Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, May 11, 2009

Apa khabar dia agaknya?


Apa khabarlah dia agaknya? Dah hampir 7 bulan kami tak menjenguk dia. Cuma dengar khabar berita saja. Walaupun dia tak seexclusive dan secanggih S280 milik En. R, dia tetap menjadi kesayangan kami. Dia biasa-biasa saja. Dia telah berjasa selama hampir 3 tahun kepada kami (adoiii.. lama lagi nak bayar hutang...:P).

Dia menjadi pilihan Abang setelah digoda salesgirl yang menjadi kontroversi sekejap (tell me bila lah agaknya puan neeza tak suka bertanya macam murai tercabut ekor bila husbandnya bercerita tentang perempuan hehe..). Bila Abang bagi tahu tentang pilihan warnanya, Neeza naik hantu geram. Hodohnya!! buruknya!! Mesti tak cantik tu!! Neeza tak nak!! Suruh salesman tu tukar color lain.. Neeza tak kira.. Neeza tak nak!! Salesman tu kata, tengok dulu puan. Mesti puan berkenan. Setelah dipujuk Abang, Neeza setuju untuk tengok. Sekali pandang, eh! cantiklah pulak! Macam color M*** je hehe walaupun bukanlah M*** pun *blueekk*. Jadi, kami pun setujulah dijodohkan dengan dia.

Sekarang dia berada di rumah adik Neeza dan semestinya dia sangatlah berdebu sebab minah tu tak nak bawak dia dijaga dengan rapi. Terima kasih Dik dan Man kerana sudi menjaga dia.

Gambar dibawah ialah gambar 'dia' yang Neeza ambil masa balik raya last year. Dia duduk disebelah Tok Su. Tok Su ialah nenek tiri Neeza. Tok Su ialah isteri ke 4 arwah Tok Chik - tapi kawin cerai bukannya beristeri 4. Tok Su lah satu-satunya nenek yang Neeza ada sekarang. Nenek kesayangan Neeza (Mok) telah lebih 12 tahun pergi kehadrat Ilahi...

14 comments:

noniey alias said...

mesti dia dijaga dengan baik tu.. walaupun dia ditinggalkan, tetapi dia tetap dikenang.. tu yang penting..hehhee

zino said...

jauh di mata dekat di hati.. hehe

Mrs Rafiuddin said...

nih kes rindu kat kereta ker rindu nak 'PANDU' kereta???hehee

****psssstt
En. R dah ada S320,anak dia bila nak ada yang cam tu ,ala cam tu ,atau hebat lagi dari En R ? :P
Bleh orang disini tumpang naik Pn N & En S punya kereta plak nanti :P
(bila letak En R teringat plak masa exam dulu-dulu.Kalau ada apa-apa soalan kes,mesti guna En A ,En B,En C..Bla..bla bla..)

::ADleez:: said...

huhuhu..
sy pon teringin nak naik S320 yg en.R punye...hehheheh...
tiba2 jer sy pon rasa rindu gaksss kat kancil 850EX tu...ape kabo lah ko wahai...CBV****...w/pun ko kecik tp ko banyak jase...sobsob...;(

WanHidayat said...

Salam akak...suspen gak baca entry nih. Itu KIA kannn...kat Saudi hubby akak pakai apa?. Beli baru kah?, hehehehe.....

Rasanya, akak balik nnti, terus tukar keta lain kannnnn...yang lagik besar kot...

arsaili said...

salam..kia sorento ker ni?

pB said...

kalau rindu , balik lar

Shima said...

hallu..hallu..test 1,2,3..ehhem..!!

khabo baik..(b/p die...)

dh tk lama lg..krg lbh sbln lg dpt la jmpe die..tp yg sedihnya..bila kok dh jmpe je die nnt..kok tk nk naik dgn die..(sian die..)kok nk naik en.Ayoh punye..(takpe la..bagi la can..nnt kang merajuk plk..dh nk lari dr rmh..ishs..ishh..ishh..tk senonoh btul!)

apapun..dun wory kok n abg shahril..cmna kitorg jaga S****** kitorg..cam tu jgk la kitorg jaga O***** kok n abg shahril tuh..

p/s:bersedia berkhidmat!belia benci dadah!

Adry said...

hahaha... rindu kerr kak... balik la jenguuk jenguk...

Adry @ http://www.adrysabry.com

maza said...

Hmm..

Kia Optima..
tak pe,

elok simpan dulu, sbb harga minyak kat msia akan dinaikan lagi..

hehehehe


(maza: pakat naik gerek je lah)

silversarina said...

Pastinya dua masih dijaga dengan baik , usah khuatir, kalau akak yang jaga barulah dia merana ...hehehe.

Nadia Yuna said...

huhu. rindu kete ye kakak =)

** kak, nadia skg mmg a lil bit busy sket, nadia da start mengaja sekolah. sekolah budak lelaki lak tu, pengsan jap nadia, adoiii, dah la kene ajaq form 4, nadia kene study balik, penin gak ah, huhu. by the way, miss u kakak!!!! =) **

Neeza Shahril said...

Noniey,

tanpa dia, tak bergerak lah akak Noniey.. :)

***********************************

Zino,

sentiasa merinduinya.. ;)

***********************************

As,

bijaaaakkkk.. sebenarnya rindu nak drive.. huhuhuuuu...

Pn N dan En S tu dah selesa dengan si dia berdua tu.. tak larat nak bayor hutang lah Pn A.. hehehe..

rindu pulak nak ambik exam kikikikiii..

***********************************

Liza,

S320 En R tu kira rezeki dihari tua.. Alhamdulillah.. walaupun bukan brand new, kira okay la kan...
kereta kita sangatlah kita sayang walaupun tak segagah BMW 7 series kan.. hehehh..

***********************************

Dayat,

kat sini pakai kereta biasa2 sangat. Nissan Latio kalau kat malaysia.. antara kereta yang termurah kat sini hehehh..

Balik nanti? teruskan bayar hutang kot hehee..

***********************************

Arsaili,

bukan.. abang dia.. ;)

***********************************

Kak Pb,

nok balik ni.. hehe..

***********************************

Shimanoseki,

ambooooiiii!!!! tukang jaga dia nih.. baru nok muncul ni.. nak kena piap ni.. hhiiiaapppp!!!!! kekekekekk..

alamak.. sian lah pulok dia.. kata rindu tapi nok naik kereta orang lain.. ish ish.. jangan la dia pulok merajuk hehee..

hehe.. belia sini pun benci dadah!!

***********************************

Adry,

nak balik la nanti nih.. :)

***********************************

Maza,

bila mengenangkan harga minyak, rasa bercinta nak naik kereta kat malaysia..

duit minyak sebulan kami di Malaysia, boleh guna setahun ni disini..

jom kita naik belon!!! hhehee..

***********************************

Kak RIna,

oooo.. Akak ni ala ala driver F1 ke?? hehehee..
tabik kak Rina!!!

***********************************

Nadia,

Alaweiiii... Nadia!! sekolah budak lelaki ke???

habis lah cik Nadia.. asyik kena ngorat dengan students la cam tu.. hehehee..

Best of Luck ya dear... :)

Neeza Shahril said...

DEAR ALL,

silap la sebenornya.. En R bukan ada S320 tapi S280. Baru kena tegur dengan En. S tadi..

Pembetulan dah dibuat..

SOwwwiiiiii :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin