Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, May 7, 2009

Hari-hari yang letih... *sigh*



Ehemmm.. tak baik mengeluh. Baiklah. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Neeza masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Segala apa yang berlaku itu hanyalah dugaan dari Allah. Berkali-kali Neeza perlu ingatkan diri sendiri, Allah hanya menguji hambanya dengan ujian yang mampu dia tangani. Neeza juga kena ingat, hanya orang-orang disayangi Allah menerima ujian dariNya. Jadi, bersabarlah wahai Neeza.

Agak penat sebenarnya bila perlu berulang-alik dari rumah ke hospital. Jaraknya agak jauh tapi disebabkan jalan agak lancar, jangkamasa perjalanan adalah dalam 15-20 minit. Baru-baru ni, jalan biasa yang kami lalu untuk ke hospital tutup pulak. Ada constuction apa entah. Jadi, kami kena lalu jalan lain yang agak berbelit (sebab tak straight hehee..).



Keadaan Sumeyyah bertambah baik. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, dia perlu complete nebulization dose tu. Kalau ikut schedule, petang esok is the last dose. Sabtu, doctor mintak kami buat follow up visit. Semoga Sumeyyah sembuh sepenuhnya. Kalau tidak, ada yang kena marah lagi huhuu.. Ventolin syrup doctor ada bagi. Neeza bagi Sumeyyah tapi budak kecik yang perangainya sama macam kakak dan abangnya masa kecil tu, diludahnya balik ubat. Dia tak telan. Terpaksalah Neeza letak syringe tu dalam sikit dalam mulut dia. Itupun ada jugak yang keluar. Takpelah tu. Asalkan ada yang masuk.




Bila dah berulang-alik ni, masa pun agak kurang untuk benda lain. Untung juga hari ni dan esok ialah weekend. Jadi, tak perlulah Abah Sumeyyah berkejar antara rumah-hospital-company. Kesian jugak kalau macam tu.

Esok kami di Jubail ada gathering beramai-ramai untuk rakyat Malaysia - Satay party. Malam ni, sesiapa yang ditugaskan untuk memotong daging dan ayam perlu menghantar bahan mentah berkenaan untuk dimarinate. Semoga esok, dapatlah makan sate yang dah dimasak. Tak lah macam dulu tu. Sate dibawak balik sebab terover banyak food tak habis. Orang pun takde mood nak bakar sate (ke sebab tiada siapa nak bakar? alamak, silap isu lah pulak *wink*)

19 comments:

Kak Elle said...

tengok mask tu mcm org dewasa punya neeza...yg kanak2 punya takde ke?

zany said...

kesian sumeyyah, cepat sihat okay.
dah besar pun dia, cute sangat dah

Mak Teh said...

Itulah kerja kami dulu-dulu, asyik berulang pergi hospital saja. Tapi lama-kelamaan mak teh dah jadi terrer sikit sebab paediatrician kami tu bagus dia menerangkan satu persatu penyakit anak-anak itu dan cara nak take care.

Lepas tu sekadar deman selsema dan batuk mak teh dah boleh boleh beri ubat sendiri yang penuh siap tersedia dalam fridge.

Sebenarnya kena pandai jaga sewaktu dia mula kena selsema dan batuk supaya tidak melarat jadi brochitis. Kemudian kalau melarat lagi jadilah lelah atau athsma.

Semoga Neeza sabar menjaga anak-anak ketika mereka sakit dan semoga Sumeyyah cepat sembuh!

yginsaf.com said...

sate tewww.. sodapnyerrr

tchersally said...

alaaa sayaaang Sumeyyah tu..sian Sally tgk..kalau tgk budak2 kecik tak sihat ni..hati mudah terusik..Sally doakan Sumeyyah lekas sembuh..sembuh sepenuhnya..InsyaAllah..
Sabar ya Neeza dan baba Sumeyyah..

zino said...

kesian nya bila baby kena astma ni.. si hazwan tu dah mula batuk2 tu.. silap hari bulan sat lagi pun nak ke spital pusrawi..

::ADleez:: said...

hope cepat sembuh...n jgn culas mkn ubat macam...macam sape erk?????hehhehe

nj said...

neeza...
musim skrg tak berapa elok jugak utk anak-anak kecil...InsyaAllah Sumeyyah akan sembuh cepat ye...
W/pun norma tak berapa sihat...nak pegi jugak makan satay esok...penat potong ayam tuuu...

mother of two said...

semoga little sumeyyah cepat sembuh yer.. sy takleh tgk gmbr dia lama2 rasa terharu pulak.

Mrs Rafiuddin said...

moga cepat sembuh yer chomey!!
nanti bleh main ngan zahraa :)

silversarina said...

Semoga Sumeyyah segera sembuh, InsyaAllah.

Party satay...sedapnya, lama tak pekena satay kajang :)

Adry said...

kesiannyaa... semoga Sumeyyah cepat sembuh!!! sabar jerr kak..

Ainur68 said...

Camtu lah jadi emak...tak kehabisan letihnya. Bayangkan emak2 kita membesarkan kita adik beradik dalam serba kekurangan. Sempena Hari Ibu nanti marilah kita raikan dengan mereka. Paling kurang dah jauh2 mcm ni, kita telefonlah mereka.
Oh ya...pasal bagi anak makan ubat pakai syringe tu, lain kali kita letak jari kelingking tepi mulut baby sebelum masuk syringe tu. Bila ubat tu dah habis baru kita keluarkan jari. Utk umur Sumeyyah tu boleh lah pakai taktik tu....tapi kalau dah ada gigi, putus jari emak ayah jawabnya! Hahaha....

maza said...

dua hari lepas, jam 4.00 pagi, maza telah dikejarkan ke hospital...

dan akhirnya maza terpaksa memakai nozzle itu... aderkk.. dah sama mcm baby tu gak...

huhuhu

jam 6.00 pagi hari yg sama, maza discharge...

sekali maza kena semput lah.. uhuk uhuk uhuk!

dah lama tak kena lelah, tetiba menyerang..kata doktor mungkin disebabkan panas dan demam keterlaluan.. huhh

skrg ni pn masih batuk2 dan berkahak.. aderkkkk

abanglong said...

salam datin...

laaaama tak singgah blog ni.

siaaan baby.. we all pray for her.

kayteeze said...

Kesian kat baby Sumeyyah....

Tak pe...dia kuat tu, nanti sihatlah kembali.

Sekarang ni memang cepat letih. Panas semacam. Tadi petang hujan lebat betul. Kak tie takut lak. Ni dah henti. Kat Saudi tak hujan ke ??

elisataufik said...

sorry lama tak menjenguk.. internet dok leh harap lenning.

Hopefully Sumeyyah dah pulih ya. Dah nampak besar dah!

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

tu the smallest kak Elle.. diorang kedekut nak beli yang kecik lagi..

***********************************

Kak Zany,

thanks kak zany.. neeza pun risau tengok dia dok batuk-batuk..

***********************************

Mak Teh,

Neeza pun mintak sangat supaya dia tak melarat Mak Teh. Kalau dah kena asthma susah kan..

thanks ya Mak Teh..

***********************************

En. Me,

jom la joiiinnnn... :D

***********************************

Sally,

thanks ya Sally..
tolong doakan dia sihat ya..

***********************************

Zino,

orang tua pandai buang phlegm. Baby tak reti kan..

***********************************

Liza,

yang culas makan ubat tu.. Auntie Liza lah kot hehee..

***********************************

Norma,

sekarang banyak dust kan.. baby kecil tak reti nak adapt lagi..

***********************************

Shiela,

thanks ya.. sedih kan tengok baby kena cam tu..

Neeza Shahril said...

As,

tunggu Sumeyyah sihat, baru boleh main.. taknak spread germs nanti.. sian kat zahraa pulak.

***********************************

Kak Rina,

thanks ya kak..
memang sedap satay tu.. :)

***********************************

Adry,

thanks Adry..

***********************************

Kak Nik,

hahaha!!! tak boleh Neeza imagine kalau buat tactic cam tu pada Shahmey.. Mahu meraung Abah Ummi kena gigit dengan Shahmey.. hehe..

***********************************

Maza,

alaaa.. keciannya dia.. susah jugak bila kena semput ni kan. Bantuan segera sangat penting..

semoga Maza cepat sembuh..

***********************************

Abanglong,

salam tan sri.. heheh..
thanks ya..

***********************************

Kak Tie,

dah lama tak hujan kak..
sekarang ni kering dan berdebu saja..

***********************************

Elisa,

kejap je dia besar.. baju aunt Elisa bagi pun dah muat :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin