Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, May 14, 2009

Cerita si bunga lawang (star anise)



Semalam Neeza masak kuah soto (orang disana tu, jangan terliur ya sebab bukan buat meehoon soto pun. Ni kes nak menghabiskan nasi impit yang lembik lontek hari tu. Begedil pun takde. Sempoi habis. Nanti kalau kita buat meehoon soto, kita hello hello ya *wink*).

Bau apa kuat sangat ni?

Takde apa lah. Semua benda biasa je..

Cuba cakap apa yang Neeza letak dalam ni..
(ambooooiiii.. macam dia pulak chef ya..).

Lengkuas, halia, bawang bla bla bla... bunga lawang....

Haa!!!! tu la dia.. bunga lawang! Lain kali letak sikit aje. Tak payah letak pun takpe. Kalau nak letak jugak, satu kelopak tu je
(dia cakap lain tapi maksudnya cam tu lah).

Hidung big boss Neeza memang sangat sensitif dengan bunga lawang. Neeza pun heran sebab kalau Neeza lah, tak dapat beza sangat bau rempah kasar tu. Then dia pun cerita (walaupun itu dah entah keberapa kali Neeza dengar).

Masa zaman belajar dia dulu, ada seorang housemate dia ni suka sangat guna bunga lawang dalam masakan dia. Semua jenis masakan yang dia buat mesti letak bunga lawang sama ada sup, masak berlada, masak lemak. Pendek kata, semuanya dia letak bunga lawang dan dalam kuantiti yang banyak pulak tu.

Habis tu, orang lain tak kata apa ke?

Abang buat diam aje tapi makan sikit je lah. Kalau Abang yang masak, mesti habis diorang makan!

Ek Eleh!! perasaannnnn..

Biasalah, Abang masak sambal je selalu..
(masak berlada)

Sabor je lah big boss ni tau. Susah lah macam ni. Sebab tu lah bunga lawang kat rumah Neeza susah nak luak...

Kepada big boss, sorry lah termasuk pulak cerita ni kat sini. Jangan marah tau nanti kena jual! Kalau nak masukkan cerita ni dalam blog sendiri boleh aje tapi... ada orang baca ke blog tu?? kwang kwang kwang...

Kepada kawan big boss tu (kalau lah dia salah seorang reader blog ni), itu cerita lama kan. Mungkin sekarang, dia dah tak gunakan bunga lawang lagi. Ye lah kan.. dah ada orang lain masakkan untuk dia. Tak payahlah dia masak heheh..

21 comments:

Abang Long said...

Bunga Lawang. Star Anise.

Hehehehe .... masih ku ingat sewaktu kecil, Abang long panggil 'Bunga Star'.

maza said...

maza suka sup berempah ni. hehhehe

kasik 'power' gitew...bisa berpeluh na...

hehehhehe

Neeza Shahril said...

Abang Long,

Okay lah tu.. combine melayu ENglish hehe..

***********************************

Maza,

boleh ganti dengan lari 100 meter kot peluh dia kan.. ;)

tchersally said...

Sally suka masak sup letak spices nih..naik bau aromanye..sedap tu soto..beehoon..bergedil..soon goreng..sambal kicap..bawang goreng..telur rebus..isi ayam..daun sup&bawang..fuhhh..berpeluh makan..

kuIna LadyInRed said...

ehhh len kali masukkn bunga mawar lak... mesti wangi..

silversarina said...

Kira bos neeza dah pakar bau bunga lawang , tu yang tau je ada bau yang terlebih dari biasa, tapi akak suka baunya , mungkin sebab terlebih tu kot baunya jadi kurang enak .

yginsaf.com said...

mee hoon soto best jugerrr..

Neeza Shahril said...

Sally,

alamakkk.. kena buat meehoon soto cam ni... tunggu rajin sikit hehe..

***********************************

Kuina,

hahah!!! betul tu... bunga mawar, bunga orkid.. hehe..

***********************************

Kak Rina,

neeza letak sikit aje.. dan neeza rasa, okay je bau tu hehee..
tapi dia ni dah phobia kot.. :D

***********************************

En Me,

boleh masak tak?? heheh..

MULAN said...

bunga lawang banyak no hal la.. sedap tu..

Zabs said...

Salam Neeza,
Hidung saya sensitif juga. Tapi so far, apa je rempah ratus yang isteri masak, baunya tak sakitkan hidung pun. Syiook je bau harum dan menyelerakan...hahaha.....

cikgu_math said...

Ooo...CM tak suka benda ni...
kalau letak pun...satu kelopak jer untuk sekali memasak!

::ADleez:: said...

sy pon minat yg rempah2 nie...
bese masak sup ka..kuah soto ka taruk sekuntum je bunga lawang ni...sbb rempah 4 beradik tu klu taruk byk2 nnt rs pijar jerrr...

Neeza Shahril said...

Mulan,

tapi big boss tu tak suka.. :)

***********************************

Pak Zabs,

itu namanya sayang isteri tanpa sempadan heheh...

***********************************

Cikgu Math,

hahaha!! boleh lah gang dengan big boss neeza hehee..

***********************************

Liza,

akak letak sikit je tapi still dia sensitif hidung.. susoh sungguh.. :D

Mak Teh said...

Bunga lawang mak teh suka dalam masakan yang pakai daging seperti kari daging, kurma daging atau rendang daging. Mak teh tak suka bunga cengkih.

zino said...

asalkan podeh den goma lah makan hehe

Mrs Rafiuddin said...

hehe..bleh kawan ngan big boss rumah nih la
dia pun tak suka benor rempah2 nih..
paling anti bunga cengkih..hee
biasa kalau masak sup ker kari ker rendang ker,memang tak letak
tapi kengkadang curik-curik letak..nak bagi sedap :P

Kujie said...

Neeza...tiba2 teringt

Susur keluar kat Shah Alam ( area nak ke Komplek PKNS ) ada bulatan dan susur keluar ke Federal Highway tu...dikenali dgn Bulatan Bunga Lawang...bersimpang siru mcm tu la...

tu panggilan kami2 aje la..org lain tatau la sebab kalau tengok dari atas macam bunga lawang

MAMAMIA said...

Kat rumah kami pun, all these bunga lawang, cengkih dll susah nak luak. Sebab akak pun selalu masak sambal berlada aje....

Nadia Yuna said...

Bunga lawang. huhu. dulu masa kekecik suka main bunga lawang letak kat rambut. sebab cantik. skg da besaq kalau buat lagi mau kena pelekong ngan mama. hehehe

=p

aNIe said...

Neeza...akak yang dah lama memasak ni pun tak dpt nak bezakan bau bunga lawang tu...akak kalau masak...main masuk aje...hehehhe...

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

neeza main letak aje sebab tak reti nak beza.. tapi kalau tergigit, memang la akan ternganga sekejap la mulut hehee..

***********************************

Zino,

den pon goma makanan podeh hahaha!!

***********************************

As,

hehee.. memang sama le tu.. kalau boleh tak letak, dia tak nak kasi letak langsung.. sabor je laaa...

kita kena letak yang serbuk kot baru tak nampak hehe..

***********************************

Kak Jie,

kat kuantan ada persimpangan bunga cengkih kalau tak silap.. walaupun takde lah rupa bunga cengkih pun hehee..

***********************************

Kak Mamamia,

boleh geng dengan big boss neeza sebab dia sangatlah gemornya masak berlada.. :D

***********************************

Nadia,

ooo.. haah kan.. rupa dia cantik.. tapi keras.. sekarang ni boleh la letak bunga rose pulak ;)

***********************************

Kak Anie,

sama lah Neeza ni kan.. yang neeza tahu, letak aje.. kalau suruh beza kan bau, memang fail ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin