Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, June 3, 2009

Exam week




Pelajar sekolah di Malaysia bercuti sekarang tapi Neeza akan berperang dengan buku-buku sebab next week ada exam.

Sabtu - Arabic grammar
Ahad - Tajweed writing
Isnin - Arabic dictation and reading
Selasa - Hafazan
Rabu - Tawheed, Seerah and Fiqh


Hari yang paling paling paling (banyaknya paling!) Neeza gerun ialah hari Rabu. Ada 3 buku nak kena baca. Walaupun buku-buku tu tak lah setebal Buku Ulangkaji SPM terbitan Fajar Bakti (teringat pulak zaman SPM dulu..), bahasa Inggeris yang digunakan lepas ditranslate dari bahasa arab sangat lah tinggi levelnya. Penat lah asyik nak bukak dictionary tebal 3 inci. Yang 1 inci, ada yang tak recognize pun sesetengah wordings tu. Lepas tu, bila baca 1 page, mata pun ala ala nak tertutup je gayanya. Bagus dijadikan bed time story book. Betul lah kata cikgu kami, jadikan buku tu bed time story, bacakan untuk anak-anak. Jawabnya, dengan mak nya sekali tidur hahahaa!!!

Ish.. panjang pulak lah entry ni. Nak kena sambung selak-selak baca buku lah. Mohon maaf kepada kawan-kawan yang tak sempat Neeza jengah dan baca blognya. Masa agak suntuk untuk mengadap Al-Hasub (computer) ni. Tapi, kalau ada free sikit, mungkin Neeza tinjau-tinjau dan jeling-jeling jugak ;). Insyaallah.

Sekian dulu. Salam sayang dari Neeza di Jubail :).

18 comments:

rozie yusof-azlan said...

InsyaƔllah Neeza..You will do well. kz je yg ambik class tp tak sit for exam..tak confident betul..berani utk mock exam je..

Abang Long said...

Soalannya objektif ke subjektif.

Kalau objektif, senang saja, boleh pakai buah dadu

Yummy Yum said...

kak neeza...all the best ye untuk xm tu...lepas2 ni leh le buat n3 dalam bahasa arab lak...hehehehe

pB said...

buat molek molek deh ....

WanHidayat said...

Salam akak....

Selamat menduduki peperiksaan....

Semua subject tuh subject akhirat....hehehehe. Alhamdulillah!

Pelajar2 kita di luar Malaysia pun sedang exam....sibuk mereka semua...hehehe

Akak...apa khabar akak sekeluarga di sana?. Harapan sy agar semuanya baik2 sahaja.....

::ADleez:: said...

rs lemoh badan den ni haaa..
menengokkan byk betul kene baca..hafal..ingat...faham...adoiiii..
sampai kaki ni berat nak g kelas 2day...;)

Mak Teh said...

Neeza,

Belajar tidak ada titik nokhtahnya. Tapi yang bagusnya Neeza rajin belajar dan rajin ambil exam.

"Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu. " Maaf kurang ilmu nak quote tepat-tepat dengan nasnya sekali.

nj said...

neeza...
Semoga berjaya menjawab soalan dengan cemerlangnya...nanti dah dapat keputusan...bagi tahu la ke kami ni ye...

maza said...

kek U jo den pornah dengarkan org ucapkan kat den "GOOD LUCK FOR YOUR EXAM"

Jadi eh, den pun samo gak lah nak wish bendo alah yg samo tu ha.. huhuhu

kalau nak sonanglah menjawab perekso tu ha, elok ekau rondamkan sekali segalo buku2 tu dengan air sebelango.

Lopeh tu, ekau didihkan. Jadikan satu cawan.

belakang, ekau minumlah air rebusan tu ha... huhuhu.. mudah2an mujarab dan ekau sonang lulus perekso ... huhu

sekian, petuo dari mak lampir..

cikgu_math said...

good luck neeza...
akan tabik betul pada ibu-ibu yang dapat bahagi masa untuk study.

Chekgu BaniHassim said...

bayangkan camne mak budak amik exam...
musti sibuk menelaah kan?
hehehe

good luck!

Neeza Shahril said...

Kak Zie,

Neeza suka ambik exam sebab nak tengok setakat mana kefahaman / ketidakfahaman Neeza.. hehee... walaupun pada hakikatnya malasnya nak baca buku ;)

***********************************

Abang Long,

semuanya subjektif kecuali tawheed, seerah dan fiqh tu.. ada banyak objective.. nanti memang nak sediakan dadu pun.. :P

***********************************

Yam,

entry bahasa arab?? 5 tahun lagi pun tak tentu boleh Yam hahaha!!!
Ni jenis belajar tapi tak practic.. *malunya..*

***********************************

Kak Pb,

Insyaallah.. thank you..

***********************************

Dayat,

sebab tu akak belajar subject2 tu.. nak belajar MA, PhD tu memang dah malas.. :D

Alhamdulillah, akak sekeluarga sihat walafiat.. moga-moga Dayat pun macam tu juga..

***********************************

Leeza,

oooo.. itu pasal ka tak datang kelas.. takut bebenor tu nampaknya.. hehe..
relax leeza, kita belajar slow and steady, kita jawab soalan pun slow and steady ;)

***********************************

Mak Teh,

banyak sebab Neeza belajar Mak Teh.. salah satunya sebab diri Neeza banyak kekurangan :(.
ambik exam tu suka sebab boleh tengok takat mana Neeza faham..

***********************************

Norma,

thank you Norma.. tak bagi tahu kot.. malu.. heheh..

***********************************

Maza,

kahkahkahkahhh!!! tu dia hai.. mak lampir dah datang bagi petua..

secawan cukup ke air rebusan tu? tak cukup kenyang nanti.. heheeee..

anyways, tenkiu ya...

***********************************

CM,

agak ribut jugak sebenarnya nak cari masa belajar tu.. time rajin, anak nangis, time anak tak nangis, malas lah pulak hehe..

***********************************

Chekgu,

bayangkan.. dah terus bayangkan ya...
bayangkan ada anak budak yang kena marah sebab kacau mak dia belajar.. huhuuu...

aNIe said...

Salam Neeza...akak doakan semoga segalanya dipermudahkan...Insyaallah...setelah berusaha neeza pasti akan berjaya..

noniey alias said...

gud luck kak neeza.. baca n hafal betul2.. hehehe..

Cat Cat said...

Neeza,
All the best to you. You will excel in every subject.

Ainur68 said...

Salute lah kat Neeza, sempat lagi belajar dalam kalut2 membesarkan anak2, makan minum hubby lagi....wa caya lu lah! Good luck & all da best!

Mrs Rafiuddin said...

good luck akak!!
baca buku tu..bukan bagi buku baca akak tau :P
InsyaAllah semua A+++

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

terima kasih kak.. itu lah yang Neeza harapkan.. Ameen..

***********************************

Noniey,

betul tu.. memang kena hafal semua subject ni.. tu yang lemah sikit ;)

***********************************

Cath,

thanks Cath.. I really hope I'll pass with flying colors :)

***********************************

Kak Nik,

belajar suka-suka tapi jadi seriouslah pulak.. kalau belajar serious, tak tahu lah camana hehe..

***********************************

As,

huhuuuuu.. A+++ tu.. Ameen.. Ameen... makbul lah doa As hendaknya..
camne ek tak nak bagi buku baca akak.. kena letak batang mancis kat mata kot.. hahaha!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin