Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, April 19, 2009

Nurse sambilan


"AR, Saya tak datang hari ni ya"

"Ibu sakit??"

"Taklah. ***** saya sakit"

Semalam Neeza cuti sekolah. Bila cuti, kena lah call driver bas tu. Pandainya driver tu cakap melayu ya. Memang lah pandai. Dah dia tu orang seberang Malaysia. Hari ni pun Neeza cuti lagi. Dah call dah driver tu. Kalau tak call, kesian nanti, dia berenti depan rumah dan tunggu tapi orangnya tak tiba sampai sudah.

Neeza ambik contract jadi nurse buat sementara waktu. Jaga Shahmey ke? Tak lah.. Shahmey dah sihat dah. Takde plaster lagi kat kepala dia. Dah berlari merata-rata (macam lah dia reti berjalan slow pun). Memanjat lagi dan lagi. Cuma kami lebih pay attention lah kan sebab tak nak pisang berbuah banyak kali..

Ada patient baru di rumah Neeza ni. Tak lain tak bukan ialah... jeng! jeng! jeng! the other half of me! Sakitnya agak teruk jugak. Salah satu deria penting mengalami kecederaan sementara.

Semalam, Neeza bawak dia pergi hospital. Errr.. Neeza duduk jadi 'mata' dia. Dia lah yang drive kan. Kesian dia. Tapi takpelah bang. Dugaan dari Allah tu. Sabar ya...

Balik dari hospital, bermulalah tugas nurse. Letak ubat setiap 6 jam atau lebih. Malamnya patient Neeza ni found out yang ada a few friends yang minum sesama pada malam sebelumnya pun mendapat sakit yang sama. Haaaa!!! mesti 'keras' tempat diorang minum tu kan.. hahahaha!!! Memang lah keras. Dinding batu.. kerusi meja kayu.. nak makan pun tak lut!

Sekarang ni cuaca tak bagus sangat. Virus senang merebak. Doctor pesan pada patient Neeza (doctor yang betul-betul doctor lah). Dia kata, jangan keluar sangat sebab tak nak virus berjangkit pada orang lain. Abih tu... kami yang kat rumah ni??? Bukan orang ke?? Uwwaaaa!!!! Insyaallah, segala penyakit datang dari Allah. Kita berdoa saja. Kalau Allah kata, nak kena, kena lah. Kalau tidak, tidak lah... kannnnnn...

Untuk Abang, semoga cepat sembuh. MC dah dapat 2 hari tu. Cukuplah kan.. Kiranya pecah rekod lah ye sebab semenjak kerja kat sini, baru kali ni ambik MC. Esok, tunggu lah Fayez tanya apa ye hehehe...

23 comments:

kayteeze said...

Ha ha...jadi misi jangan garang2...nanti pesakit lari, he he..

Yummy Yum said...

kak neeza..bukan nurse sambilan..tapi nurse on standby sepanjang hayat..kalau the other half tu sakit sape lagi yang nak tolong jagakan tak..semoga shahril cepat sembuh

tchersally said...

Laaa..bawak bersabar la ye..skali skala ujian dtg..selamat berkhidmat dgn penuh dedikasi dan kesabaran ya Puan Misi..hehe

silversarina said...

Sian lah cik abang dah sakit pulak.... tapi dengan layanan 1st class nurse InsyaAllah cepat sembuhnya :)

elisataufik said...

astaghfirullah..
moga pesakit itu cepat sembuh ya..

Mak Teh said...

Selamat menjaga cik abang! Beri minum air jus kurma dan air jampi ( doa ) legalah dia nanti! Tapi jangan layan lebih sangat takut pula dia suka nak ambil m.c. Hehehe!

zino said...

misi kena jaga patient baik baik.. kalau dia ngada lelebih pun layan je.. hehe.. semuga dia cepat sembuh..

Abang Long said...

'Teruk' tak kerja sebagai nurse ?

Mrs Rafiuddin said...

akak,sejam berapa charge?
nak booking untuk jadi posnatal nurse boleh tak :P

sian orang sakit..get well soon..ada nurse cantik molek di sisi,insyaallah,cepat lah baiknyer tu :)

cHeRyNa PiReS said...

time nieh la abang kak neeza nak bermanje2...ehehhe...kak neeza jd missy garang tak? slalu bg org sakit makan ape?

cikgu_math said...

he he.. kerja sambilan & overtime yg paling mahal ...
semoga cepat sembuh ya!

Chekgu BaniHassim said...

jadi nurse boleh tambahkan kasih syg lagi...
inilah masenye...
kalau tak sakit, tak cuti....kan???
selamat menjage pesakit si jantung hati...huhu

yannfuad said...

moga patient kak neeza cepat sembuh.. :)

Cat Cat said...

neeza,
cik abang kena ceh beh ke? sian....
hope he gets better soon ya..

Ainur68 said...

To shahril...get well soon!

Neeza Shahril said...

Kak Tie,kena garang sikit kak. Nanti dia tak nak letak ubat ;)

***********************************

Yam,haah la Yam. Setia sepanjang hayat... thkans Yam

***********************************

Sally,terima kasih Sally...

***********************************

Kak Rina,rasanya tak berapa nak 1st sebab urse pun sibuk dgn benda lain kak ;)

***********************************

Elisa,thanks Elisa..

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

thanks for the tips ya Mak Teh..
tak jaga lelebih pun. Dia pandai jaga diri sendiri hikhikhikk..

***********************************

Zino,

kalau dia ngengada.. cubit je.. huhuu..

***********************************

Abang Long,

senang je.. lepas letak ubat, boleh ngadap PC hehe..

***********************************

As,

mahal nurse ni.. macam gaji pesakit tu jugak hahaha!!
untuk orang postnatal, Insyaallah... ;)

nurse ni garang, salah sikit cubit jeee.. :P

***********************************

Sha,

oooo.. macam singa akak ni.. hehee...

Neeza Shahril said...

Cikgu Math,

thanks cikgu..

***********************************

Chekgu,

betul tu.. kalau tak sakit tak cuti.. ni lah masanya nak tengok dia lepak kat rumah 24 hours hehee..

***********************************

Yann,

thanks Yann..

***********************************

Cath,

dia kena eyesore.. sian dia.. virus banyak sekarang..

***********************************

Kak Nik,

thanks on behalf..

WanHidayat said...

Salam Akak....apa khabar?. Wan dah balik ke Miri...seronok sgt bercuti baru2 nih...sampai sekarang badan masih letih layu....byk berjalan lah....

Virus apa yang merebak kat sana sekarang. Flu ke???...Fever??... akak hati2 ek....Benar semua penyakit itu datangnya dari Allah...Dia maha menguji....

MAMAMIA said...

Mana senang / susah? Jadi nurse pada budak2 or bapak budak?

kuIna Jentayutiara said...

bulan nie elaun lebih sikit kot... sbb layanan kelas pertama ..hehehe

moga cepat sembuh yer..

noniey alias said...

wah mesti patient kak neeza tu manja giler skrang ni. hehehe... semoga cepat sembuh.
tak pernah amik mc? thats y sakit tu. sebab nak suh bercuti..

maza said...

che abg hang kena ketumbit ka?

wakakaka

jawabnya adalah yg kena skodeng dah tu

huhuhu

(maza: kaki sakat ala2 jin afraid gitewww......heheheh)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin