Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, April 13, 2009

Hujan batu di negeri orang...


Aik?? Sudah tukar kaaa?? Bukan hujan emas di negeri orang ke? Ish.. kalau betul lah hujan emas, memang kaya raya lah kami sebab lately, selalu pulak hujan kat sini..

Semalam, masa kami sedang bersantai-santai dalam bilik dengan anak-anak kecik, dengar bunyi kletang! kletung! kletang! kletung! pada tingkap bilik. Nak kata hujan, pelik sangat bunyinya. Tapi, sesekali, bunyi macam hujan betul. Abang buka tingkap, memang hujan pun.

"Hujan batu lah! besar-besar batu dia.."

Dengan minda yang sangat curiousnya, minah tu menjengah,

"mana? mana?"

Bukak aje tingkap, berpuluh-puluh biji ais masuk rumah. Nasib la tak besar. Kalau besar, mahu benjol kepala. Dah lah masa tu Shahmey pun interested sama nak tengok. Sibuk suruh Abah dia buka tingkap,

"Lebat... lebat..."

Ingatkan apa lah yang dia nak. Bila orang kata hujan lebat, dia pun lebat jugak. Since tingkap terbuka sedikit, hujan batu tu masuk lah dalam bilik. Kalau tidak, mungkin air aje jadi tak lah ketara sangat. Ini berketul-ketul ais. Ada orang tu suruh buat milo ais lagi (buat lawak la tuuuu...). Mentang-mentang lah dia baru minum milo ais masa dinner before that.

Neeza kata kat Abang, rupanya tak pelik lah fenomena hujan batu ni. Semuanya terjadi kat awan tu. Mungkin dari panas terik pada siangnya dah hujan pada petangnya, itu yang jadi macam tu. Neeza tak lah reti nak explain scientific findings ni. Biar orang lain aje lah buat entry pasal tu hehehh..

Abang kata, masa dia belajar dulu (kat mana lah tu yek?), lagi lah besar ketulan batu tu. Kletung kletang kena muka. Sakit betul... kata dia lah. Mana lah Neeza tahu betul ke tak. Tempat dia belajar dulu dekat dengan tasik tapi tasik air masin. Mungkin betul lah apa dia cakap tu..

Since benda ni first time Neeza tengok dalam hidup ni, Neeza pun terus lah mencapai camera (maklumlah.. sejak jadi blogger ni, setiap saat itu penting untuk dirakamkan hahahaha!!!). Snap! Snap! dapatlah tengok ais batu yang bertaburan di tingkap dan lantai bilik kami. Nasib baik Shahmey tak kutip masuk mulut. Kotor tu. Banyak chemical. Kat sini kan industrial city yang rata-ratanya chemical industry..





27 comments:

Adry said...

uish..saya tak pernah lagi tengok hujan batu ni... kat tv jerr...

Adry @ http://www.adrysabry.com

Adry said...

Uiks... komen pertama?! yea yea!

noniey alias said...

dulu FIL saya siap berhenti agi kat tepi jalan kutip batu2 tu. tapi tak ingat dah dia buat apa dgn batu2 tu. batu2 akan cair tak kemudian?

kayteeze said...

Eh....kak tie tak pernah tengok laa....mesti best main2 kan...he he...

mother of two said...

dah lepas ke sana hujan batu..baru2 nie kat dubai.. simpan byk2 masuk peti ais minum ngan air sirap..hehehehe

Mrs Rafiuddin said...

Alhamdulillah,dah 3x dapat tengok hujan batu..
Cuma bezanya hujan batu kali nih bulat-bulat..
Memang kuat betul bunyi semalam..ingat kan apa,rupanya hujan batu!!Kat sini penuh arab dok bersidai kat tingkap,terpegun gamaknya..
Maklumlah salji turun..hehe..
Masa kat Malaysia aritu,bulan puasa,tahun dah tak ingat tahun bila,jiran2 siap kutip simpan dalam freeze nak rasa lepas bukak puasa..hehe..

maza said...

Tetiba teringat lak alkisah
"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (surah AnNuur Ayat 043)

Apa yg maza takutkan ialah, hujan air batu ini mengingatkan sebuah bangsa yang durhaka kepada Allah SWT.. iaitu kaum Lut.. Subahnallah..

Di Malaysia pun selalu juga maza masa kecil melihat fenomena itu..

Baru beberapa bulan lepas pun terjadi juga di sini.. Adalah beberapa buah kereta yg rosak ditimpa ketulan ais itu...

Sujud maza kehadrat Allah SWT.. mohon pelindungan dari-Nya..

tchersally said...

uikss..kalau tengah naik motor ..fengsan pun bole..

yannfuad said...

sempat gak kak neeza snap gamba kan.. penting tu kak sbg bukti.. hihihi
dulu masa yann dduk p.jaya thn 95 pernah gak jumpe ujan batu ni..tp yang peliknye ada menda asing turun skali.. sikit punya kuat bunyi kt bumbung umah.. siap siasat bunyi apa??? uper2nya ader 4 @5 ekor ikan btaburan kt depan laman.. tp x dpt d pastikan ikan jenis apakah itu..emmm

Neeza Shahril said...

Adry,

akak pun first time gak.. tu yang peghak sikit hehee...

yuupp.. pertama.. blog akak ni bukan blog selebriti.. berapa kerat sangat la yang baca pun.. hehee..

***********************************

Noniey,

ais memang mencair noniey.. takde tanda dah lepas tu.. memang air batu sebijik.. cuma tak tahu la apa rasa dia hehe..

***********************************

Kak Tie,

since dia agak menyakitkan kalau kena, cepat2 tutup tingkap.. kalau tidak, penuh ais dalam bilik hehe..

***********************************

Shila,

kami tak berani nak simpan sebab sini banyak chemical kat udara.. takut tercemar.. kat Dubai okay kot ya..

***********************************

As,

arab lagi lah heran kot sebab diorang ni hujan pun jarang.. ke selama ni kalau hujan memang hujan batu yek? hehee.. ni gara2 pemeluwapan yang terlalu cepat kot ya.. hehee.. pepandai je akak ni..

hehee.. simpan untuk berbuka?? lawak pulak tapi biasalah kan.. curious..

***********************************

Maza,

betul lah benda ni memang ada dalam Al Quran... tak salah lagi lah neeza... bagi yang tak tahu ingat pelik kan. Dulu Neeza pun rasa pelik. Macam tak logik aje..

Alhamdulillah, hari tu, kereta kami tak jejas.. mungki sebab batu tak besar sangat.. sekadar besar duit 20 sen..

***********************************

Sally,

kalau banyak memang boleh pengsan..

***********************************

Yann,

ada orang suggest snap gambar.. sebab tak pernah tengok (neeza la). Lagipun, penuh dalam bilik.. lambat jugak nak cair..

pB said...

sib baik adik ja ingat nok ambik gambar

kalu tidok , tok leh lar masuk golongae blogger tegar

ha ha ha

thx sebab ambik gambar tu.
at least buleh jugok kak pB tengok lagu manonyor hujar batu nie

manlaksam said...

Pak Man pernah alami sekali, dah lama dah. Masa tu rumah atap zink, punya lah bising bunyi nya....tung tang tung tang!

Zabs said...

Salam Neeza,
Hujan batu tu boleh berlaku di mana2. Kalaulah hujan emas yang turun, tentu akan berlaku banyak kekecohan, tak gitu?

kuIna Jentayutiara said...

mcm ais kiub yer...
sy tak prnh tgk..

Ainur68 said...

Huih...kalau lah hujan emas Neeza, balik M'sia lagi sekali Shahril boleh beli Ferrari! Kak Nik tumpang boleh? Hehehe...

Ainur68 said...

Dear all,

Feel free to comment in my blog.
TQ.

maza said...

Ada cerita di sebalik hujan air batu ini..

Oleh kerana fenomena ini agak luar biasa di tanah air, maka kata org2 tua pernah kata, kalau nak cerdik dan pandai elok tadah dan ambil air batu itu dan di makan dengan segera..

cukup sekadar sebiji dua aje..

bacakan selawat dan niat sekali utk terang hati, dan tubuh yg kuat lagi sihat.

heheheee

(psst: mungkin petua2 ini ada guna juga kot)

cHeRyNa PiReS said...

pernah tgk...mase kat kolej...siap main kat luar lagi gi kutip batu...ehehe...taklah..ais batu...

tp lepas tuh takut sbb guruh and lagi satu takut sbb batu2 besar mula turun...sakit kepala kena hempuk...huhuhu

Cat Cat said...

Wah, memang besar-besar hujan batu tu eh..???

Kat sini, hujan batu kurang... Sejuk-sejuk gitu, terus salji.

maklang said...

kalau kena kepala memang benjol...

kalau kena kereta kemek agaknya...

kat sini cuaca panas betul semalam, hari ni nampak mendong, mintak2 hujanlah ye...

Neeza Shahril said...

Kak Pb,

kironyo, Ja masuk golongae blogger tegar doh la nih dih? hahahaa!!

credit to oghae hok sughuh Ja puko gambar hujae batu tu.. buleh jugok oghae laing hok tok ghajing kelih tau lagu mano ghupo... :)

*************************************

Pak Man,

kalau anak2 neeza ada kat situ, mesti diaorang menyorok dalam selimut.. sebab takut.. hehe..

***********************************

Pak Zabs,

kalau hujan emas, mesti berpedang-pedang lah memasing huhuuu..

***********************************

Kuina,

haah.. sebijik ais kiub tapi bentuk yang beza-beza..

***********************************

Kak Nik,

ferrari tuuuu... neeza tengok gak 4 5 biji kat sini tapi tak dapat naik puuunnn hehee..

kalau betul ada, untuk kak Nik, neeza bagi jenjalan dengan Abg Amri ronda2 kuantan.. hahaha!!!

***********************************

Maza,

iye ke??? nape lah ekau tak bagi tau duluuu??? kalau tidak, dah neeza telan dua tiga puluh biji.. dengan sumeyyah yang 3 bulan tu pun neeza suap ais tu jugak kot.. hahaa!!!

mahu kembung perut budak tu.. hehehe..

***********************************

Sha,

kira Sha lebih bertuah dari akak laaa... akak baru je dapat tengok hehehh..

***********************************

Cath,

salji lah bestttt Cath.. heheee..

***********************************

Maklang,

memang boleh benjol tu maklang kalau tengok dari size yang besar-besar tu..

hidayah said...

isk kak neeza... 1st time dgr hujan batu kat saudi.. huhuh... nasib tak kena kepala... walaupun kecik, sakit wooo... silap2 boleh benjol :P

Kujie said...

neeza..kalau kena mmg sakit tu....

kat KL pun hujan lebat pagi tadi....dok dlm blanket sedap sgt...tapi ada kelas pula pagi tadi

hehehe..

silversarina said...

Akak first tengok hujan batu masa di Jordan..betul macam kata neeza mana ada hujan emas di negeri orang , hujan batu adalah..hehehe.

Chekgu BaniHassim said...

takleh amik ke kak, masuk cawan buat minum??
geram lak tgk ais ketul2 cemtu...

Kak Elle said...

oh ada hailstone ye di sana kena kepala sakit juga tu.

Neeza Shahril said...

Hida,

betul tu.. nasib baik akak kat dalam rumah.. kalau kat beach bersantai, memang benjol hehe..

***********************************

Kak Jie,

memang best berselimut kalau hujan.. kat sini hujan tak sejuk sangat.. sebab sekejap je..

***********************************

Kak Rina,

kalau hujan emas, mesti ramai yang datang sini kan kak hehe..

***********************************

Chekgu,

tak berani akak ambik.. sini banyak chemical.. kang keracunan lak.. ;)

***********************************

Kak Elle,

oooo.. dia panggil hailstone ke? baru neeza tahu.. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin