Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, May 9, 2009

Rumah siap pahat berbunyi


Selepas sesuatu acara selesai, ada saja komen-komen dari orang-orang lain akan kedengaran. Ia mungkin kata-kata tak puas hati lah tu sebab pahat sepatutnya berbunyi sebelum rumah siap dan bukan selepas rumah siap. Memang selalu ada jurucakap / pengkritik tak bertauliah tentang apa jua pun.

Bila kedengaran kata-kata dibelakang, maka adalah pula kata-kata didepan "Ala.. kalau pandai sangat, lain kali buat sendiri lah! Ingat senang ke nak buat?" heheh.. cool la brother / sister. Kita bukan marah pun. Geram sikit je. Lagipun kita suka jadi penyibuk antarabangsa pengkritik yang suka sangatlah mencari cacat cela sesuatu majlis / acara.. heheheh.. toing!!! (kata-kata tersebut ditujukan khas buat penulis blog sendiri. Jangan ada yang terasa ya..).

Semalam kami ada 'satay party'. Bila namanya satay party, kita boleh expect lah menu utamanya ialah satay. Betul... banyaaaakkk sangat satay semalam. Sampai kan ramai che' abang sape entah berhempas pulas mencucuk satay yang tak habis dicucuk pada malam sebelumnya di waktu orang lain sakan berbual-bual (yang berbual-bual tu kebanyakannya kaum hawa.. jangan marah aaaa..). Ada satay ayam dan daging. Memang banyak. Tapi.... ooopppsss!! cukup!! cukup!! cukup tu Neeza. Karang tak pasal-pasal awak kena tembak dengan machine gun.. Dalam dunia blogging ni banyak machine gun tak bernama tau.. ;).

Jadi, untuk elakkan daripada pahat-pahat tak register (macam penulis blog ni sendiri) terus berbunyi, apa kata, para kontraktor, arkitek, jabatan-jabatan kerajaan berkaitan adakan POST-MORTEM. Perlu diingat bahawa post mortem ini bertujuan untuk menambaikkan segala kelemahan dan apa yang dah baik demi untuk kepuasan hati bersama. Ia tidak sepatutnya dijadikan medan untuk menghentam atau mengenakan sesiapa. Lagipun, hanya selepas sesuatu benda selesai, barulah kita nampak apa yang kurang, apa yang lebih. Kalau tidak, semuanya di awang-awangan. Kita juga perlu ingat nobody is perfect walaupun saya selalu mengharapkan perfectness huhuuu...

Komunikasi juga penting sebelum dan selepas sesuatu acara / majlis. Tersalah atau tiada komunikasi, lain jadinya. Macam permainan 'telefon buruk' tu. Lain yang disampaikan, lain pula yang dapat di akhirnya. Semua benda itu perlu diambil kira.

Cukuplah kot menulis berpanjang lebar. Jom kita layan sedikit gambar-gambar di majlis semalam. Sebelum tu, peace!!! Neeza tak nak cari gaduh dengan sesapa tau...


















13 comments:

yannfuad said...

kak neeza.. patutla sampai yanbu bau satay.. upernya ader wat party.. klass org jubail ;)

adat la tu kak.. nobody perfect right.. rambut sama itam tp ader gak yg color2.. hiks

by the way nak tanya cikit.. kak neeza kenal sapa umi aishah..?? just want 2 know n kenal2..

tchersally said...

Amboi..amboi..amboi..sedapnya satay..

bab2 pahat memahat ni biasalah Neeza..suruh depa buat baru tau!!! mulut tu daripada dok pot pet pot pet..makan satay lagi baik..kan..

Kak Elle said...

lama tak makan satay ni nak kena cari lah nampak nya...hehe

Kujie said...

hahaha...lain mcm je tembakan neeza ni..siap suap dgn satey lagi tu

hahaha.... betul2 tau..entri ni 'makan dalam"

hepi weken neeza

Neeza Shahril said...

Yann,

betul tu yann.. disebabkan manusia berbeza, kita perlu cari kesefahaman..

ummi aishah tu kak Sarimah.. dia duduk sini..

***********************************

Sally,

makan satay tak puas.. huhuhuuuu..

***********************************

Kak Elle,

pasar malam banyak kot kak..

***********************************

Kak Jie,

hehe.. entry ni memang berkaitan satay pun kak Jie ;)

::ADleez:: said...

kak neeza...
heheheh...haah la..nak mkn 2nd round dah 'lesap" seme sate..mane pigi???

Chekgu BaniHassim said...

erm...ni pasal nk makan ramai, tpi yg buat keje sikit je ek??
alaaa....normal la tuh...

cume akan menjejaskan rasa dlm majlis, terutama pihak penganjur...
mcm2 bende yg akan dikate...

kene terima laa...

maklang said...

kalau paklang nampak satay...benda lain tak nampak dah...

selamat hari ibu neeza...
bila balik sini?

silversarina said...

Parti sate pun ada yang merungut jugak.... suapkan aje sate kat mulut orang2 tu, senyaplah mereka

kayteeze said...

He he ..comel2 3 dara tu, ya...

Eh..benda putih yang bulat2 tu apa ??

Selamat hari ibu, Neeza...

xiiinam said...

....sebab tu dalam bidalan Melayu lama ada disebut, "Sepakat membawa berkat"


Tahniah...kerana masih mengamalkan konsep gotong royong meski berada di bumi asing....

Neeza Shahril said...

Liza,

sate terbang masuk boot.. hehehh..

***********************************

Chekgu,

tu mungkin gak la.. tapi ada benda lain dan selalu terjadi chekgu.. elok kalau ada post mortem.. jadi semua pihak dapat bagi idea untuk penambahbaikan dimasa depan...

***********************************

Maklang,

Selamat Hari Ibu Maklang..
Neeza balik hujung June Insyaallah..

***********************************

Kak Rina,

nak suap sate tapi sate dah lesap.. ish ish.. camne tu ek? ;)

***********************************

Kak Tie,

itu ialah telur.. hehee.. direbus di luar.. brilliant sungguh kan sesapa yang merebus telur tu..

***********************************

Kak Lah,

betul tu kak..

kami disini selalu ada aktiviti cam tu.. maklumlah.. ini lah sedara.. ini lah kawan..

nj said...

neeza...
memang sedap sungguh satay ari tu. Tu yang cepat 'habis' tu...
Lain kali kita wat lagi ye...
p.s: thanx sbb snap gambar si Haikal tu...dia mmg suka enter-frame...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin