Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, May 4, 2009

Berhati-hati dengan hadith palsu


Beberapa hari lepas, Neeza terima satu email yang bertajuk "Makanan yang dilarang untuk pengantin perempuan". Kononnya maklumat itu diambil dari hadith Rasulullah s.a.w. Semenjak belajar dan ikuti kelas agama, sedikit sebanyak mengajar Neeza betapa perlunya kita selidiki dulu sumber maklumat. Seperti hadith yang dikepil bersama email tersebut, perawi hadith tu tak pernah Neeza dengar nama mereka. Jadi, email itu Neeza delete saja.

Terima kasih kepada seorang sahabat disini yang telah menanyakan Ustaz tentang kesahihan hdith tersebut. Jawapan Ustaz seperti berikut:

Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitab beliau kumpulan hadis maudhu (palsu); juga dihukumi sebagai hadis maudhu (palsu) oleh Asy-Syaukani dalam kitab Al-Fawaid Al-Majmuah dan juga oleh Al-Albani dalam Silsilah hadis lemah dan Palsu.

Kesimpulannnya hadis ini PALSU.

(Hadis ini disebutkan dengan sanadnya dalam kitab “Al-Amali” atau “Al-Majlis” karya : Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain bin Babawaih (w. 381 H) dan dikubur di Ray di Iran. Beliau termasuk ulama Syiah.



Jadi, sesiapa yang ada menerima email yang mengandungi hadith palsu dibawah, mohon hebahkan kepada rakan-rakan. Neeza ingat pernah dengar sepotong hadith yang maksudnya lebih kurang

"Sesiapa yang mengatakan sesuatu yang bukan datang datang dariku, maka bersedialah dia untuk menempah tempat di neraka".

Maaf, Neeza pun tak sertakan perawi hadith tersebut. Insyaallah, ianya bukanlah hadith palsu. Kalau ada sesiapa yang tahu mengenai hadith di atas, mohon sisipkan di ruangan komen untuk perkongsian semua orang. Terima kasih.


*****************************

MAKLUMAN: INI ADALAH HADITH PALSU


RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dariMujahid daripada Al-Khudri yang berkata :"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali binAbi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalamrumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 )jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a ! bertanya :"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?
(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)." Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak
akan bersih selama-lamanya secara sempurna . Mengenai Coriander (ketumbar) ia
mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkankepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

9 comments:

pB said...

salam adik ja


lonni , kito keno banyok banyok beringat. sebab bendo bendo laguni , banyok di internet.

tokleh baco pah tu terus ca'yor ....


dik , bilo nok balik ??

yginsaf.com said...

salamm akak neeza tewww..

WanHidayat said...

Salam akak...astaghfirullah...

Sekarang ni, mcm2 org akan buat semata-mata nak menyesatkan akidah ummat Islam...

Marilah kita bersama-sama berpesanan....

Kujie said...

pernah dpt 2-3 hadis palsu sebelum ni..berhati2 jela..sbb tu kita kena berguru.

offtopic - neeza...harap2 lebih tabah.... ini ujian , sabar je ye

kak jie baru blk ni..mmg agak sibuk skrg ni..jaga diri ye

zino said...

perlu teliti setiap maklumat yg kita terima .. sebahagian nya dakyah pihak tertentu utk mengelirukan umat islam..

Abang Long said...

Neeza, bila baca entri ini tiba - tiba teringat pernah baca satu artikel oleh seorang ulama hadtih, dimana beliau menyatakan bahawa terdapat 30,000 hadith palsu yang tersebar sekarang. Ini yang memeningkan kepala, sebab ada diantara hadith itu gunapakai dan diceramahkan oleh ulamak kit.

kayteeze said...

Salam Neeza,

Memang banyak sangat benda yang palsu sekarang. Kena selalu berhati2.

l i e y n said...

saya pernah dapat e-mail ni. memang tak amik port apa yang ditulis!

Neeza Shahril said...

Kak Pb,

salam..
Insyaallah, June ni..

***********************************

En me,

salam en meeeee..

***********************************

Dayat,

mereka takut kebenaran terserlah..
sebab tu mereka suka menyesatkan..

***********************************

Kak Jie,

betul Kak Jie, kita perlu berguru.
thanks ya Kak Jie :)

***********************************

Zino,

betul tu. Mereka tak suka Islam berkembang..

***********************************

Abang Long,

tak semua penceramah tu ulamak yang betul ajarannya kan. Ramai orang sesuka hati quotes hadith tanpa perawi sah. Sangat bahaya..

***********************************

Kak Tie,

betul tu Kak Tie.. kita kena check dulu sumber kan..

***********************************

Lieyn,

elok gak cam tu sebab yang ni memang takleh diterima..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin