Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, March 6, 2009

Urut lepas bersalin



Hari ni dah 50 hari Neeza bersalin. Kalau di Malaysia, lagi 10 hari kena masuk kerja dah. Badan pun dah okay. Berurut tu dah lepas lama dah. Biasanya lepas 3@4 minggu, Neeza berurut. Tak macam orang lain. Neeza kena jaga perut yang dibelah tu. Kalau awal sangat, takut tersalah urut, terbukak pulak stitches. Pernah sekali tu, makcik tu urut, dia tekan kat perut. Dah cakap kat dia yang Neeza ni beranak belah. Dia selamba aje urut. Dia kata takpe. Mungkin memang takpe kot sebab hari tu, di hospital, doctor selamba aje tekan perut. Adoiii!! sakit tau..


Lepas bersalin hari tu, ramai yang tanya nak urut kat mana? Neeza kata, tak tahulah sebab manalah nak cari makcik bidan kat sini. Baru-baru ni, dapat tahu yang ada sorang kawan kat sini pergi buat acupunture. Then Neeza tanya wife dia Kak Zah kalau-kalau ada massuer jugak kat situ. Kak Zah kata ada. Semalam, kami ikut Kak Zah and husband pergi situ. Ramai betul orang. Arab pun suka rupanya acupunture and urut-urut ni. Turn Neeza at 7 tapi masuk awal sikit sebab massuer tu dah free (customer sebelum dah settle lah kot). Beza rupanya chinese dengan melayu massuer. Baru Neeza tahu. Kalau Melayu urut, sakit sikit urat-urat tu. Yang ni tak pulak. Macam gosok-gosok aje hehehh..


Jadi, kepada sesape yang nak massage or buat acupunture or even reflexology, boleh lah pergi situ. Tempatnya ialah di Dammam, belakang Ad Dawaa Farmasi. Amboiiii... bagi instruction, macam lah satu aje Ad Dawaa Farmasi kat Dammam tu. Takpe, nanti Neeza bagi brochure ya. Kami pun convoy dengan Kak Zah and husband je semalam sebab tak pernah pergi kan :).


Lepas urut, kami makan di MK. Jumpa dengan Kak Rozie pulak. Rasanya first time jumpa. Kalau tak pun, mungkin first time berbual. Kak Zie nampak muda. Awet muda ye.. :). Neeza makan Mee Jawa Udang di MK. Sedapnya!! hehehh.. Lepas tu terus balik rumah. Sampai Jubail jam 12 malam. Boleh imagine lah kan kesukaran nak kejut anak-anak yang tidur tu :).

15 comments:

Mrs Rafiuddin said...

good info nih..
Lepas nih boleh la as pi berurut plak..hehe
Untuk lelaki boleh ker? :P

xiiinam said...

Masa dalam pantang dulu....setiap kali diurut,,,akak mesti tertidur...
Lepas tu, berani mati suruh bidan tu potong kuku dulu. Minyak kelapa dia aku tak nak. Aku suruh ganti minyak zaiton....tu anak pertamalah...

Lepas anak kedua...dia tak mo urut akak lagi.


"Cari orang lain..."katanya merajok.


Selamaaaattt akak..

zino said...

masyarakat arab berurut tak?

Chekgu BaniHassim said...

urut batin ade skali tak kak??
:P
hehe

cendawanintim said...

biasa berpantang baper ari??sampai 100 ari tak?

kuIna Jentayutiara said...

nk g gak la...

baru pagi td ajak hubby g seberang smpadan... bukan apa mengurut kat sana murah tp kena berdua la...

::ADleez:: said...

hhahaha..yeyye...kak neeza..brp cost masage tu...best r..nikmat...hehheh

Kak Elle said...

neeza..

kat sg cuti bersalin 4 months tau

Tie said...

Seronoknya dapat berurut ni... Kak tie teringin gak tapi kat sini sakit la bila diurut....Hubby kata, mana ada urut tak sakit...hu hu...

Neeza Shahril said...

As,

ada As.. lelaki pompuan ada.. ramai yang berurut kat situ..

***********************************

CkLah,

hehee.. betul.. ada bidan kuku panjang. sakit tu. tak pasal2 luka kan. cian makcik urut tu merajuh hehehe..

semalam neeza urut pakai minyak johnson tau. wangi :)

***********************************

Zino,

ada yang urut ada yang tak..

***********************************

Chekgu,

batin?? errrr.. tak pasti lah pulak.. hehehe..

***********************************

Cendawan,

pantang apa tu? kalau pantang makan, tak pantang sangat pun huhuuu...

***********************************

Kuina,

orang siam lagi pandai urut kan.. bestnya kalau dapat urut kat sana ;)

***********************************

Liza,

kos sebulan nursery di dakwah centre.. (kalau takde discount)

***********************************

Kak Elle,

waaaahhh.. tak aci lahhh... 4 months paid leave ke? bagus kan. lama boleh mesra2 dengan baby..

***********************************

Kak Tie,

ada orang kata, urut sakit tu tak elok sebab dia bukan urut urat tapi urut daging hehee..

MommYaLif said...

this is good..nanti bagi complete info/map k! lama tak gi MK..ari tu pegi thai rest..entah apa2lah..well actually mission gi situ nak beli pirated vcd yg murah je ish..ish..

hidayah said...

tu lah kak neeza... saya pun terpk gak kalau esok2 bersalin kat sini mana la pulak nak carik tukang urut... huhuhu....

rozie yusof-azlan said...

kzie seronok dpt jumpa face to face dgn Neeza..dpt tngk baby..n Neeza dah nmpk sihat...alhmdllh.. hsband tanya kwn u? Ha..ah..blog lagi...Salaam tu k.zah tu juga.. Kat dammam ada tukang urut indonesian dkt dgn Toyota/Panda.. tp kn prg rumah dia jk nak... Sedap dia urut mcm kat msia juga...

Neeza Shahril said...

Kak Siti,

rasanya after this we all pergi MK je lah kot hehee.. no more thai restaurant lagi ;). Nak bagi map tak reti la pulak.. huhuuu..

***********************************

Hida,

mungkin ada masseur tersorok kat mana2 kot... hehe..

***********************************

Kak Zie,

hehehe... from blog ni dapat jumpa ramai kawan kan. seronok :)
nanti nak mintak more info pasal urut tu dari Kak Zie la.. nak gak try Indon ni :)

rozie yusof-azlan said...

Neeza...ok..anytime nak # tukang urut tu...tinggalkan message kat blog insy....nanti kz cari direction dr yg mahir.

For Rest. MK pulak...terletak disimpang 4..Prince Nasser cross 27th.Street. Satu street before Le Meridian...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin