lurus tu.









18 comments:

CJ said...

oh!. aku tahu shai bi laban. tp shai bi na'nak blm cuba. mcm sedap gamaknya. :)

::ADleez:: said...

feveret ni...pudina tea....segar jer seluruh tubuh n otak bile pekena segelas...heheh...

Kak Elle said...

saya cuba mint tea tak berepa minat sangat...

Chekgu BaniHassim said...

yatakallamu allughatul arabiyah...
huhu...

la' afham...!
huhu

zino said...

nampak menarik tu mesti sedap tu.. lepas tu daun tu boleh di kunyah ke hehe

zany said...

bila ke pasar geram tengok mint yang gemuk-gemuk, kadang tu beli sebab nak buat beriani atau laksa tapi tak buat pulak, at last masukkan dalam teh. sedapkan.

cikMilah said...

salam Ja, teh pudina ni memang trademark kakcik dikalangan kawan-kawan Bangcik ( my hubby ler..)tak kiralah kawan-kawan motor atau kawan-kawan tempat kerja atau jiran. Selalu kakcik curah air panas menggelegak jer dalam teh arab ( daun kering yang hitam tu)dan segenggam pudina segar sekali dengan gula batu secukupnya....hurmmmmm.. my zesty minty tea!
( ni pun belajar dari cousin yang tinggal di Makkah - dan stok teh arab memang sentiasa ada di rumah ni)

Mrs Rafiuddin said...

Hahhahaa,ingat kot shai shahmey!!
Shahmey kan suka sangat sebut na'nak..hehe
Kalau yang nih as minum..boleh la minum..tak tolak la..
tapi kalau itu gahwa,sorry ler..hehe..

noniey alias said...

saya tak minat. macam kak neeza lah dulu2. tapi dah pernah cuba, still tak minat gak. agaknya kalau rasa yang kak neeza buat. mesti suka kot..heheheh

Neeza Shahril said...

CJ,

akak suka.. dulu tak suka :)

***********************************

Liza,

memang best.. macam makan ubat gigi hahaha!!

***********************************

Kak Elle,

memang ada orang tak suka mint ni..

***********************************

Chekgu,

maafi musykila..
yazhabu illal madrasah
yataallam allughatul arabiyah huhuuu..

***********************************

Zino,

buat ubat gigi pun boleh hahaha!!!

***********************************

Kak Zany,

sedap tu letak dalam nasi beriyani.. letak dalam yogurt buat salad untuk nasi beryani pun sedap..

***********************************

Kak cik,

Ja tak beli pulak teh segar mekah tu.. yang neeza minum ni teh rabea dari saudi jugak rasanya..
tapi best kan minum teh dengan pudina ni.. rasa segar sangat...

***********************************

As,

hahahaha!!! gahwah tu memang ramai yang tak berkenan..

shai shahmey? hahaha!!!
haah akak pun teringat dia sebut na'nak tu hehe..

***********************************

Noniey,

try datang sini, akak buat.. mesti suka hehehe...

Tie said...

Ooo.....ye laa...Rupanya berbeza dengan mint kat Malaysia ni..

Kak tie biasa guna daun pudina utk masak briyani je...

Dulu ada tanam, tapi dah habis mati..nanti kalau ada yang fresh, teringin gak buat mint tea macam Neeza tu...he he...

Kujie said...

neeza..pernah juga tgok mint lurus mcm gini...kt supermarket besar2lah...ada

kalau kt ceruk hulu mcm tempat kak jie ni...daun kesom adalah...:)


rasa mcm ubat gigi tak?

Abang Long said...

Namanya sahaja sudah 'memanggil.' Nak'nak.

Tiba - tiba sahaja terlintas difikiran sebuah filem Thai yang berjudul - NANG NAK !

manje said...

salam akak

kite suke perasa 'mint' bile 'time' gosok gigi aje... nk minum ngan perasa gitu tak tertelan

Ummi365 said...

Laaa.. tenguk tajuk, ingatkan syahmi punya perkataan baru..hehehe

silversarina said...

Sedap tu, tapi akak buh dua helai je daun tu , arab ni suka benda2 yang fresh sebab tu mereka sihat .

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

sedap daun pudina yang panjang. lain sikit rasa dia.. try lah letak dalam teh..

***********************************

Kak Jie,

daun kesum sesuai buat laksa aje hehehe.. sedapnya laaa!!

yang ni tak rasa macam ubat gigi sangat.. dia rasa segar. Kadang2 rasa macam minum air tebu pun ada :)

***********************************

Abang long,

hehee.. agaknya filem thai tu ambik sempena nama daun ni tak? ;)

***********************************

Manje,

mint ni tak lah rasa ubat gigi sangat.. dia lebih rasa fresh..

***********************************

Kak Ummi,

Shahmey sekarang dah banyak sebut words.. sebab ikut orang lain sebut :)

***********************************

Kak Rina,

neeza letak banyak.. kalau letak sikit rasa air tebu hehe.. tekak neeza je kot..

maza said...

hmm setelah mengumpul segala maklumat dan resepi special itu,

rasanya elok neeza bila balik sini, buka kedai arab satu...

maza pun dah terliur nie, sama nak rasa gak....

huhuhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin