Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, April 20, 2009

Kacang Soya


Hari ini hari yang tak berapa best. Mood tak best. Kepala tak best. Tekak pun tak best. Bila banyak benda tak best, tuan blog selalunya meng00gle maklumat berguna. Nak tidur pun tak larat jugak. Nanti jadi dugong lemah badan kalau asyik tidur aje.

Since semenjak dua menjak ni, Neeza selalu makan makanan berasaskan soya, nak lah jugak tahu kebaikan soya yang Neeza mungkin tahu tapi tak berapa betul kot. Maklumat dibawah di pinjam dari sini. Terima kasih diatas maklumat tersebut. Sama ada maklumat dibawah ini sahih satu tak, Neeza pun tak pasti. Mungkin ada yang betul kan. Walau bagaimanapun, sesuatu makanan itu tak seharusnya diambil dalam kuantiti yang melampau-lampau walaupun ianya baik.

Neeza suka minum air kacang soya yang proses sendiri (bukan yang commercialize di pasaraya tu). Neeza juga suka makan tempe (95% kacang soya kan). Hari ni Neeza masak sambal tempe + ikan bilis + kentang + kacang. Gambar takde. Malas nak pergi dapur snap gambar (sebab semuanya tak best hari ni kan...).

Kalau nak baca info kat bawah, baca lah. Kalau tak nak pun takpe. Takde paksaan dalam apa-apa pun... Adios!

********************************************************


Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-


  1. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

  2. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

  3. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

  4. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

  5. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Walaupun kacang soya ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran


Tambahan: Khasiat kacang soya untuk wanita

Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

16 comments:

zino said...

lopeh ni kono minum air soya selalu lah gamak nya.. hehe

maza said...

ate dengar kate, kalau minum banyak2 soya.. nanti kulit jadi putih!

Puas kame minum sos soya, idok ler jadinya putih melepak!

huhuhuhu



glosari: sos soya juga dikenali sbgi tong yu.. atau k.. i.. c.. a.. p..

hnmm

wakakakka

::ADleez:: said...

br kesemptn nak bc blog akak...pekabo..cmner shamey n en shahril..dh ok ker... nnt hr rabu kt jmpe di kelas yer...dgr kt ade jamuan...yumyum...

silversarina said...

Kacang soya memang banyak khasiat..lama dah tak minum susu kacang soya , dulu kat obersee rajin buat sendiri, bila balik sini beli aje tapis ebab manis sekarang ni cuti minum susu soya :)

tchersally said...

Hye Neeza..samalah kita..ape2 saje yg soy based Sally suke..thanx for d info..bertambah suke lah lagi lepas ni bila dah tau khasiatnya..

p/s:Neeza..bila kita nak YM nih??

Cat Cat said...

Mood tak best pun, kena ambik gambar jugak, babe... Tempe is my favourite too... Air soya, tau foo fa, tempe - semua my favourite.

Adry said...

owh.. saya slalui minum air kacang soya ni... sangat sedap dan berkhasiat...


Adry @ http://www.adrysabry.com

yginsaf.com said...

xnak baca, nak komen jewwww.. volleee kannns

kayteeze said...

Soya memang baik untuk kita. Tapi, seperti kata Neeza, makan apa2 pun kena bersederhana, takut jadi mudarat pulak...he he..

Abang Long said...

Atas faktor kesihatan. Abang long dilarang mengambil minuman kacang soya. Hilang nikmat dunia...

Neeza Shahril said...

Zino,

minu bebanyak ya. Kalau ada lebih hantar sini :P

***********************************

Maza,

nak bagi putih, tong yu kena taruk susu sikit..

barulah putih hehehee...

***********************************

Liza,

shahmey dan shahril dah okay dah.. akak je tak okay.. asyik lapar aje hahahah!!!

***********************************

Kak Rina,

soy bean drink memang sedap kan Kak RIna.. neeza boleh minum 1 liter sekejap je.. huhuuu..

***********************************

Sally,

bila2 je boleh.. cuma neeza ni jarang sangat dapat YM.. kalau ada pun.. kejap2 je..

***********************************

Neeza Shahril said...

Cath,

how could I forget tau foo fa.. my must buy food kalau pergi pasar malam.. anak2 pun suka.

***********************************

Adry,

bagus Adry.. jaga kesihatan muda2..

***********************************

En Me,

volleeeeeeeee ajeee.... peaceeeee.. :)

***********************************

Kak Tie,

betul tu.. sebab soya kan manis.. kalau letak guna.. and protein dia tinggi sangat..

***********************************

Abang Long,

Insyaallah.. dah sihat nanti boleh minum ya abang long...

l i e y n said...

apa2 yang kita makan pun ada khasiat tertentu tapi jangan berlebih-lebih....kena wasatiah...

manje said...

salam akak

em air soya mmg baik utk kesihatan...:)

take care akak

MULAN said...

memang banyak khasiat nya.. siap beli soya drink maker lagi. pastu entah ke mana, bila beli je, hubby tanya pesal tak buat sendiri..??

Mrs Rafiuddin said...

dalam banyak-banyak menda..rasanya soya lah paling kureng sikit as nak bleh telan..tak kira lah air soya ker,kacang soya ker,apa-apa base on soya leh..hehe
tapi kalau tau fu fa yg pasar malam tu,memang febret..hiksssss

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin