Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, April 10, 2009

Abang tak bayar bil api ke?



Gelap tiba-tiba. Anak dara 2 orang berlari ke dapur.

"Ummi!! Takut..."

Ngada-ngada betul. Bukannya gelap sangat pun padahal. Baru pukul 4.45 pm masa tu. Belum masuk Maghrib pun. Memang ada cahaya masuk jugak lah kalau ikutkan. Tapi, rumah kami memang kena selalu on lights walaupun siang sebab gelap sikit.

"Api kena potong! Tadi Abang nampak orang SCECO (Saudi Electric) kat bawah"

Bila sebut macam tu, terus aje Neeza fikir, haaa.. tak bayar bil lah tu. Betul lah kan. Kalau sebut api kena potong maknanya sebab tak bayar api lah tu.

"Abang tak bayar bil api ke?"

"Bayar. Outstanding 0!"


Walaupun pada Neeza saudi ni agak outdated sikit dia punya telecommunication, dari segi billing ni agak mudah. Kalau nak bayar bill, semua online. Setakat ni kami tak pernah nampak hardcopy bil api air. Ada yang kata, mereka ada terima. Mungkin depends pada area dan rumah kot. Tapi kebanyakannya memang tak terima. Bayar saja online dengan tolak daripada account (savings/current). Pada bank account kita, terus boleh nampak berapa outstanding bil - api, air, telefon/internet dan lain-lain. Lain-lain tu tak tahu apa sebenarnya :P.

Then, Abang keluar. Ingatkan nak pergi office SCECO. Rupanya dia turun tanya mat-mat SCECO yang buat kerja kat bawah tu. Abang naik rumah and bagi tahu, diorang nak repair breaker yang dah rosak. So, kena off kan electric kat rumah-rumah di area kami tinggal. Benda apa entah breaker tu, Neeza tak faham sangat walaupun Abang dah terangkan. Okay... I admit, I'm not that knowledgeable in that field. Puas hati???

"Apalah diorang ni buat kerja. Takde bagi notice pun nak putuskan electic"

"Ada keluar kat saudi channel, kat paper yang rumah sekian-sekian, api akan di offkan sekejap. Neeza je yang tak tahu.."

Terdiam sekejap sambil berfikir.

"Ek eleh!!! mengada-ngada la tuuuu..."

Nasib baik lah sekejap aje takde api. Dalam 20 minit je kot. Kalau lama, rimas lah jugak. Sekarang ni cuaca dah semakin panas. Mahu berpeluh sakan duduk dalam rumah kalau tak on aircond.

Sebenarnya, kami plan nak keluar petang semalam. Neeza dengar guruh. Hujan macam nak turun. Sekali dengar bunyi hujan. Tengok luar, memang hujan pun. Tapi taklah lebat mana pun. Sekadar membasahi jalanraya saja. Tapi still, langit nampak gelap. Jadi, cancel keluar. Malam pun tak keluar sebab angin kuat. There gone my thursday! Tapi okay gak duduk rumah sekali-sekala. Boleh gak bertidur-tiduran.. hehehe..

16 comments:

pB said...

salam Ja


tak dok api , te'hae lagi

kalu tak dok ayer , tu lar hok azabbbb .....

ummu asiah said...

neeza..
lama tk tnggl jejak kat rmah neeza..

kalau kat msia..mmg common..tup-tup tk de api..air..tapi bila astro tiba2 keluar service not available..bkn akak yg tanya suami tapi terbalik.."ummi tk bayar bil ke?..he..he..itu tugas kerani akaun kat rumah..yg selalu lalai..

wah senang juga ya..kalau sistem bayar dia mcm tu..terus pampang semua bil outstanding..sini menyampah gak tiap2 bulan terima bnyk sgt bil..buat sepah saja..tmbah dgn kes org yg tak organize lagi teruk..

Mrs Rafiuddin said...

hehe...rumah kami 2 hari lepas takder letrik..gelabah gak takut air habis..sebab pump tak jalan..siap tadah air tu :)
sib baik dalam 2 jam camtu jer..kalau 2 hari,fuh...habis lemak2 kat badan nih :)

ingat masa duk kat rumah lama,2 hari letrik kena potong,tu baru betul kena potong !!!hahahhahha..
rasanya kami berdua jer kot yang pernah merasa letrik kena potong kat saudi nih :P

Shima said...

4 hari lps dlm kul 4a.m ke atas kot..tgh seronot bedengkur masing2..tiba2 qawiem kejut..ibu..panas!!!ingatkan aircond ter'off'.tekan punya tekan baru perasan semuanya gelap.kalu tdk, ada lampu tido terpasang..hmm...mmg soh,takdok api la ni..!!

kalau siang takdok api boleh la kluor gi jalan2..tapi kalu dh mlm bute..takkan nk duk je dlm kete sbb nk sejuk!

p/s:kena pakai generator baru selamat kan..

Kujie said...

ooo..neeza earth hour lagi ye

maza said...

masa bertidur-tiduran itu en. abg kita ada sekali tak?

kalau tak ada, tentu kekurangan ramuan, kan?!

hehehehhehe

(psst: soalan menduga dari maza)

Neeza Shahril said...

Kak Pb,

sungguh tu... memae sungguh azab kalu takdok air..

nok uk uk susoh laaaa...

***********************************

Kak Ta,

ooo.. accounts manager rupanya akak ni..
tapi best kan jadi accounts manager.. boleh manage segala perbelanjaan rumah. Nak belanja pun fikir banyak kali ;)

haah.. banyak2 bil buat hilang aje. Macam Neeza ni.. anak kecik-kecik, sepah-sepah kertas..

***********************************

As,

takde air takpe As, roger je rumah belakang Kabana tu.. ;)

akak ingat lagi kes As tu.. yang geramnya sebab bukan sendiri punya salah kan...

***********************************

Shima (shima la sheshkali..),

pergi la masuk kereta pagi2 buta tu.. nanti orang ingat pencuri.. tok pasal2 kena "hands up!!!" hehee...

siapkan la generator kat rumoh.. senang kakok datang nanti lalalalaaaa...

***********************************

Kak Jie,

neeza lambat sikit earth hour.. hehee..

Neeza Shahril said...

Maza,

masa tu.. 5 orang atas katil tapi tak termasuk neeza.. neeza kena tidur bawah huhuuuuu...

(ada bilik sendiri, bilik ummi gak best.... hehee..)

amacam? berjaya dugaan tak?? hehehh..

aNIe said...

Neeza...macam kita ni kalau panas tahan le jugak...yang kesian kat anak2 tu...

Nasib baik kejap je kan?

xiiinam said...

ckLah takut gelap....
.
.
.
.
.
.
.
.
akhir-akhir ini.......
sungguh.....

tchersally said...

Haa..tu letrik..Sally baru ari nih dpt tenet semula d rumah..tenet kena potong!! Darling pegi ngamuk2 manje kat TM tadi..ade ke dia kata tak bayar since January! poyo betul! check sana sini..mujur ade resit bayaran..terus bole sambung balik..huh! geram..Sally da mcm ikan atas darat tadek tenet nih!!kih..kih..

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

anak-anak memang tak akan faham kan.. tapi yang dah besar tu okay la..

***********************************

Kak Lah,

jangan takut... neeza ada ;)

banyakkan baca doa ya kak..

***********************************

Sally,

neeza pun boleh jadi ikan dalam kuali kalau takde internet...
rasa gelap gulitaaaa hehee..

misz_A said...

last nite ada satu umah kawan kita tu pun bergelap gak... TNB salah potong api.. hahaa... umah sebelah yg tak bayar bil..umah depa yg kena... sian Mr. Bdrul n Mr Be (bukan nama sebenar.. hehe)

Cat Cat said...

Neeza,
Tak de api - tu pun sekejap aje... Cath pernah kat sini - seminggu babe, tak de api... Bebarang dalam freezer & fridge semua masuk tong sampah.

13may said...

kalau ada hardcopy punya bil...simpan buat kenangan :D

Ainur68 said...

tak bayar bil?...hah ada orang tu mentang2lah dia bayar bil kat umah ni asal masuk bilik air jer bukak lampu, masuk bilik air jer bukak lampu. Tak kira siang terang benderang. Hangin betul aku! Ha ha ha..;)
Anyway Neeza takes part tak masa Earth Hour on 29th March hari tu?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin