Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, June 19, 2009

Suka hilang tauuu...



Suka sangat hilang-hilang Neeza ni tau. Kejap timbul, kejap tenggelam. Itu lah jadi kalau mood untuk duduk depan laptop ni kejap ada, kejap takde. Ke sebab lain nih?

Tahu lah orang tu nak balik negeri 2 hari lagi. Mesti sibuk kemas baju, susun beg dan beli kacang-kacang untuk adik beradik. Kesian kat I tau.. kena tinggal sini. Lambat lagi nak balik negeri.. err.. kirim tempoyak ya.. okay!! tempoyak on the way.. kirim budu ya.. okay!! budu pun masuk bag nanti.. belacan jangan lupa tau.. oraittt!!! belacan packing cantik-cantik gitu. Kalau tidak, habis lah baju bau belacan huhuuuu.. InsyaAllah, apa yang dikirim tu orang yang nak balik tu akan cuba usaha sedaya upaya. Kalau lupa, mintak ampun, mintak maaf ya.

Di petang yang hening ini, ada 2 makhluk tengah syok tidur atas katil tu. Jelesnya la. Tapi, mata ini belum mengantuk lagi (weiii!!! bangun lewat pun ada hati nak tido lagi ke? adehhh!!). Sebenarnya hajat di hati nak ajak orang itu pergi BIG WORLD hehehe.. (mak oi! besaunyaa!!). Lepas tu nak pergi alter abayat yang labuh berjela-jela tu. Maklumlah kan, kita ni kemetot pendek. Beli baju kat sini, mesti nak kena kerat. Pompuan saudi tak kisah baju labuh sebab memang diorang suka sapu lantai kain labuh pun.

Semalam kan, ada orang hadiahkan Neeza jubah egypt. Walau bagaimanapun, jubah tu tak dapat di pakai lagi atas sebab-sebab tertentu. Tunggu 2 tahun lagi boleh kot. Terima kasih ya orang itu. Ingatanmu terhadapku sentiasa kukenang sampai bila-bila. Hehehee.. tak yah tanya la sape bagi ya. Dia tahu siapa dia...

Sekarang jam 2.07 petang. Adakah patut Neeza meneruskan misi mengemas baju? Menarik juga kalau kita buat misi beradu kan. Kita lihat nanti.. ;).

18 comments:

zino said...

macam biskut merry la.. kejap ada kejap tak ada hehe

ibusinga said...

Cop.......
sapa yang nak balik M'sia ni...
sapa yang sibuk kemas baju ni...

::ADleez:: said...

huwarghhhhhhhhhhhhhhhh...
jgn tinggal daku wahai akak!!!
sapeeeelah yg suke2 hati dok order budu..blacan n tempoyak tuuu[packing dgnrapii]..hishhhhhishhh...jgn melatopp udah lerr...~_*..

mode::sobsob..sgt sedeyyy..;(

'SELAMAT BERCUTI DI TANAHAIR...MALAYSIA IS TRULY ASIA...'

tchersally said...

Neeza nak balik Malaysia dah ya..meh Sally sebut dulu..

"kepada warga Malaysia kami mengucapkan selamat pulang ke tanah air" !!!

pB said...

hopefully

we


can


jumpa

Nadia Yuna said...

kakak nak balik dah?? waaaa. suka2/ leh meet up. nak jumpa kakak & ur sweet daughter juga hansome sons.

=)

aNIe said...

Neeza nak balik malaysia ke?...wah!! mesti seronok ni...

hidayah said...

hi kak neeza... lama x singgah sini.. hehe... busy kekdahnya... kak neeza nak balik mesia eh... hehe...bestnya laaa.. ala, saya ni pun selalu hilang je... sayup2 baru ada balik dalam alam siber ni... hehehe

Neeza Shahril said...

Zino,

biskut mery ke, chips more?? hehehe..

***********************************

Ibusinga,

heheh.. orang yang tengah tulis comment balas ni.. huhuuuu... :D

***********************************

Leeza,

jom ikut masuk bagggg.. heheee.. tempoyak dulu bawak selamat. Kali ni kena guna tactic yang sama gak laa.. Insyaallah okay kot. Cuma nak kena carik stock tempoyak je. Kalau takde, akak beli durian kat pasar borong la buat tempoyak hahahaa!!!

jangan sedih.. nanti leeza balik, kak neeza pulak kena tinggal.. uwwaaaa!!!!!

***********************************

Sally,

hehheee.. sesungguhnya Neeza bangga jadi rakyat malaysia..

Malaysia Boleh!!!!! hehee..

***********************************

Kak Pb,

Insyaallah... nanti kita arrange ya.. :)

***********************************

Nadia,

Insyaallah.. kalau akak turun KL (hopefully ada la), kita boleh meet up.. :)

***********************************

Kak Anie,

sangatlah seronok kak..
nak makan durian.. :D

***********************************

Hida,

akak nak balik.. tapi tak sampai sebulan pun duduk malaysia, Insyaallah..

Hida hilang boleh diterima sebab sibuk belajar.. Akak ni sibuk apa entah.. hehehe..

maza said...

karpet den dah sediokan.. karpet kelabu asap, huhhu

jangan lupo singgah ke gubuk den bilo ekau sampai sini...

boleh la pekena ayam golek nara, atau nasi lemak antarabangsa itew.. hehehee

nj said...

neeza...
selamat bercuti di Malaysia. Kirim salam pada keluarga di sana ye...

silversarina said...

Dah nak balik dah...bestnya.... InsyaAllah kita jumpa di Kemaman ye :)

l i e y n said...

nak balik malaysia ekkk
cuti lama ke?
datang kuantan, lieyn belanja makan steamboat!!!

Kak Elle said...

oh nak balik holiday ye?

MAMAMIA said...

Dah start nyanyi lagu "Balik Kampung" ke belum?

"Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hatiku melonjak sama..."

Hah... sambung Neeza...

kayteeze said...

Waaa.....nak balik rupanya...

Baguslah... sekarang musim buah... kak tie dah nampak durian kat tepi jalan tu.. bolehlah makan puas2 ya... simpan sikit utk bekalan nanti, hi hi...

cHeRyNa PiReS said...

jgn jd macam sha...kirim budu sekali meletup budu dalam bas...ahahaha...cuuuuuukkkk.....

* windu sangat....

Adry said...

owh... have a safe journey kak... biasalah tu kalau hilang hilang... hahaha...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin