Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, July 23, 2009

Great feast to remember


*Phew*

It took me quite a while to update on my vacation back home. Many things crowded my mind. Not to mention the housechores synically waits for me. Okay lah kain baju sebakul.. kejap lagi lah saya lipat awak.. nak rehat kejap nih.. hehehh..

It had been 3 vacations back home so far and my kind of entries were abut the same for the first 2. I think I wanna do something different for this one. I'm not gonna write them in chronological order. Instead, I'm gonna highlight things that I found interesting. Oh well, I like to be different, sometimes and in inexpensive ways :).

Tipu lah if I would say, I don't miss food back home. Though, I could eat the same kind of food, they are not the same. Eating a 4 kilo for RM10 mangoesteen is not the same as eating 4 pieces (biji) for SR10 right! Malaysian tomyam is so very different from thai ala-ala saudi kind of tomyam. Ikan masak 3 rasa?? Wow!!! I miss home.. uhuksss...

Indeed, I enjoyed eating so much, especially the local fruits that are seasonal - Durian, rambutan, pulasan, mangoesteen and the list goes on. I didn't care about people's reminder - "jangan banyak makan durian... panas nanti menyusu anak..". Hehee.. being a quite a hard head person, do I care? Nope!! Alhamdulillah, my 2 breastfeeding babies didn't show any problem about that. In fact, Shahmey has started eating durian!! hehee.. like mother like son kan.. :)

Panjang sangat cerita pun bosan jugak. Jom layan gambar-gambar yang menggiurkan huhuuu...


Majlis aqiqah ini diadakan di rumah Mak mertua Neeza di Tg. Sepat. Lauk utama sudah tentunya kambing masak errr.. kari lah kalau tak silap hehe.. Ada ikan tenggiri masak berlada dan sate kambing goreng. Dessert pulak ialah roti jala bersama serawa durian. Yummy!!


Durian besar gedabak bersama-sama durian-durian sederhana yang sedap dan lazat. Semua isi durian kuning. Durian-durian ini datangnya dari Kuala Kubu Bharu.


Lazat, garing dan berempah ayamnya. Ada pulak sambal belacan. Fooh!!! Memang sedap. Siap ada labu sayung disetiap meja. Trademark gerai ni agaknya. Kalau tak nak order air, boleh minum je air masak dalam labu sayung tu heheh...


Jamuan makan meraikan anak-anak kelainan upaya (dari umur 5 tahun hingga 38 tahun). Menarik tengok telatah diorang. Adik Neeza yang bongsu juga salah seorang dari mereka. Mereka memang istimewa. Neeza tanya jejaka OKU yang berumur 38 tahun tentang ketupat yang dia makan - "Sedap tak?" Dia kata, "Tak sedap! tawor!" Hahaha!!! Jangan ingat mereka takde taste tau.. Makanan yang terhidang di meja ialah Nasi Dagang (tempah), Mee Goreng (Ma yang goreng), Ketupat pulut (tempah), Cheesecake (buat sendiri), Karipap dan Temosa (tempah), nasi impit dan kuah kacang (buat sendiri) dan ada beberapa kuih lagi.


Kami ke Kota Tinggi untuk ziarah adik dan adik ipar Neeza yang baru ditugaskan di sana. Bandar Kota Tinggi tak lah besar sangat. Jadi kedai makan pun boleh bilang dengan jari je.. eh! ye ke? Jangan marah ya orang Kota Tinggi.. hehehh.. Restorang ni ialah the only seafood restaurant di Kota Tinggi. Neeza tak pasti nama dia macam tu ke bukan. Lupa nak tengok nama kedai tapi restorang ni dimiliki oleh cina mualaf. Semua ahli keluarganya bernama Ong.


Lepas bershopping di Sogok, kami singgah makan di sini. Tapi tak semua ahli keluarga ada. Cuma orang-orang yang bershopping saja makan. Orang-orang yang tak bershopping dah makan di tempat penginapan selepas sakan berendam ;).



Last sekali, kami beramai-ramai makan disini!! Kedai makan ni dah berpuluh tahun bertapak di Kg Baru ni. Owner asal ialah kakak kepada Ayah Neeza. Masa zaman bujangnya, Ayah Neeza pun pernah membantu di sini. Tapi sekarang, Makcik Neeza dah tiada lagi. Anaknya yang meneruskan perniagaan di sini. Neeza suka food disini sebab memang kena dengan selera tekak Neeza... Kalu nok tera pelabagi ulae cicoh budu, ggi lah makae ssitu huhuuu...

Sekian laporan kali ini. Salam....

19 comments:

silversarina said...

Haaaa tu dia...puas hati dapat makan macam2 bila balik kampung , paling tidak kuranglah rindu pada makanan buat sementara waktu.

Akak nak lipat kain malam karang, siang merayau dan sibuk depan pc... hehehe.

Abang Long said...

Memang terlupa !


Selalunya Abang long akan berpesan kepada sesiapa yang hendak pergi melancong. TIMBANG BERAT BADAN Anda.


Selesai melancong, timbang kembali berat badan.

Hahahahaha ... ini sekadar hendak perli orang sahaja ...

cikMilah said...

Sesekali balik.. tibai ja lah kan..

Oww.. baru tahu Neeza menyusu 2 anak sekaligus; MasyaAllah, besarnya pahala..

xiiinam said...

Durian ke model durian tu?


Besar sungguh....slurrrpp....
Akak jadi lapar baca entri kau ni Neeza......sesekali balik Malaysia, macam-macam mereka jamu ya!!!



Errr...kesian ayam tu kan, masih anak dara dah kena sembelih...

Chekgu BaniHassim said...

ini kire food fest ni kak...
makan2 je nih...
jeles pulak...

Kak Elle said...

dalam semua gambar makan2 tu saya pilih durian tu ....nakkkkkkkkk

MULAN said...

pernah beli durian gergasi tp rasa kurang sedap.. durian kampung paling ummpphh rasanya.. eiiyy jahat tekak ni, tak bersyukur..

zino said...

nampak gaya nya kemana pergi pun aktiviti utama dia makan hehe..

maza said...

perkhh meriah giler..

di mana2 ada makanan. huhuhu

betul2 dia org jamu neeza & family nie.,. hehehhe

harap2 instructor dan para ustaz or ustazah kat sana masih mampu mengenali neeza.. huhuhu

takut2 neeza dah berubah, bertukar saiz ke xxxxL daripada saiz L

hehehe

Rasyidah Abd. Aziz said...

ini barula betul2 dikatakan mentedarah kata org melake...melelehhhh

Cat Cat said...

Neeza,

Cath nampak ada sharkfin soup atas meja kat Kedai Seafood Kota Tinggi tu...

I'm drooling for the durian babe.. Huhuhu!

l i e y n said...

memang balas dendam betul!!!
tapi macam tak puas je lagi tu....

pasal durian tu, saya rasa takde masalah...mak mentua saya kata even kalau nak makan dalam pantang pun takpe-panas badan!!! just takut anak sakit perut je...tapi kalau kita tak cuba, kita tak tau kan?

yginsaf4 said...

makannng gilerr .. ehehe, salamm jumaat akak neeza teww

ibusinga said...

besornya durian!!!!!!!!!!

nurie said...

wah...bestnya sesekali balik kg ye...ni betul-betul jalan cari makan nih...takpe...pasni dah nak puasa plak!

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

kurang rindu sementara aje kak.. kalau lah dapat, nak je neeza belasah durian lagi kalau ada.. hehee..

***********************************

Abang Long,

dah timbang semalam.. turun sikit la.. sebab penat buat kerja tanpa bibik kot.. huhuuuu...

***********************************

Kak Cik,

Alhamdulillah. Penat sikit tapi takpelah, dah rezeki diorang kan kak cik..

***********************************

Kak Lah,

Tu durian betul. Isinya saja besar penumbuk. Tapi tak berapa sedap. Yang kecik tu sedap..

ayam tu dah niat tak nak kawin sebelum mati tu.. hehee..

***********************************

Chekgu,

chekgu, bila2 masa boleh makan best.. singgah aje memana.. ;)

***********************************

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

kalau kak elle nak, neeza 10 kali lagi nak.. jom belasah durian!!! hehee..

***********************************

Mulan,

memang betul pun. Durian gergasi tu banyak 'botox', cucuk sana sini.. yang kampung gak asli kan ;)

***********************************

Zino,

kalau tak makan, mesti lapar kan. Alang2 makan, biar makan puas hehe..

***********************************

Maza,

kalau neeza tukar size, mesti stewardess tu tak bagi neeza naik flight..

tapi diorang bagi hari tu. Mungkin tak cukup X agaknya.

Cam ni kena makan banyak lagi lah durian.. huhuu..

***********************************

Syida,

memang lebih dari mentedarah sebenarnya.. tak hengat dunia bila makan hahaha!!

***********************************

Neeza Shahril said...

Cath,

yupp.. murah betul sharfin soup tu.. kami makan tak habis pun..

best betul durian tu Cath.. ;)

***********************************

Lieyn,

memang tak puas uuuwwaa!!!

Alhamdulillah, so far anak2 akak okay je.. tu yang ummi dia belasah kaw kaw tu.. :D

***********************************

En Me,

salam jumaat en meeeee... :)

***********************************

Ibusinga,

memang besor sangat!!

***********************************

Nurie,

masa puasa, kena puasa betul2, takleh ingat durian dah.. hehe..

noniey alias said...

puas hati betul balik kali eh.. semua tempat kak neeza gi.. selatan, timur, barat.. utara gi gak ke? hehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin