Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, May 23, 2009

Berat sangatlah mak ngah...



Betul lah seperti yang dijangka. Blog Neeza berat (300kg!! hahahaha!!). Bukan berat tu tapi berat sebab sarat dengan macam-macam application. Jadi, semalam, Neeza dah buang 2 application - feedjit (hari tu saja letak tapi lupa nak delete) dan imeem (lagu-lagu yang dulunya complete tapi sekarang ni apa kena entah dah jadi 30 seconds). Jadi, daripada ada tapi menyakitkan telinga sebab dengar lagu tak habis, baik tak payah.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi sebab kenapa blog Neeza bermasalah. Bukan blog Neeza aje tapi ada blog lain juga. Harap-harapnya tak lah berpanjangan sebab tak best lah kan, baca sekerat jalan, terus dapat error message. Dah lah masa untuk blogging Neeza dah kurang sangat sekarang.

Setelah sekian lama, semalam baru lah dapat bukak facebook. Itupun sebab tak boleh bukak blog hehee.. Banyaknya message di facebook (kebanyakannya message untuk group). Ada invitation message reunion untuk pelajar SPM 91 di sekolah lama. Kebetulan masa tu Neeza akan berada di Malaysia. Bestnya!! Insyaallah, kalau takde aral, Neeza nak pergi. (Boleh ye bang.. takpelah, kalau Abang tak nak pergi, Abang duduk lah rumah jaga anak-anak huhuuu...)

No other great stories for today. Stop dulu lah. Nak melawat blog kawan-kawan pulak ;).

Oh ya, sebelum tu, terima kasih ya Ijah atas kiriman kad yang cantik tu. Baru aje dapat sebenarnya. Lupa nak bagi tahu. Heran jugak, kenapalah lembab sangat s@udi post buat kerja. Bila tengok date, terkejut badak jugak lah Neeza hehehe...

16 comments:

© Opah De said...

Nak ikut balikkkkkkkkk.... nak ikuttttttt... uwaaaaaaaaa...

noniey alias said...

la kesiannya.. boleh plak blog pun jadi slow ek. consider brapa alocation tuk 1 blog?

reunion? husband saya pun memang tak bagi saya join. tensi betul.. selalu tak leh join

tchersally said...

Neeza nak balik ?..bila ?

::ADleez:: said...

ooo..g2 citernyerr..
sbb blog liza pon jd g2 gaks semnejak 2 ni..lps tu refresh222
ok dah tu tgknyerrr...
sob2sob..jgn ler ctr nak mesia..sedeyyyy...;(

Chekgu BaniHassim said...

dah ringan ni senang ati sket kan???
takde la malas nk gi jalan, org nk singgah pun tak de prob...

manje said...

salam kak

hehe betul byk application yg buat
blog kite jd 'berat'.. tmbh tak
syok klu nak ngah2 bca tetibe
hanging... huhu

Mrs Rafiuddin said...

baru semalam roy cakap blog akak berat.tu pasal jadi camtu..betul lah tu..hehe
as nih tak tau plak benda2 cam tu effect.yang tau nak bukak nak klik jer,pastu boh entry n gambar2.hehe..

syoknyer reunion.......mesti tak sabar :)

Neeza Shahril said...

Opah,

jom la balik.. kita makan kat kampung baru nak? ;)

***********************************

Noniey,

akak banyak application kat tepi tu noniey.. ;)

tu la.. kalau nak join, banyak syaratnyaa.. hmmmm..

***********************************

Sally,

21 June ni.. Insyaallah..

***********************************

Liza,

akak balik sini, liza pulak balik... akak lah pulak sedey.. dah la tak balik raya.. uuwwaaaa!!!

***********************************

Chekgu,

tu la.. baru lah syok nak surfing.. kalau asyik sangkut, hilang mood :)

***********************************

Manje,

kalau hang, habis semua kena tutup. Tu yang lagi malas sebab berjam2 nak tunggu hehe..

***********************************

As,

memang berat. Tu yang slow je nak download.. akak pun geram bila slow sangat.. kena buang sikit2 benda kat tepi tu hehe..

reunion tu so far, sikit je yang confirm nak pergi...

Mak Teh said...

Pasal ini mak teh tak tau komen, sebab yang mak teh punyapun selalu saja minta tolong orang. Banyak yang mak teh tak faham.

Nasib baik posting gambar dah faham, tapi nak cari gambar tu kat mana-mana yang file-file lain tu masih meraba-raba. Hehehe!

Kujie said...

elok la tu.... mmg betul pun..widget mcm2 tu buat loading lagi lama


blog kak jie telanjang je...tak de apa kat sidebar.

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

2 3 bulan lagi mesti tak raba-raba dah.. mesti pejam mata pun boleh buat.. :)

***********************************

Kak Jie,

best kan cam tu.. takde meleret2 sidebar..

Abahnajwa said...

Haahlah Neeza..lama betul nak load blog Neeza ni...Bagus jugak Neeza buang widget2 yang kurang penting tu..abahpun kena camtu dulu..

Nak balik ek? Bila? Kalau Julai-September bolehlah abah dengan family jumpa Neeza kat kampung..:-)

Nadia Yuna said...

nak jumpa kakak jugakkk

huhu

** betolla kakak. imeem macam ape je. dak xleh play full song. sedih!

silversarina said...

Akak pun dah buang imeem tu, rasa serabut pulak .

Bila balik tu, jangan lupa singgah rumah ye :)

Neeza Shahril said...

Abah,

tu la.. banyak widget bagi blog berat je.. nak bukak pun susah.. neeza tak tahu benda ni dulu. sekarang dah tau :)

neeza ada di malaysia sampai mid july. Kalau ada rezeki boleh jumpa.. Insyaallah...

***********************************

Nadia,

Insyaallah, kalau ada rezeki kita jumpa ya nadia.. :)

imeem dah nak start charge duit agaknya.. hehehe..

***********************************

Kak Rina,

memang serabut ;)

Insyaallah Kak Rina.. rumah akak dekat.. ada rezeki neeza singgah ya.. :)

Arieon Maison said...

Memang eloklah tu buang app yang tak bawa faedah dan buat slow. Hihihi...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin