Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, April 5, 2009

Awan larat..



Kelas Mathematic. Subjek yang menarik kalau kena pada topic. Cikgu menerangkan formula tangen. Mula-mula faham. Lepas tu macam confuse. Cikgu bagi contoh. Penuh perhatian. Contoh kedua pulak. Dah naik bosan sebab rasa macam dah faham. Tapi ada kawan dibelakang tak faham. Fikiran pula jauh melayang. Terbang jauh ke Universal Studio, Hollywood. Tangan pun ikut sama terbang. Buku nota jadi mangsa. Incredible hulk angkat kereta. Jaws makan orang lidi. Flinstones naik kereta tayar kotak. Penuh diruang kosong tepi-tepi nota tu. Siap ada matahari, awan, hujan dan bulan. Camanalah matahari boleh keluar sekali dengan bulan pun tak tahu...

Pernah tak terjadi macam tu kat sesapa? Neeza pernah! Cumanya, lokasi Neeza lebih kampung sikit - sawah padi, matahari naik celah bukit dan burung terbang huhuuu... Bila dah besar sikit, suka buat tikar kat corner buku tu. Ala.. garis-garis lukis macam tikar mengkuang tu laaa.. tak tahu? tak tahu sudah heheh..

Kalau cikgu nampak mesti kena marah kan. Tapi tak semua cikgu akan marah. Ada cikgu akan mengusik "cantiknya sawah... senang lah awak ya. Tak payah beli beras lagi...". Tebal lah muka seposen kalau kena tegur cam tu. Nampak sangat kuat berangan dalam kelas.

Ada kajian (sorry la.. tak quote sources sebab banyak sangat kajian tu sebenarnya) yang mengatakan, jangan disekat bila anak-anak menconteng-conteng macam tu (dengan syarat dia tak conteng harta awam la kan...). Sebenarnya anak-anak itu sedang bercreative. Mindanya menerawang jauh. Biarkan. Mana tahu satu hari dia akan jadi arkitek. Mungkin juga saintis untuk cipta sesuatu berguna macam mesin lipat baju ;). Lebih baik gitu daripada dia duduk senyap tak buat apa yang mana fikirannya kosong.

Kadang-kadang, apa yang dilukis itu ada makna dalam diri dia. Dia cuba ekspresi apa yang dia rasa tapi orang lain tak nampak secara fizikal. Mungkin dia sedang happy dan dia lukiskan something yang gembira macam merry go round. Mungkin juga dia stress sebab selalu kena marah dan lukis api dan dinasour. Tapi parents tak tahu yang dia stress. Dia lakarkan pada kertas something yang ganas. Sangat perlu untuk parents observe tingkah laku anak-anak untuk lebih memahami anak-anak tersayang.

Jadi, kepada ibu-bu, bapak-bapak, kalau anak rajin menconteng kertas dan melukis-lukis tu, cubalah tanya apa yang dia tulis atau lukis. Boleh lah sama-sama memahami. Anak-anak pun suka kalau hasil karya mereka dihargai (setakat tengok pun anak dah rasa proud). Mereka rasa penting dan disayangi. Biarkanlah... walaupun dia cuma lukis abah dia seperti orang lidi rambut dawai hahahah!!!

21 comments:

Kak Elle said...

kalau mak sendiri yg tak puji sape lagi kan?...hehe

MULAN said...

saya beli (sejak menjak depa kecik) banyak2 A4 paper, drawing block etc.. crayon, pencil color, water color, marker & pelbagai.. sila lah conteng kat situ.. takde halangan. tapi kot atas dinding, huwaaaa.... so far takde lagi..

Mak Teh said...

Lebih menarik kalau Neeza ajarkan juga anak-anak yang suka menconteng ni menulis khat. Sebab latihan khat memerlukan banyak kertas untuk di contengkan.
Anak yang suka menconteng ini sudah tentu mempunyai bakat seni.

Anak yang menulis di dinding , di lantai atau mana-mana tempat lain akan menjadi seorang penulis!

cikgu_math said...

eehh...akak tak suka kalau dia conteng awan larat masa matematik....sebab nanti bila diberi soalan, jawapannya macam cacing hidup... tak tau apa-apa!
Kalau lukis masa BM, memang dia orang creative dan inovative....macam cLah.

cHeRyNa PiReS said...

sha ade kenal ibu2 yang suka framekan hasil contengan anak2. nak buat memori. mula2 dulu ramai org gelak...tp kalau sha jd ibu, sha pon akan buat jugak! sbb...mungkin satu hari boleh terjemah pulak lukisan anak2 kan?!

kak neeza pandai melukis ke?

Mrs Rafiuddin said...

kalau kelas math,x kan melayang perasaan,sebab febret..hehe
tapi kan,nak tanya la,"awan larat" tu apa?tak paham..heeh

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

bapak dia boleh gak hehee..

***********************************

Mulan,

cam ni rumah mulan anytime boleh jadi kindergarten hehee..

biar dia conteng A4 dari dinding kan..

***********************************

Mak Teh,

camne yek nak latih kalau mak sendiri tak reti sangat khat ni Mak Teh? ;)

***********************************

CIkgu Math,

neeza kalau nak berangan sama ada dah faham betul atau tak faham langsung hehee..

kelas BM selalu neeza tido.. boleh tak? hehe..

***********************************

Sha,

akak suka ibu2 yang framekan hasil kerja anak-anak.. benda tu akan jadi aset berharga bila diorang besar nanti..

kak Neeza tak reti melukis.. setakat orang lidi boleh lah huhuu..

***********************************

As,

time-time bosan akak berangan As.. ;)

awan larat tu sebenarnya hiasan kat backdrop.. yang ada bunga-bunga tepi tu.. untuk cantikkan backdrop.. tu je hehe..

drNO said...

menconteng?? anak2 saya bukan setakat kat buku, kertas, dinding, lantai, baju, kat badan kaki tangan pun depa conteng.
panas je hati nk marah..

manje said...

salam akak

hehe dan anak2 yg suke menconteng ini sgt bijak... dan tentunya sgt kreatif... conteng bagus utk perkembangan otak anak2 kecil ini ... :)

cikMilah said...

Komen 1.
Pernah, pernah. Ja kenal Rahman Art kan? Dia ajar Art Appreciation meleret-leret ( sorry , ngumpat cikgu!)kita dah paham dia asyik ulang statement, kakcik ngan best friend selalu lukis lukis, ataupun tulis balik apa yang dia cakap ( English) tapi kita eja ikut ejaan Melayu!Sampai hari ini masih kusimpan nota Art Appreciation!

Komen 2.
Makteh is right on my case. Ada la anak seorang tu sejak kecik habis segala tempat di tulisnya, Mmg bakat menulis dia terserlah. .

Rasyidah Abd. Aziz said...

bula baca post kali ni teringat anak2 kita yg conteng dinding kat tepi tangga, ada lagi sampai sekarang. yg peliknya, diorg conteng di tempat yg kalau kita naik turun tangga mmg tak perasan kewujudan contengan tersebut, tapi bila tenung betul2 mmmm penuh contengan. diorg conteng kat dinding tu dari celah pemegang tepi tangga

kuIna Jentayutiara said...

sy siap beli kertas 1 ream utk menconteng tp tetap suka conteng kat dinding... uhuk uhuk...

l i e y n said...

saya dah ajak amir main conteng2 tapi dia mcm tak berapa interested...
dia prefer baca buku je...

tchersally said...

Salam,
bab menconteng ni..alhamdulillah anak2 Sally x menconteng dinding..si Sophilea mmg creative..ngikut bapaknye..hasil seni yg 'paling beharga' dia buat adalah melukis bentuk love pd pintu kereta Toyota C***y bapaknye yang baru 2 hari dibeli!!!! bila tanya kenapa buat mcm tu..dia kata "bcuz yaya love this car so much!!!"..kuang..kuang..papa nak marah pon x jadi...

maklang said...

kami tampal kertas A1 kat dinding biar anak2 berkarya..kadang2 terkena jugak kat sofa! puas nak ilangkan!

WanHidayat said...

Salam akak...I'm back...I'm back...

Akak apa khabar???...sekarang ini pun sy sedang menconteng kertas kosong...tapi sy tidak tahu apa yang sy contengkan....sedang memahami contengan diri...hehehehe....

Akak...wan dah bertambah kuat...rabu nih wan balik kuantan 2 minggu...cuti panjang kat kampung...jom balik Jengka....

Akak, terima aksih banyak2 atas sokongan dan nasihat akak...really appreciate it!!!!!

Keep in touch akak...kim salam pada anak2...

Salam Sayang dari bumi Miri....

Neeza Shahril said...

Drno,

tu maknanya sangat berbakat sebab dimana saja boleh ekspresi diri.. :). Geram takpe jangan pukul ya.. ops!! macam mengata diri sendiri je nih.. ;)

***********************************

Manje,

akak tahu bagus tapi kan, geramnya bila tengok buku yang kita sayang kena conteng.. dinding janga ceritalah.. sib baik budak2 kat rumah ni tak conteng dinding sangat..

***********************************

Kak Cik,

Rahman Art tu selalu bersembang dengan Neeza.. sebab kerja dia selalu aje kena mengena dengan kerja Neeza.. bila dia bercerita.. sampai Neeza menguap-nguap (nak tunjuk betapa panjang nya cerita dia..). Tapi dia best.. baik hati, concern.. kawan yang pemurah.. untuk semua orang.. samalah dia husband and wife tu..

ooo.. betul ke gitu? bagus ni.. nanti neeza nak tengok anak-anak neeza.. sekatat ni pantang tengok ada kertas, mesti tanya 'ummi nak lagi tak?' sebab diorang nak menulis, melukis..

***********************************

Syida,

amboi!!! conteng dari tepi tangga tu.. camanalah diorang buat tu kan.. dari celah2 pun boleh conteng lagi tu.. memang padai guna peluang tu.. sangat bagus.. :)

***********************************

Kuina,

dinding semua orang nampak.. kertas, takde sape.. lagipun nanti mommy dia buang hehee..

***********************************

Lieyn,

Amir akan jadi ahli falsafah.. selalu berfikir sebab banyak baca buku.. :)

***********************************

Sally,

dia conteng kat camry tu pakai apa? kalau crayon okay lagi.. kalau guna garpu.. addoiii... boleh nangis bapak dia.. hehee..

Neeza Shahril said...

Maklang,

bagus idea tu... tapi takut tak muat kertas, dia guna ruang kosong yang takde kertas tu.. heheee...

kalau sofa tu.. memang tempat favorite kan.. that's why sekarang kami beli sofa color gelap.. brown.. bila conteng orang tak perasan hahaa!!

***********************************

Dayat,

salam.. terkejut akak sebab latest posting kata Dayat nak bercuti lama..
Alhamdulillah Dayat dah kembali dengan semangat baru. Semoga Allah sentiasa lindungi Dayat..
teruskan mengingatiNya ya dik..

nak balik kuantan? tolong makan keropok lekor untuk akak ya.. heheh... selamat bercuti ya :)

jengka masih dirindui tapi tunggulah.. nak cari cikgu2 lama la.. ;)

Kujie said...

sebab tu kat pintu bilik kak jie kena letak langsir..hahahaha
byk sgt lukisan luahan hati anak2

tchersally said...

Pakai duit syiling!!!!!!!!sampai skrang masih ade..suruh papa dia dia polish kut2 nak ilang..papa dia kata.."its ok..let it be.."..mama kata.."huwaaaa!!!"..kekeke

Neeza Shahril said...

Kak Jie,

oooo.. itu rahsianya yeeee... hehehee...

***********************************

Teachersally,

haaaa??? duit syiling??? adusshhh!!! berkesan hingga selamanya tuuuu.. hehee..
tapi takpe.. demi anak tersayang, apa pun papa sanggup ye.. hehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin