Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, April 16, 2009

Bisinglah awak ni!!



Dalam bilik. Jam 6.45am

Bang, bangun lah. Subuh lagi 15 minit nak habis nih..

Ahhhh!! kacau je lah orang nak tido..

Bang!! tak nak solat ke? Nanti habis Subuh. Bangun lah bang. Penat dah saya kejut dari tadi. Nak masuk api neraka ke tak solat?

Hey awak nih! Suka hati saya lah nak bangun pukul berapa. Sibuk aje lah! Tahu lah saya. Nak berceramah pulak dia!

---------------------------------------------------

Meja makan. Jam 9.00 am

Sikit je makan bang. Tak sedap ke saya masak?

Entah! Takde rasa langsung. Awak masak apa nih?


---------------------------------------------------

Azan Zohor. Jam 1.30 pm

Hai abang. Leka tengok tv nampak. Abang tak pergi solat di masjid ke?

Pergi

Nape tak siap lagi? Nanti terlepas pulak. Dah azan kan tu. Nanti mulalah buat alasan tak sempat nak berjemaah. Yang abang tu, dari tadi dok leka aje kat situ.

Sudahlah tu!!! Nak jadi ustazah lah pulak! Awak tak payah lah nak nasihat saya. Tengok diri sendiri sebelum nasihat orang.

Aik! Tak boleh ke saya cakap macam tu? Kalau saya cakap, semuanya salah. Kalau abang tu, semuanya betul.

Dah lah! Tak payahlah awak nak membebel lagi!!


-----------------------------------------------------

Ruang tamu. Jam 4.30 pm

Abang boleh tak letak elok-elok towel ni. Penat lah saya nak kutip dan sidai. Apa lah salahnya abang terus sidai di towel rack ni. Bukannya jauh sangat pun. Buat macam ni, nanti bertaik lalat lah towel tu.

Alahhh!! Awak kan ada. Awak lah buat. Apa guna ada isteri??

Ye lah! Tapi saya pun letih jugak kalau asyik nak mengutip tuala basah.

Buat ajelah. Bising aje lah awak nih!

----------------------------------------------------

Pasar malam. Jam 8.00 pm

Hey!! Cepat lah sikit jalan tu. Lembab betul lah awak ni. Macam siput!

Sabar lah bang. Kaki saya sakit ni. Tadi terseliuh.

Ada-ada saja lah awak ni. Ni muka ni! Kenapa pucat aje. Bintik-bintik hitam ni kenapa? Buruk nya lah saya tengok..

Tak sempat nak letak bedak tadi. Abang suruh cepat kan tadi.

----------------------------------------------------

Di rumah. Jam 10.00 pm

Bang, tangan saya sakit lah. Abang tolong picit boleh.

Nanti lah! Saya sibuk ni.

Abang tolong bawak saya pergi hospital boleh? Saya nak jumpa doctor. Risau pulak saya. Dah banyak hari tangan saya sakit. Nak kata lenguh, tak jugak.

Awak ni, sakit sikit nak jumpa doctor. Sikit sikit jumpa doctor. Doctor tu bukan boleh baik kan sakit awak pun. Dah lah tu. Esok dia baik lah tu!!

------------------------------------------------------

3 hari selepas itu. Jam 7.20 am

Hoii!!! Nak tidur pun bukak lah dulu kain semayang tu! Tak senonoh langsung tidur atas sejadah! (sambil menendang kaki si isteri)

(Diam)

(Tendang lagi)

(Diam dan sejuk. Kaku untuk selama-lamanya)

******************************************************

Bersyukurlah, anda masih boleh mendengar
walaupun terpaksa menahan bebelan si isteri

Bersyukurlah, anda masih boleh melihat
walaupun terpaksa memandang wajah isteri yang kian luntur kecantikannya dari hari kehari

Bersyukurlah, anda masih boleh berjalan di muka bumi Allah ini
walaupun terpaksa menunggu isteri anda yang jalan terkedek-kedek

Bersyukurlah, anda masih mempunyai deria rasa
walaupun terpaksa menelan masakan isteri yang sudah tidak sedap ditekak anda

Bersyukurlah, anda masih ada isteri
walaupun isteri anda tidak secantik julia robert dan penelope cruz

Bersyukurlah, anda masih bernyawa di muka bumi ini
walaupun anda tidak pernah bersyukur sebenarnya. Anda asyik marah dan marah kepada orang-orang yang anda rasa berada dibawah cengkaman anda. Agak-agaknya, kalau orang lain lah yang membebel kepada anda (contohnya: seorang wanita cantik yang bekerja satu department dengan anda). Adakah respons anda juga sedemikian rupa?

Fikir-fikirkanlah... Walaupun dia kerap membebel, walaupun dia kerap jadi penceramah tak bertauliah, walaupun masakannya tak sesedap masakan ibu anda tapi dia lah wanita iaitu ibu kenapa anak-anak anda, dia lah yang mengandungkan anak-anak anda selama 9 bulan setiap satu. Dialah yang anda puja dan puji sebelum dia sah menjadi isteri anda beberapa atau beberapa belas atau beberapa puluh tahun yang lalu. Setiap hari, pada setiap solatnya, tak pernah dia lupa untuk mendoakan anda. Kiranya dia tiada, hilanglah segalanya...

Hargailah mereka sebelum mereka pergi buat selama-lamanya...

13 comments:

zino said...

sungguh benar sekali.. hargai apa yg kita ada..

maza said...

uiks!

Kalau maza lah, kena lak bini cakap kasar2 mcm tu, jawabnya sorry ler...

Silap haribulan boleh tertutup pintu syurga si isteri wooo..

huhuhu

manusia akan response (tindak balas) ttg apa yg diberikan (yg diucapkan). Sbgi contoh kalau kita gunakan bahasa lembut, maka kelembutan dan gentlemen itu jugalah akan dibalas kembali..

Sebaliknya kalau cakap macam mengalahkan kingkong.. jawabnya jawapan beserta tindakan akan diperolehi mcm rasaksa lah gamaknya..

bak kata mat saleh, "what's comes around will comes around"

hehehhhe

Tetapi maza lebih suka dan sesuai apabila isteri menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan.....dgn sopan santun membelai lalu memujuk agar bangun dan solat itew...nasihat dgn sebaik2 nasihat dgn fakta!

Jadinya sebagai balasan juga dibalas dgn penghargaan dan senyuman dari si suami!

tetapi kalau dah kejutkan si suami macam tu, ada harapan keesokan pagi si isteri terus jumpa dentist bikin gigi pelsu baru......

wakakak...

(psst; kita juga tidak mahu anak2 kita kurang ajar dgn kita.. begitu jugalah kita tidak mahu digolongkan durhaka kpd suami, emak dan abah kita.. dan Nabi bahkan Allah SWT sarankan agar berlemah lembut terhadap mereka!...

Insyallah natijah positive akan kembali kepada diri sendiri

Kebanyakan dari kita lupa setelah usia perkahwinan sudah berusia!

Ada sesetengah kes pula, si isteri mengherdik suami, menjengelkan mata! Apakah itu contoh dan tauladan yg baik?

Justeru haruskan isteri sebegini mendapat pengiktirafan dan penghargaa?!)


hehehehe

maza: sekadar membuka minda...

huhuhu - entah apa angin puspus dah bertiup dlm diri maza daaaa...

huhuhu. - korang sabar jelah.........

tchersally said...

Neeza,
hmmm..bersyukurlah kita bila hubungan suami-isteri penuh dengan adab dan sopan..

aNIe said...

Betul tu neeza...sebelum kehilangan permata yang beharga...hargailah ia...

Akak kalau majuk je ngan cik abang 2 hari pun dia dah risau sebab takde orang nak pet pot pet pot

Mrs Rafiuddin said...

ermmmm......as bukan jenis bising..hehe..
kalau tak puas hati@ marah,diam jer..
Tapi harap dijauhi semua tu..Risau kalau-kalau terjadi..
Hargai pasangan anda :)

Kak Elle said...

betul..betul..

manlaksam said...

Hargailah apa yang kita ada. Jangan bila dah tak ada, baru nak menangis.........dah terlambat.

noniey alias said...

hargai apa yang kita ada..

Ainur68 said...

Mmmmm...no comment????

Neeza Shahril said...

Zino,

betul tu...

***********************************

Maza,

terima kasih maza.. tapi kengkadang, isteri tak cakap kasar pun.. nada lembut saja.. cuma agak pedas bagi yang tak suka ditegur la kan..

sesetengah lelaki ni dia anggap isteri dan anak2 tu hakmilik peribadi dia.. Dia boleh buat sesuka hati macam hamba abdi lah. Mereka kena buat apa yang dia suruh. Tapi, mereka tak boleh suruh dia buat apa yang dia tak nak buat.. Dia lupa yang Allah itu lah yang maha memiliki dan berkuasa... kalau dia ingat, mesti dia tak akan layan anak isteri macam tu...

heheh.. panjang lah pulak.. nak lawan kepanjangan comment maza hahaa!! memain je laa..

***********************************

Sally,

betul tu.. seharusnya bersyukur..

***********************************

Kak Anie,

kengkadang mereka rindu sebab takde kawan gaduh kan.. heheh..

***********************************

As,

sebelum tiada, hargailah apa yang ada kan.. sebab kalau dah takde, hilanglah semuanya..

***********************************

Kak Elle,

setuju aje akak ni yek.. :)

***********************************

Pak Man,

kalau terlambat, memang sangat mengecewakan...

***********************************

Noniey,

ya Noniey.. hargai dan sayangi lah mereka..

***********************************

Kak Nik,

aik! no comment kali ni? heheh..

cHeRyNa PiReS said...

baiklah kak neeza...bile sha jd wife nanti sha akan sentiasa ingat pesan kak neeza nieh!:D

silversarina said...

dalam hidup berkeluarga mesti ada yang bercakap dan ada pula yang mendengar dan ia berlaku bersilih-ganti tapi taklah sampai marah2 sampai kurang ajar bunyinya. semoga hidup kita semua diberkatiNYA.

maza said...

erk!

kata2 neeza memang ada betulnya..

memang ada lelaki jenis macam tu...

huhuhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin