Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, April 1, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa





Sorry!! Ini bukanlah nasi lemak yang bakal jadi hidangan malam ni. Gambar ni seperti biasa, 'pinjam' dari g00gle. Menariknya nasi lemak ni kan! Kalau ada daun pisang, lagi sedap. Malam ni, kami makan nasi lemak ikan tongkol, Insyaallah... Mungkin lebih menarik dan lebih lazat dari nasi lemak kat atas tu :).

Pernah dengar tak Nasi Lemak Antarabangsa? Kenapa nama dia gitu yek? Rasanya lah, lauk-lauknya semuanya lauk-pauk melayu. Takde pulak letak dim sum ke, vadai ke, tortilla ke mahupun cheese atas tu hahaha!! Kalau nak kata antarabangsa lah...

Mungkin kerana lauk pauknya pelbagai, maka namanya jadi antarabangsa. Kononnya ayam dari India, ikan percik dari Sepanyol, telur goreng dari Afrika Selatan, paru berlada dari Saudi Arabia dan ikan kering dari Argentina. Konon aje lah. Bukan lah betul-betul. Nanti ada pulak orang tanya betul ke ikan percik asal sepanyol. Tak dapat nak tolong lah..

Okaylah, masa untuk masak nasi! Sekian dulu berita hari ini.


19 comments:

Kak Elle said...

Interesting kan?

maza said...

Nasi lemak antarabangsa wujud disebabkan nama dibawaan oleh taukeh yg berasal dari Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, berhampiran Gombak....

Lantaran sempena taukeh-nya dari Bukit Antarabangsa yang menjual lemak dengan resepi istimewa tradisional (tak der pun campuran internasional) berbalut daun pisang... maka hasil krativiti gambungan dua unsur komoditi nasi lemak dan jenama antarabangsa di gabungkan menjadi Nasi Lemak Antarabangsa..

Berbeza dgn di tempat lain ialah, gerai tersebut terdapat di Kampung Baru. Orang Kelantan adalah pengusahanya yg menginap di Bukit Antarabangsa... Nasi lemak menjadi dagangan utama dari petang membawa ke pagi keesokan harinya....

Dan Nasi lemak ini dipelbagaikan dengan lauk gorengan seperti ayam berempah, atau goreng, sotong, udang dan sebagainya...

Yang pasti, nasi lemaknya dibaluti dengan daun pisang.

Setakat diketahui sehingga 3 tahun lepas, (2005) harga sebungkus ialah RM1.50.

Sekian laporan daripada maza dari Kuala Lumpur untuk berita terkini 'a slice of bledho'

zino said...

nasi lemak antarabangsa ada kat kg baru hehe

cHeRyNa PiReS said...

sha pernah gak makan nasik lemak antarabangsa tuh. maybe sbb sha pernah makan nasik lemak yg lebih sedap, pada sha nasik lemak antarabangsa kat kg baru tuh macam biasa2 jek.Mungkin kerana nasik lemak die tuh byk lauk....

Tp...Sha cukup kagum ngan pemilik bisnes nasik lemak antarabangsa nieh...rata2 org dtg nak makan nasik lemak die...and nasik lemak die sangat pemes...

Hmmm...lapar plak nak makan nasik lemak ngan ikan bakar kat Melaka:D

manlaksam said...

Pak Man selalu makan nasi lemak lokal......tapi mutunya setanding dengan yang antarabangsa.

maza said...

oleh kerana neeza tepekkan gambo yg mengancam jiwa raga kami di msia ini, maka dgn segera juga maza terjun ke kg.baru...dan sedang makan nasi lemak antarabangsa.....

wakkakka...

mau ka?
maza tapaw dulu lah yea....hehehhehe

Mak Teh said...

Menu kami disini seminggu sekali nasi lemak bukan antarabangsa! Heheh!

Chekgu BaniHassim said...

saya rase nasik lemak dalam gambar ni tak sedap...
sebab sambal dier nmpk tak sedap..
nasik lemak yg sedap dpt dilihat dari sambal dan nasiknye...
huhu

cikgu_math said...

nasi lemak sambal ikan aya/tongkol lagi best, esp kalau sambalnya sedappp...

Yummy Yum said...

suka makan nasik lemak kat kg baru, kat jalan sultan sulaiman rasanya (opposite nasik lemak antarabangsa tu). lebih kena dengan selera kitorang

Yummy Yum said...

suka makan nasik lemak kat kg baru, kat jalan sultan sulaiman rasanya (opposite nasik lemak antarabangsa tu). lebih kena dengan selera kitorang

Adry said...

hahaha.... nama jerr antarabangsa tu... nama komersil la katakan...

Adry @ http://www.adrysabry.com

silversarina said...

Kat Kerteh ada nasi lemak antarabangsa sebab pelbagai lauk dimakan dengan nasi lemak ... apapun asalkan nasi lemak makan panas-panas sure yummmyyyyy.... nak cari nasi lemak lah pagi ni :)

l i e y n said...

tapi saya rasa nasi lemak antarabangsa tu biasa2 je...

noniey alias said...

sedapnya nasi lemak antarabangsa tu? sampai masuk nona kan.. ke majalah 3..

Cat Cat said...

Neeza,
Cath pernah dengar nasi lemak antarabangsa, tapi tak pernah makan... huhuhu

sedap, suci, segar ... said...

Berasnya dari Langkawi.

suara said...

Salam ziarah...
Pertama kali dengar nama nasi lemak antara bangsa... terbayang nasi lemak, dgn lauk hidangan steak dan sambal. Sayurnya pulak adalah salad dan tomato. Kekeke....

Nasi lemak ikan tongkol jugak yg jadi pilihan hati... saya suka...

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

nama tu ke? yupp.. :)

***********************************

Maza,

waahhhh bagus betul maza ni. Neeza cakap aje, terus pergi buat research ye hehee..

thank you atas maklumat tersebut. memang neeza tak pernah tahu pun sebelum ni.. maknanya ada 1 gerai aje lah ye namanya nasi lemak antarabangsa.. dan orang kelantan?? hehehe.. orang kelantan memang lah macam cendawan kan.. mana2 boleh hidup.. :)

***********************************

Zino,

ni mesti pernah makan ;)

***********************************

Sha,

kalau banyak lauk, service cepat, orang mesti datang lagi walaupun tak berapa nak sedap kan..
tapi bagi akak yang sangat 'terer' ni mungkin selalu lah makan kat situ hehee..

***********************************

Pak Man,

yang tempatan itu bermutu :D

***********************************

Maza!!!!

tolong tapawkan 10 bungkus, terus courier kesini ye.. hahhaa!!

***********************************

Mak Teh,

mesti anak2 itu tertunggu-tunggu menu nasi lemak tu kan.. sedapnya... :)

***********************************

Chekgu,

nasi lemak sambal sedap tu camana rupa dia? dalam gambar ni akak tak sure sape yang buat hehee.. tapi presentation menarik kan :)

***********************************

CIkgu Math,

nasi lemak memang bergantung pada sambal kan.. kalau sedap, sedaplah nasi lemak tu..

***********************************

Yam,

banyakkan gerai nasi lemak kat situ.. tapi adik akak pernah bawak kami makan kat satu gerai.. tak tahu antarabangsa ke antarakaum huhuhuu..

***********************************

Adry,

gimmick tu yang buat orang datang kan..

***********************************

Kak Rina,

yang bestnya nasi lemak ni boleh makan pagi, tengahari malam dan tengah malam kan.. :)

***********************************

Lieyn,

mesti sebab Lieyn pandai masak :)

***********************************

Noniey,

ke diorang bayar untuk masuk nona hhuhuuu..

***********************************

Cath,

jom neeza belanja makan.. hehee.. neeza pun tak tahu yang mana satu ;)

***********************************

Abang Long,

oo.. ye ke?? baru tahu...

***********************************

Suara,

terima kasih sudi berkunjung...

bila imagine cam tu, rasa cam tak lalu lah pulak nak makan hehee..

ikan tongkol neeza pun suka :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin