Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, April 22, 2009

Dimanakah hati mereka?



Pagi ni, Neeza baca satu email dari seorang kawan. Ada diforwardkan cerita tentang seorang ibu yang mendukung anak (lingkungan umur 1-2 tahun) yang sedang tidur dipangkuannya, berdiri di dalam commuter. Tiada seorang pun offer tempat duduk untuknya. Bayangkan dia mendukung anak yang sedang tidur dan kena berdiri pulak tu. Dekat-dekat dia, selamba aje orang lain duduk buat tak nampak. Bangsa mereka yang duduk tu sama lah dengan bangsa Neeza sendiri. Bila kita kata bangsa M tu selfish, ada orang marah kan. Tapi memang tak semua pun. Segelintir sajalah.

Gambar itu di snap oleh seseorang yang sama-sama berdiri dalam commuter tu. Tak lama lepas orang tu snap gambar, baru lah seorang perempuan bangun bagi duduk pada perempuan tu. Mungkin dia perasan ada orang ambil gambar kot. Tapi, kenapa bila orang dah ambil gambar baru nak offer seat kan. Punyalah lama perempuan yang dukung anak tu berdiri.

Kalau kita yang berada di tempat perempuan tu, macam mana lah keadaannya kan. Neeza pernah dukung anak dan memang sakit pinggang. Itu sekejap. Kalau kena dukung sambil menahan diri daripada tak jatuh (dalam commuter kan), lagi lah susah.

Dimanakah pergi nilai-nilai murni orang M ni ya? Neeza tak nak cakap malaysia sebab rata-rata yang Neeza tengok bangsa sendiri yang berperangai macam tu. Biarlah. Orang nak marah, marah lah. Betul, tak semua yang berperangai macam tu. Tapi, kebanyakan yang berperangai macam tu ialah bangsa M tu lah. Mungkin hati-hati mereka yang duduk tu dah kebal agakya. Dah tak kisah dengan orang susah. Takpelah kan. Tak jadi kat diri sendiri lagi. Esok-esok kalau kena kat diri sendiri, ingatlah balik kot, dulu dia sendiri pun tak pernah kisahkan orang yang susah tu.

Neeza letak gambar kat sini. Kalau sesiapa yang baca blog ni and happen to be dialah yang duduk kat situ, anda fikirlah sendiri. Wajar kah tindakan anda tu. Mungkin anda kata anda pun bayar tiket komuter. Betul tu. Tapi, dimanakah rasa belas kasihan anda diletakkan? Mungkin dalam tong sampah lah kot. Sebab tu anda dengan selamba tak kisah pun tengok perempuan mendukung anda berdiri dalam komuter kan. Remember, what we give, we will get back, be it good or bad. Wallahu'alam...

23 comments:

Kak Elle said...

Sama lah di sini neeza mereka yg dapat duduk akan berpura2 tido...tapi ada juga yg akan memberi tempat kepada yg perlu.

tchersally said...

hmmm..sad isn't it when humans are becoming inhumane..

Yummy Yum said...

agaknya yang duduk tu semua pregnant kot..tu sebab tak larat nak bangun tu..

kesedaran sivik sangat le kurang di kalangan masyarakat kita ni..ramai lagi yang masih buat tak peduli dengan keadaan sekeliling dia..tak tau la zaman bila baru le masyarakat kita boleh jadi masyarakat yang bertamadun...

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

takde hati perut mereka ni kan. Tapi pada yang baik hati tu, memang patut dicontohi kan kak..

***********************************

Sally,

inhumane human ni patut duduk dalam semak aje sebab diorang sendiri menyemakkan ;)

***********************************

Yam,

ye kot Yam ;)

apa apa yang diorang buat, diorang akan dapat balik kan Yam. Kalau tak dia, orang lain yang ada kaitan dengan dia.

manlaksam said...

Hati kalau tak bersih susah sikit la nak timbul rasa belas kasihan.....telah ditutupi oleh perasaan tamak haloba, bongkak,sombong dan pentingkan diri sendiri.
Minta di jauhi kita semua dari penyakit hati ini.....aminnn.

::ADleez:: said...

betul la kak neeza...sokong 200%...bkn batu api yerrr...tp kenyataan....teringat dlm tempoh pengembaraan kami tu hr....mcm2 ragam manusia jumpe....dan salah satunye betapa bongkak n sombongnya bangsa aku sdr!!! pk pk kan...;(

aNIe said...

Larrr...sian tgk perempuan tu...tak berhati perut langsung mereka yang kat depan tu...boleh buat tidor plak tu...

Mrs Rafiuddin said...

haha..kengkadang manusia pun tak reti baca signboard..
selamber jer duduk kat tempat yang dikhaskan untuk orang kurang upaya,ibu-ibu mengandung dan orang tua..
walhal tempat tu dikhaskan oleh untuk orang2 tertentu..

MULAN said...

kalau bab ni saya respect org korea. mesti kasi kami yg carry anak duduk dlm subway train tu. ada jgk sekumit yg tak kasi tapi 95% kasi. train depa pulak mmg ada special seat utk moms + babies, senior citizens & okus..

Adry said...

ish tak patut sungguh kan kak... geram lak pas baca entri ni.. huhu


Adry @ http://www.adrysabry.com

MommYaLif said...

yeah, once semasa expecting Aimran, I kena berdiri jugak lah masa naik LRT ni(wrong timing agaknya)but..luckily for 1 stop ajelah..but still kan.tak gentleman langsung..chewah..sori guys out there! BTW yr baby's bodyguard boleh tahan buat roti eh..bagi tuition ngan kita orang boleh..;)

Mak Teh said...

Bukan saja tak ada hati perutpun tak ada sebab orang Kedah kata " tak ada hati perut !"

Mak teh semasa sarat mengandung anak sulung zaman muda-muda dulu pernah menangis kerana ada seorang hamba Allah berebut seat kemudian beri pada mak teh. Sebelum tu ( agaknya dia telah nampak ) mak teh dah tak larat berdiri tunggu bas.

Kemudian mak teh minta nak duduk atas kerusi pada seorang mamak newspaper kat kaki lima nearby tempat tunngu bas, pastu kerna sergah " Hei! butakah tak nampak orang sedang duduk!" Itulah salah satu pengalaman yang amat menyedihkan semasa mengandung.

So apabila hamba Allah tu beri seat dalam bas pada mak teh, mak tehpun menangis.

Zabs said...

Salam Neeza,
Dah lama tak naik public transport ni, jadi tak tahulah macamana keadaannya.
Tapi masa dulu2 tu, kalau saya duduk dan ada orang yang lebih memerlukan berdiri, saya rasa bersalah kalau tak beri mereka tempat duduk.
Ia lebih kepada soal hati jugalah seperti kata Cikgu Manlaksam.

l i e y n said...

kak neeza, bukan kaum M je yg berperangai mcm tu...
saya pernah naik monorel ngan mak, abah, adik beradik n anak sedara..
kita org dah q before the yellow line but bila train sampai, few people dr kaum cha ya nun alif, terus langgar kitaorg without notice, there are old people n babies! masa tu mcm2 kuar dr mulut saya....
mat2 pendatang pun uncivilized langsung masa naik komuter, x sedar langsung diri tu pendatang!
tapi memang sedey kalau kaum M ni buat perangai cam tu!
buat malu je....

Ainur68 said...

Mmmm....orang Melayu ker orang M'sia?
Rasanya orang M'sia kut. Tak kira bangsa. Kena check balik pelajaran sivik kita. Mesti ada yang tak kena. Campur tolak....emak bapak pun perangai sama. Contoh lain; bab buang sampah merata2,tak tutup lampu,bazir air dan tak bagi signal bila nak berhenti atau masuk/keluar simpang!Semua tu contoh betapa tak bertimbang rasa nya orang kita. Opps...sorry kalau ada yang terasa!

Ummi said...

Kak Neeza,

Ummi hari2 naik komuter dh jadi terbiasa dgn situasi mcm ni. Ramai je umat manusia yg x kira kaum berkelakuan mcm ni kak. Bile nmpk org bawak anak kecik/baby or perempuan mengandung, sume butakan mata dan hati.

Ade skali Ummi nak bg seat pada sorg warga emas ni. Tapi tiba2 muncul sorg prmpuan muda ni dgn gelojohnya dtg n tolak Ummi ke tepi lalu duduk dgn muka x malunya lalu pejamkan mata dia buat bodoh. Inilah dia kak... org M'sia...

yginsaf.com said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..

Insaflah said...

Andainya yang mendukung anak itu adalah IBU KITA ...

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm...wah,,,amat tidak bertamadun skali diorang ini...

maza said...

percaya atau tidak di dewan kuliah juga di perhentian bas di UM sewaktu ketika di zaman maza, hinggalah ke hari ini.. perangai tak semenggah itu berlaku...

cendiakawan bakal graduan ini hilang pertimbangan disbbkan penyakit yg neeza katakan ini..

adakalanya maza dan teman2 lelaki ditolak ketepi oleh anak dara itu... mereka sudah lupa batasan, sanggup mencelah2, bersempitan, bersenggolan.. nilai maruah dan tubuh tidak diendahkan...

Kami golongan lelaki adakalanya cukup malu dengan tingkah laku itu..

Tetapi kalau diri empunya tidak hirau maruah, letaklah pengawal raja sekalipun tetapi cemar akhlak tetap terdedah.

Terfikir juga, kenapakah ketika di sekolah dahulu mereka boleh beratur apabila menaiki bas, hormat pada org tua, wanita mengandung, org kurang upaya. Tetapi apabila sudah berubah menjadi dewasa seperti ini, nilai itu lenyap...??!

Atau mungkina emak atau bapak mereka tidak pernah pesan dan ajar? atau guru mereka tidak mendidik?

Kalaulah perkara cendikiawan yg dianggap Nobel ini berperangai seumpama ini; menjadi contoh buruk lalu diamalkan oleh masyarakat kita, alangkah buruknya tingkah laku itu! amat malang sekali!

rasa hormat, belas kasihan sesama jantina, atau jantina yg berbeza hampir kabut!

Lantaran itu jadilah manusia pemimpin dan pengurus yg mementing DIRI berakhalk BURUK! Hanya tahu menegur dan membidas di dewan kuliah, di kertas assignment dan jawapan peperiksaan, tetapi bila berkelakuan - mengalahkan haiwan yg mengamalkan undang2 rimba!

Hari ini menjadi pantang maza melihat mereka berburuk seperti itu! Pernah maza jerkah manusia2 sombong itu,..

Neeza Shahril said...

Pak Man,

betul tu Pak Man. Semuanya bermula dari hati. Kalau hati busuk, semuanya akan jadi busuk kan. Kalau hati bersih, muka kita pun nampak berseri..

***********************************

Liza,

bila manusia rasa yang dia tak perlu untuk berbaik2 sesama manusia, hati akan berkata.. diri aku lebih penting.. pedulikan mereka.. aku dengan diriku dan biarkan mereka dengan diri mereka..

***********************************

Kak Anie,

tu la kan.. sebab tak nak offer seat dia, macam2 dia buat. Buat tak nampak, buat tak reti dan buat bodo..

***********************************

As,

patutnya kan bila diorang duduk kat tempat orang2 kurang upaya ni.. kita bagi dia rantai suruh pakai kat kaki.. baru dia tahu malu kan..

***********************************

Mulan,

betapa lah kita memerlukan semua tu di malaysia kan. Barulah mereka belajar menghormati sikit..

Neeza Shahril said...

Adry,

selfish betul mereka ni.. takde empathy langsung..

***********************************

Kak CT,

betul tu.. kalau diorang biar orang sarat pregnant berdiri, memang tak gentleman.. kalau orang buat kat wife diorang, agak2nya suka tak diorang kan..

the baby bodyguard punya roti tu senang je buat.. cuma neeza yang tak reti.. nanti kita interview dia ya.. ;)

***********************************

Mak Teh,

sejuta pahala untuk hamba Allah yang berebut tu mak Teh.. semoga Allah selalu tolong dia sekarang sebab dia pernah ringankan beban orang lain..

***********************************

Pak Zabs,

hanya orang yang berhati mulia akan rela offer tempat duduk kan. Pada yang hati tak berapa nak mulia, diorang couldn't care less...

***********************************

Lieyn,

betul lah kan.. orang2 yang berperangai macam tu memang kita boleh categorizekan mereka sebagai uncivilized.. tapi kalau cakap kat diorang, tahu marah pulak tu..

***********************************

Kak Nik,

haah lah kak Nik. Ada certain parents mengajar anak nilai2 murni tapi bila sampai kat dia, tak pulak dia apply. Bila anak2 tanya, dia boleh kata, orang tua takpe.. Ada ka gittuuu?? ish ish...

***********************************

Neeza Shahril said...

Ummi,

patutnya kan.. sepak aje kaki minah yang berebut tu.. biar dia rasa. Geram pulak akak. Orang nak offer warga emas, dia pulak sibuk. Kang kena sumpah tiba2 jadi tua time tu, baru dia tahu..

***********************************

En Me,

kita semua ada kelemahan.. tapi kita boleh gunakan akal untuk menilai kan..

***********************************

Abang Long,

maka, mengamuklah kita kalau orang tak bagi seat tu pada mak kita :D

***********************************

Anak Pendang,

mereka hidup dizaman batu rasanya..

***********************************

Maza,

betul tu maza.. ada sesetengah tu cakap tak serupa bikin. Bila kena kat diri sendiri, pandai diorang suruh orang lain consider. Kalau tidak, pedulikan aje..

hati yang busuk.. akan terserlah kepada perbuatan dan muka sekali.. Kita tengok muka pun rasa menyampah..

semoga kita menjadi orang2 yang disenangi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin