Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, May 24, 2009

Nyawa yang murah



Dalam bas masa balik dari sekolah tadi, Pak Rahman cerita ada 3 orang pekerja buruh binaan terbunuh di jalan raya yang tak berapa sibuk bersebelahan dengan sekolah tempat Neeza belajar. Mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu warga saudi sendiri. Kata Pak Rahman, warga saudi tu memandu dengan teramat laju sebab terlambat ke tempat kerja (cerita tu pun datang dari kawan dia).

Kalau ikutkan, logik lah sebab kalau tak laju, memang susah untuk melanggar sehingga mati serta merta dan 3 orang sekaligus pulak tu. Jalan tu memang lah selalu lengang sebenarnya. Bila kelam kabut dia tak perasan ada orang tengah bekerja di tepi jalan lah. Agaknya lah. Neeza pun bukan lah witness kejadian pun. Tak pasal-pasal pulak Neeza jadi tukang penambah perisa cerita tu.

Neeza tanya Pak Rahman (sebab dia dah lama di saudi ni), selalunya apa hukuman bagi kes macam tu. Katanya orang yang melanggar tu perlu bayar ganti rugi kepada keluarga mangsa dalam SR60K - SR100K. Ianya bergantung kepada siapa yang dilanggar. Kalau warga saudi yang dilanggar, gantirugi yag perlu dibayar lebih tinggi. Kalau orang luar, murah saja.

Macam tu lah. Kiranya nyawa kami yang merantau ni murah saja lah agaknya. Tapi Neeza rasa, ianya mungkin bergantung kepada dari mana orang itu. Kalau orang itu hanyalah pekerja buruh datang dari negara yang tak berapa maju tu, mungkin kuranglah nilainya sebab possibility untuk keluarga mereka upah lawyer bawak kes ke mahkamah amatlah kurang. Kalau orang lain yang mampu untuk upah lawyer dan tahu perihal undang-undang ni, mereka gerun lah sikit. Kalau di Malaysia, kes langgar mati sebab cuai ni membawa hukuman mati kan. Betul ke?

18 comments:

::ADleez:: said...

yuhuuu...1st..
ye ke..betol la...ntah undang2 ape yg dieorg pakai kt cni...seme leh cover ngan duit...:(

nj said...

Neeza...
Norma sokmo kasihan nengokkan pekerja2 buruh ni especially kat Jubail ni. Sanggup tinggal keluarga lama-lama demi kerja dan sara hidup. Bila kes dah mati cam gini, bgmana la keadaan keluarga mrk kat kampung ye.

maza said...

hmm bab kat mesia memandu cuai dan menyebabkan kematian org lain .. maza kurang pereksa lah pulak..

tapi setahu maza, cuma kena gantung lesen memandu samada seumur hidup atau lima tahun aje.. tengok betapa berat kesnya..

kendian, masuk penjara.. tapi tak pasti berapa lama.. huhuhu

pendek kata lah, hati2 di jalan raya..

kes bila org foreigner terlibat apa2 kecelakan dan kemalangan di negara asing memang diremeh temehkan.. kecuali org yg kena malang itu adalah somebody.. like VIP..

kalau macam den ni.. hmm.. silap2 cakap den pun tak laku..huhuhu

(cth kes: den xcdnt tahun lopeh pun tak settle2 kes laie.. huhuu..sedih wooo)

Nini Marini said...

Salam akak!!

Hehe.lamanye Nini tak mengomen kat sini.insyaAllah lepas ni kalau Nini aktif di Destiny, bolehlah Nini menyinggah dan mengomen selalu.

Apa agaknye khabar anak² akak ye.?

Huhu.

Pasal kes langgar lari sampai mati tu, Nini taktahu pulak kat msia ape hukumannye.

Tapi dahsyat eh kat sane.boleh pulak harga gantirugi berbeza ikut warganegara.

Isk².Takmo g saudilah gini.
=)

zany said...

kat malaysia, kalau tak salah kena penjara je. itupun dah kira berat juga tu. tapi kepada yang kehilangan keluarga lagilah berat menanggung kesusahan.
ngeri dengar eksiden teruk-teruk ni. Nauzubillah.

Nadia Yuna said...

uih..
mcm tu plak ye.
patutnya hukum la berat sket
mcm diskriminasi je

=|

Neeza Shahril said...

Liza,

uuwwaaaa!!! blog akak ni tak ramai pun datang comment la liza.. sedih plak.. :)

baru akak tahu, diaorang panggil money blood... bayar harga nyawa kepada keluarga simati.. bagus jugak gitu kan..

***********************************

Norma,

bila fikir balik, mungkin a blessing in disguise.. kalau dia hidup, agaknya berapa lama dia nak kumpul 60K tu kan.. ni duit tu boleh jugak bagi kat family dia..

Memang nyawa tak dapat diganti dengan duit pun sebenarnya.. kesedihan tu tak dapat digambarkan kan..

***********************************

Maza,

itu untuk pesalah lah kan.. tensen gak kena gantung lesen seumur hidup tu.. kena cari driver lah nampaknya hehe.. kalau kena jail lagi satu hal..

tapi kan.. pada keluarga si mati, takde pampasan ke yek? kesian jugak kan.. hilang breadwinner..

rasanya orang malaysia 'mahal' di mata saudi ni.. :). malaysia baguuussssssss... tu yang diorang selalu cakap (yang reti cakap melayu laaa..)

***********************************

Salam Nini,

Alhamdulillah.. akak dan anak2 semua sihat.. semoga Nini juga begitu..

Nini, negara mereka ni memang merajakan rakyat tempatan. Kadang geram jugak tengok rakyat mereka yang malas bekerja ni.. duit nak je.. tapi nak buat camana kan.. kami mencari rezeki disini..

Nini kena pergi saudi jugak tau satu hari nanti, bila ada rezeki.. ;). Insyaallah, tak akan jadi benda macam tu...

***********************************

Kak Zany,

penjara cuma deter orang dari buat salah kan.. kepada keluarga si mati tu takde pampasan ke kak? macam hilang punca pendapatan kan...

kat sini selalu jadi accident.. bezanya ada yang teruk dan ada yang tak teruk je..

***********************************

Nadia,

hukuman penjara tu wajib rasanya bagi pesalah tapi itupun tengok jugak.. kalau orang tu berpengaruh, mungkin lepas.. gantirugi tu untuk keluarga si mati...

Mrs Rafiuddin said...

murahnya nyawa...
memang takut dengan diaorg nih yang bawak keta laju gila..
memang sentiasa kena berhati-hati kan,expecially kids..risau jer..
maklumlah,kita perantau...

memanglumayan said...

hi kak neeza.. salamms dr me dikejauhannns.. jgn kena langgar lari one uoolss..

silversarina said...

Bagi bangsa arab memang biasalah sifat mereka boss dan orang lain kuli sebab tu nyawa orang lain macam kurang harga .

Jaga diri baik2 semasa di jalanraya.

noniey alias said...

ada pulak camtu.. betul lah cakap kak neeza.. nyawa manusia ni jadi mainan plak.. macam filem2 bollywood plak..

l i e y n said...

kalau kat msia kena bicara gak kan?
boleh dok dlm jail...
kesiannya....
pada diaorang money is everything ke?

Abang Long said...

Maaf, dari dulu lagi Abang long memang tidak minat dengan orang dari Saudi Arab. Kelihatan BODOH SOMBONG. Cuba fikirkan nasib umat Islam Palestin dan Hizbullah Lubnan. Apa bantuan dari Keluarga Saud ? Salah satunya sebab mereka tidak pandang nyawa.

ibusinga said...

tsk..tsk.tsk...
bayar je gitu kat famili si mati..
tak de dakwa2 kat court..
so..abih camtu je lah..
kalau orang kaya yg langgar..sain je check..setel..

Neeza Shahril said...

As,

baru ni akak and Shahril nak load barang kat Panda. Sekali ada 4WD ni lalu dengan laju yang teramat. Macam kat formula 1. Gilos sungguh laa.. nasib baik la takde anak2 kecil kat situ. Kalau tidak.. nauzubillah... padahal mat tu nak pergi tempat parking je. Memang kurang pelajaran kan..

***********************************

En. Me,

yang itu lah paling tak nak.. dah langgar, lari pulak.. langsung tak dapat apa..

***********************************

Kak Rina,

diaorang rasa nyawa diorang je penting, orang lain tak kisah sangat pun.. sebab tu certain of them tak kisah pun anak masing2 baling kereta orang..

***********************************

Noniey,

bangsa diorang pun ada yang kena cam tu.. ingat tak kes yang bunuh dah cincang kecil2 yang akak pernah tulis dulu? ngeri kan..

***********************************

Lieyn,

itu pampasan untuk keluarga. PEsalah tu memang akan ada hukuman lain.. cumanya.. jumlah pampasan bergantung kepada siapa yang jadi mangsa tu..

***********************************

Abang Long,

duit senang bagi mereka.. jadi, hati perut ni kurang sikit..
tapi one thing, mereka sangat lah pandang tinggi dengan warga berkulit putih yang datang dari sinuunnnn... ;)

***********************************

Ibusinga,

1 malam wajib kena duduk lokap kalau kes jalanraya ni. Lepas tu, tak tahu lah pulak. Pampasan tu untuk keluarga simati..

Lollies said...

bayar wang is call blood money or addiyat. It has been a practice and being carried out even during the prophet s.a.w.

Tapik kalau tak salah saya di qatar, blood money kena bayar tapi dakwa kat court pun kena gak. recent case, kerana kecuaian yang bawa kereta tu hukum mati. tapi tak follow detail pulak so tak sure.

we have our car insured for the puropos of blood money according to the number of passengers in the car.

Chekgu BaniHassim said...

byr duit jea??
huhu

bape sen sgt la nyawa...
should be priceless kan??

Neeza Shahril said...

Lollies,

in a way bagus jugak kan sebab family si mati tu terbela. At least ada lah duit untuk teruskan hidup. It was just the amount that varies according to siapa yang dilanggar.. too bad..

kat sini pun sama rasanya sebab ada case one of our saudi friend langgar orang sampai mati tapi tak sengaja. Kalau ikutkan kena jail for life tapi since dia tu comes from VIP family, lepas lah dia..

***********************************

Chekgu,

kalau kat malaysia, langsung tak bayar kot pada family yang kena langgar tu kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin