Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, May 25, 2009

Kerepek 'Ninja'



Sebelum keluarga kami berpindah ke Terengganu, Neeza tak pernah makan mahupun kenal dengan kerepek ni. Nama sebenarnya lain tapi kami panggil Kerepek 'ninja'. Errr.. takde kena mengena dengan pahlawan ninja bajasakti mahupun ninja turtle ya tuan puan. Tak tahulah kenapa orang kat sana panggil macam tu. 'Slang' lah rasanya ;)

Lepas Ma Neeza buat business kecil-kecilan jual kerepek 'ninja' ni, lagi lah Neeza suka makan kerepek yang lemak lemak pahit ni. Ramai orang tak suka tapi Neeza sukeeeeeeeee sangat hehee..

Semalam dan hari ni Neeza makan kerepek ini yang digoreng oleh dot dot dot (takleh cakap sape sebab nanti orang kata Neeza malas walaupun memang Neeza malas nak goreng sendiri pun :P). Kerepek / Emping belinjau (nama sebenar dia lah rasanya) ini telah dibagi kepada Neeza oleh Z. Terima kasih ya Z. Dah lama dia bagi... errrr dalam 2 bulan dah kot tapi baru lah kelmarin digoreng oleh dot dot dot tu. Terima kasih dot dot dot... :)

Jadi, kepada sesiapa yang ada tanam pokok belinjau ni kat belakang rumah dia dan rajin pulak buat kerepeknya, jangan lah lupakan Neeza ni ya... kikikikiiii...

ini lah rupa pokoknya - gambar pinjam dari pemancingikan.fotopages.com/?entry=1297184


26 comments:

Mak Teh said...

Neeza,

Betul, ini kerepek belinjau dan rasanya lemak-lemak kepahitan. Kami yang berasal dari utara dulu-dulu tak pernah kenal atau makan kerepek jenis ini.

Pak haji baru nak cuba tanam pokok ini. Dia ambil benih dari penjual di Pasar Tani. Bukan Pak haji nak tanam belakang rumah. Tak ada tempat di belakang rumah untuk tanam pokok . Saja Pak haji hobi dia buat benih pokok-pokok unusual.

Tapi manalah tau, mungkin lima tahun lagi kami ada pokok ini dalam kawasan sekolah kami !

Yummy Yum said...

eh..saya pun suka gak mengudap kerepek ni...lemak2 pahit

maza said...

maza lupa bila masanya maza makan bendalah ini...

tapi rasanya pernah makan ko?

nantilah maza tanyakan pada emak maza, tak pun tanya org dalam perut ni ha!

wakakaka

MULAN said...

sedaaaaappppp taaaauuu..!!

Rasyidah Abd. Aziz said...

betul la belinjau tu...dah lama tak makan, sekarang susah nak cari wooo

l i e y n said...

ninja bajasakti????
hahahahahhahaha
rasa macam pernah makan, tapi tak pernah tau nama kerepek ni...
ok pe rasa nya!!

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

agaknya kerepek ni famous belah2 pantai kot.. di Indonesia banyak Mak Teh.. kat sini ada dijual yang diimport dari sana.. harganya boleh tahan heheh..

errr.. kalau berbuah kat sekolah Mak Teh tu boleh la Neeza pergi tolong petik ya hehehe..

***********************************

Yam,

sedap kan... ralit je kalau makan.. tak sedor dah habis sebalang hahaha!!!

***********************************

Maza,

orang dalam perut?? cacing ke tu?? hehehe...

kira pernah aje lah maza.. kihkihki..

***********************************

Mulan,

memang lah sedapppp kan.. :)

***********************************

Syida,

sini banyak gak.. import dari Indon.. harganya.. boleh la tahan mahal huhuu..

***********************************

Lieyn,

bagi kita okaylah kot.. bagi yang tak suka, mesti kata kerepek apa lah pahit.. hehee..

::ADleez:: said...

oo.
ni pon ana sukalah...
ente mkn x pelawa ana..laen kali..kasi htrlah...hhehe
dl mase kecik2 sy suke main lastik burung..pas2 jumpe pokok belinjau ni...brg pon mkn buah yg kaler merah tuu...main kutip2 buahnyer...pas2 main pondok2...ishhh.syok r...
bile sy nak blk kampung ni...rindu nak lastik burung....;(

Kak Elle said...

empeng belinjau mmg sedap skg ada yg sudah di goreng celup ngan cili..lagi sedapppppppp

Ummi365 said...

i lurve this neeza.. sebalang ummi boleh habiskan sorang2.. makan ni terlagi2 dibuatnya. rasanya lemak2 pahit kan.

MAMAMIA said...

Akak suka kerepek ni... First time tengok gambar pokoknya, tak tahu pun rupanya cam gitu. Tahu makan aje....

mother of two said...

kak neeza,
rasa mcm pernah makan.. tapi tak ingat. rasa kelat2 skit kan.. ooo import dari terengganu ker nie

noniey alias said...

memang sedap kerepek ni tapi skrang ni dah susah dah nak jumpa.. ingat dulu masa arwah nenek ada je boleh makan kerepek itu..

Raihah Rosli said...

oooo...
keropok ni mmg sedap...pahit2 lemak...sedap sgguh utk ngunyah2.
sy pggil keropok pahit tp mak ayh sy pggil kopok binjai....kalo x silap la...
selalu beli balik kampong kat tganu.

maklang said...

kalau kerepek ni paklang memang suka..isteri dia pun suka tau...

hartini said...

Kak Neeza saya tak pernah makan la kerepek tu. First time tengok ni.

ibusinga said...

sedap..tapi pahit masa mula2 makan kan...
ada org cerita..cara buat nya..buah belinjau tu di ketuk till leper n dijemur..
baru tau rupa pokoknya camna...

Abang Long said...

Neeza, emping belinjau (ikut slanga Jawa Barat - Emping Belinjo) memang sedap. Di Singapura ianya dibungkus begitu profesional dalam balang kecil yang berukir dan rasanya memang sedap, harganya pun berpatutan, cuma $10. Cuba tanya pada Kak Elle Singapore.

tchersally said...

Sally pun suka kerepek nih..sedap..ade rasa pahit2 sikit..tak jemu makan..

WanHidayat said...

Salam akak,

Dayat pun suka kerepek nih.............tak tahu nape. MMg ramai yang brapa suka sebab dia pahit2...tapi mmg sedap....

Dah lama sungguh tak makan kerepek tuh....bila lagik..tunggu bulan 7 nak balik Kuantan....

pB said...

ni namonyor keropok malenja ...

kak pB tok brapo suko sebabturasonya ala ala pahit giu

aNIe said...

Neeza...akak sukaaaaaaaa sgt keropok tu...kalau jumpa dijual kat mana2 pun akak akan beli biar pun rasanya kepahit2an...tapi lemaknya yang buatkan ianya sedap

Mrs Rafiuddin said...

tak suka keropok nih,sebab pahit..kikiki

Neeza Shahril said...

Liza,

dah habis pun.. akak makan sengsorang jeee.. hehee..

jom balik kampung, kita lastic burungggg..!!!!

***********************************

Kak Elle,

waaa.. macam keropok celup cili la tu.. hmmm.. nak kena cari ni :)

***********************************

Kak Ummi,

high 5!!!
tapi kan, kalau neeza makan dengan kak ummi, nanti neeza dapat sikit sebab mesti kak ummi makan banyak.. hehee..

***********************************

Kak Mamamia,

Neeza selalu tengok pokok dia ni.. di kampung Neeza memang banyak pokok ni.. merata-rata.. cuma buahnya orang malas nak kutip sebab proses nak buat leceh kan..

***********************************

Shila,

memang pahit2 lemak rasa dia shila.. kawan akak tu beli kat kampung dia rasanya.. yang pasti kampung dia bukan terengganu.. ;)

***********************************

Noniey,

ada jual tapi harganya mahal.. kebanyakkannya datang dari Indonesia yang ada kat malaysia tu.. memang nak buat leceh.. kena goreng, then tumbuk bagi leper.. ;)

***********************************

Raihah,

haah.. ada yang panggil binjai.. ada yang panggil ninja.. mana satu entah hehehe..
memang banyak kat binjai pun.. :D

***********************************

Maklang,

kat rumah ni, neeza je yang suka.. shahril tak minat.. kerepek jawa kata dia.. sabor je la.. hehe..

***********************************

Tini,

cari la.. tapi kalau tak biasa mungkin tak suka tini sebab pahit..

***********************************

Ibusinga,

betul tu.. macam tu lah cara buat dia.. neeza pernah tengok ma neeza buat.. tapi nampak sangat leceh sebab kalau lambat ketuk, dia keras..

***********************************

Abang Long,

menarik bunyinya.. orang singapore memang pandai commercialkan barang makan kan...
kak elle dah kata tu.. dia pernah makan :)

***********************************

Sally,

sedap kan.. cam tu, boleh la kawan dengan neeza.. tapi sally kena makan sikit je tau.. hahaha!!

***********************************

Dayat,

kat kuantan ada jual kerepek ni.. yang mentah punya.. kalau tak jumpa, cari kat kemaman.. ada jugak yang mentah.. sedap kan :)

***********************************

Kak Pb,

betul tu.. ado jugok oghae panggey ggitu.. malenja.. memae pahit tapi sedappp.. ;)

***********************************

Kak Anie,

haah la kan kak Anie.. neeza rasa sebab ianya lemak tu yang buatkan ianya rasa sedap.. kalau makan, memang tak jemu...

***********************************

As,

bagus jugak As tak suka... kalau As jumpa kerepek ni, boleh bagi akak.. hehehee...

silversarina said...

OOO first time tengok buah belinjau...kerepek ni agk pahit , kami tak pandai makan .


(Akak dah cuba masuk blog neeza semalam , payahnya nak dapat )

nj said...

neeza...
kami panggil malinjar...sama je lebih kurang bunyinya...tak silap pernah nampak kat Sameway atau Panda besar tu...Sedap gak sekali sekala makan tu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin