Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, April 11, 2009

Tukar milik kereta terpakai




Baca online newspaper pagi ni, nampak berita ni. Alhamdulillah. Something has been done (sebab PM baru ke? hehehh..). Teringat dulu, kami trade in kereta lama ke used car dealer. Kami beli kereta baru dari tempat lain. Since kami tak nak tertipu macam seorang kawan yang jual kereta tapi akhirnya terpaksa turun naik court (ke JPJ? tak ingat lah pulak) sampai bertahun-tahun di sebabkan kes tak tukar nama tu (tapi car dealer kata tukar nama), kami mintak assurance dari car dealer tempat kami nak beli kereta tu recommend used car dealer yang reliable. Then, dia recommend satu tempat yang mana katanya, memang dia kenal sangat dan dah lama mereka berurusan.

Sebelum kereta tu betul-betul jadi hakmilik orang lain, every month kami pantau car loan statement. Alhamdulillah, memang car dealer tu bayar loan kereta tu every month. Bab-bab lain, setakat ni takdelah lagi problem. Tapi tak tahu lah kot-kot lepas ni datang saman ekor ke, saman kepala ke, saman kepak ke.. Nauzubillah.. tak nak lah mintak kan. Kalau ada jugak, memang lah kami mengamuk sebab kereta tu dah terjual tahun 2006 lagi. Eh! betul ke 2006 yek? ke 2007? Hahaha!! memory depleted.. tulunnnnn!!!

Dibawah ni berita pasal apa yang Neeza dok bebel kat atas tu. Bacalah kalau nak baca. Anyways, benda ni dah ada kat paper pun. Mungkin ramai yang dah baca... :).



Wajib tukar milik kereta terpakai
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my



Peraturan bagi lindungi pemilik asal kenderaan

KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kereta terpakai menukar sementara hak milik kenderaan yang dibeli bagi melindungi kepentingan pemilik asal kenderaan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata syarikat terbabit boleh didenda sehingga RM2,000 bagi setiap kereta yang dibeli jika gagal berbuat demikian dalam tempoh seminggu selepas kenderaan itu dibeli.

Beliau berkata, ketika ini syarikat kereta terpakai tidak menukar nama pemilik asal pada geran kenderaan yang dibeli sehingga mendapat pembeli baru kerana tidak mahu menanggung bayaran pertukaran hak milik berjumlah RM100 dan menjalani pemeriksaan Puspakom.

"Ini menimbulkan pelbagai masalah pada pemilik asal apabila kenderaan yang dipandu uji disaman atas kesalahan seperti meletak kenderaan, melebihi had laju, jenayah dan kemalangan," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Bersama Pengedar dan Penjual Kenderaan dan Syarikat Kewangan dan Insurans Zon Timur di sini, semalam.

Solah berkata, JPJ menerima lima aduan setiap bulan membabitkan kes saman atas nama pemilik asal, sedangkan kenderaan itu sudah dijual.

Berdasarkan rekod, 1.3 juta kenderaan ditukar nama setiap tahun, tetapi jumlah yang dipegang pengusaha kereta terpakai tanpa menukar hak milik dianggar melebihi angka itu.

Sehubungan itu, Solah berkata, JPJ akan memperkenalkan inisiatif baru dikenali e-Tukar Milik Sementara akhir tahun ini bagi mengurangkan beban syarikat kereta terbabit dan pada masa sama dapat melindungi kepentingan pemilik asal kenderaan itu.

"Melalui sistem itu, bayaran yang dikenakan lebih rendah dan pertukaran milik sementara juga akan dilaksanakan secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ dan Puspakom," katanya.

Solah berkata, pengenalan sistem itu mendapat sokongan Persekutuan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kereta Terpakai Malaysia yang juga turut mengemukakan cadangan kepada JPJ dan kementerian supaya sistem berkenaan dibangunkan.

Beliau juga berkata, JPJ berusaha meningkatkan sistem penyampaian tahun ini bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, termasuk usaha meningkatkan pendaftaran secara elektronik atau e-daftar.

"Dijangkakan menjelang 1 Julai depan, semua urusan pendaftaran kereta di Semenanjung akan dilaksanakan secara elektronik atau e-daftar dan bukan lagi secara manual. Ini akan diperluas ke Sabah dan Sarawak menjelang tahun depan.

"Selain itu, kita ke arah membangunkan sistem pendaftaran tanpa sempadan, contohnya kenderaan plat Pahang boleh didaftarkan di Kuala Lumpur. Ketika ini JPJ sedang menanti keputusan tender penggantian komputer baru yang lebih canggih menelan kos RM400 juta," katanya.

Beliau berkata, JPJ juga menyediakan beberapa kemudahan termasuk pengeluaran perakuan pendaftaran kenderaan, bayaran balik Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan pindaan data enjin kenderaan dengan hanya mengisi satu borang.

"Kita juga menyediakan kemudahan pembaharuan cukai jalan secara online melalui MyEG, namun sejak dilancarkan pada April tahun lalu, hanya enam peratus menggunakannya, mungkin kerana orang ramai tidak tahu," katanya.

15 comments:

zino said...

masa jual kereta lama tu kita dah sain borang tukar milik tu.. tapi sama ada dealer tu pegi hantar kat JPJ siapa yg tau kan hehe..

kawan zino ada juga yg terkena.. gengster datang rumah tuntut bayar duit kereta sedangkan kereta dia dah jual.. Masaalah nya percaya sangat jual dengan memeber minta dia continue bayar ansuran bank..
tak pasal pasal je..

Chekgu BaniHassim said...

beli kete baru pun susah gak...
kene tgk gak bape tahun nk bayar...

beli yg terpakai ni pun masalah gak...
naik public transport je laa...
huhu

kayteeze said...

Adoi Neeza, ayah kak tie dah kena tipu pasal ni laa.

Dia nak jual keretanya. So, kerani bank tu (pompuan)konon kata nak tolong carikan pembeli. Ayah pun bagilah keretanya..rupanya dah dkt 4 bulan kereta tu dok belakang rumah dia... dan tak bayar ansuran.

Ayah baru tahu bila dapat surat suruh bayar ansuran... hu hu.. sekarang ni masih dok bayar...tolak duit pencen RM100 sebulan utk hutang kereta. Geram rasanya, rasa nak tenyeh2 pompuan tu yang tipu ayah.

Ainur68 said...

oklah tu...dah buat undang2 cam ni amanlah kita sikit kalau nak jual kete lama tu. Tak aderlah kes2 orang kena inaya lagi.

Kujie said...

sepupu kak jie ada kes haru biru..pelik


kereta dia kena curi
dah lagi pelik..pencuri tu bayar tiap bulan..

erk....apa kes ye

nk idupkan roadtax nnt tak boleh...baru lagi..dlm 3 bulan lepas.

aNIe said...

Adik ipar akak dah beberapa kali terkena...asyik kene settle kan kereta yang orang beli tapi tak tukar nama...pastu kene tarik dgn bank...dia yang dpt surat dari bank...menyusahkan betul

Mrs Rafiuddin said...

kengkadang manusia suka menyusahkan orang lain..
memang patut kena tukar hakmilik dengan segera..
sebab macam-macam boleh berlaku.
Nanti pemilik baru main lepas tangan,yang kena pemilik lama ..tak pasal-pasal :)

© Opah De said...

Memang bagus pun sebab takut ooo bila orang datang ketuk pintu. Kalau dia nak tarik kereta tu aje, tak apalah juga tapi mostly berlagak macam samseng. Tu yang takut tu.

Adry said...

beli keta terpakai ker... keta baru kerr semua ada masalah memasing.. yang penting kena hati hati la... hermm

Adry @ http://www.adrysabry.com

Rasyidah Abd. Aziz said...

harap2nya banyak lagi perubahan positif akan berlaku

xiiinam said...

Semua perkara , kena pastikan ada dokumen'hitam dan putih'pada zaman laa ni sbb penipuan tu boleh datang dari pelbagai sudut...ya dak? Kan...

cHeRyNa PiReS said...

sangat setuju...tp cadangan dpt diskaun kalau beli kereta baru and jual kereta lama tuh agak menggusarkan laaa...jd nak beli kereta baru pon kena fikir byk2 kali sbb as it is diorg dah bg diskaun...so, takkan diorg nak bg diskaun 2x kan?

Neeza Shahril said...

Zino,

sekarang kawan makan kawan ramai zino.. biar kita 'gaduh' dulu.. jangan gaduh kemudian kan..

***********************************

Chekgu,

chekgu naik lrt ya gi kerja ;)

***********************************

Kak Tie,

neeza pulak yang geram dengan kerani bank tu.. tak padan dengan pompuan tu.. yang dia letak kereta tu belakang rumah dia buat apa entah ya..

***********************************

Kak Nik,

kesian kan.. dah jual lama.. sekali dapat surat masuk court.. kalau setakat tak bayar takpe lagi.. kot ada kes jenayah je.. bahaya...

***********************************

Kak Jie,

itu pencuri tak guna otak tu.. hehee... Berakal tapi bodoh ;)

***********************************

Kak Anie,

used car dealer ni selalu buat hal... tahu nak untung aje. Yang jadi mangsa owner lama kan..

***********************************

Neeza Shahril said...

As,

betul tu.. pemilik baru seronoklah kalau tak tukar nama.. saman dia tak yah risau.. bayar loan aje untuk elak kereta kena tarik. Kalau dia dah tak nak, dia biar aje kereta tak berbayar kan..

***********************************

Opah,

Neeza takut kalau nampak samseng.. muka aje dah bengis.. kalau ada benda lain kat tangan, isshh... nauzubillah...

***********************************

Adry,

betul tu.. ada jugak kes kereta baru kena tipu dengan dealer..

***********************************

Syidah,

itulah yang kita harapkan.. Insyaallah..

***********************************

CkLah,

betul tu kak.. kena sign, cop, mati stamp hehee.. tapi memang pun. Setakat cakap2 mulut ni tak boleh percaya lagi kan...

***********************************

Sha,

rasanya ada diskaun tu.. harga kereta kat malaysia kan macam harga emas intan berlian kalau nak compare dengan negara lain.. mesti boleh ada diskaun nya.. Insyaallah...

maza said...

saya setuju!

hehhehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin