Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, July 25, 2009

Mereka yang istimewa


Seperti yang ada Neeza cerita dalam entry yang lepas, salah satu acara makan ialah meraikan anak-anak OKU. Ma memang selalu buat makan-makan untuk mereka ni. Cuma Neeza yang tak berkesempatan nak join sebab Neeza takde di kampung. Hari tu memang Neeza teruja sangat tengok kawan-kawan adik Neeza di sekolah istimewa tu. Macam-macam telatah mereka. Yang kesiannya, ada yang tak boleh berjalan. Ada yang tak boleh bercakap. Yang down syndrome paling ramai dan perangai mereka sama lah macam adik Neeza. Cuma satu saja, mereka jujur dan hati mereka ikhlas. Bahagianya mereka dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat kan...

Mereka penuh dengan kasih sayang. Keesokan harinya, adik Neeza dan kawan-kawan mereka ada jamuan harijadi dekat swimming pool Bukit Mentok (Kak Rina mesti tahu tempat ni heheh..). Neeza dan Ma pergi ke sana untuk jemput adik Neeza balik. Ada 2 orang antara mereka yang dah agak berumur (dalam linkungan 30an) bagi belon pada anak-anak Neeza walaupun anak-anak Neeza tak mintak pun. Langsung tak tahu erti kedekut mereka ni.

Bila tengok mereka yang berhati tulus ni, Neeza rasa sedih sebab ramai antara kita yang berakal dan boleh berfikir dengan waras tapi mempunyai hati yang tak baik dan busuk macam bangkai. Bagus juga kan kalau kita boleh jadi macam mereka. Sentiasa bahagia sebab takde masalah yang perlu difikirkan...








16 comments:

xiiinam said...

Allah saja yang dapat membalas budi 'mereka' yang prihatin itu...



Nampak sangat gembira anak-anak terpilih ini dengan kehadiran rombongan Neeza...

Abang Long said...

Isteri Abang long pernah berkata "lebih baik bagi budak - budak makan dari bagi orang dewasa makan."


Ada sebab ...

zino said...

kat rumah kami pun ada anak istimewa ni.. dulu dia selalu dengan arwah mak mertua kemana saja mak pergi.. oleh kerana mertua dulu duduk dengan kami , bersama kami lah dia..

sekarang siapa yg nak menjaga??? persoalan yg masih belum berjawab..

nya myra said...

next time kalo auntie neeza balik kemaman lg, smpai kan salam NYa pd pakcik firdauz k .. best nyerr dia, in d day after leh jumpe bidadari syurga ..

Kak Elle said...

alhamdulillah ada juga yg masih melayan anak2 istimewa ni neeza.

silversarina said...

Akak ingat sempat nak beramah mesra dengan diaorang smeua masa hari tu, tapi terlambat sikit tiba, diaorang dah nak balik masa tu...apapun Syukur Alhamdulillah mereka masih punya warga dan komuniti yang prihatin dengan nasib mereka . Tengok saja adik Neeza, akak tau dah keluarga Neeza adalah contoh terbaik kepada sesiapa yang punya anak OKU , keluarga Neeza memang jujur dan pasrah dalam mencurahkan kasih sayang pada Firdaus, bukan manja terlampau tapi didikan dan komitmen 100% telah membuktikan yang Firdaus juga boleh berdikari dalam banyak aspek kehidupan nya. Semoga Syurga ganjarannya buat kalian sekeluarga dan warga pendidik di sekolah istimewa tersebut. Amin.

maklang said...

Allah Maha Kaya....

Mereka yang istimewa ini pasti mendapat ganjaran istimewa juga di akhirat nanti...juga untuk yang menjaga mereka...Amin...

Chekgu BaniHassim said...

erm...
mereka ni suci, tatau ape2...
tapi kdg2 gelagat mereka ni mencuit hati kan??

semoga Allah lindungi mereka...
dan mereka yang memberi lindungan dan kasih sayang kepada mereka...

13may said...

syok plak tengok gambar gambar...nampak hepi saja semua :)

yginsaf4 said...

insaf dengan kelemahan n kekurangan diri me yg inih.. salamm akak neeza ittewww

maza said...

kekadang.. lawak gak layan dia orang ni..

tapi sungguh mereka berbahagia.

cuma kekadang otak maza jauh menerawang!

Andai kata emak ayah mereka tiada lagi, bagaimanakah nasib mereka nanti?!

huhuhhu

Rasyidah Abd. Aziz said...

mereka sebenarnya sangat2 beruntung berbanding kita. Mereka sentiasa ketawa ceria, diakhirat juga dah dijanjikan, mcm kita ni, didunia dah sengsara, diakhirat belum tau lagi. Semoga ALLAH sentiasa merahmati mereka dan kepada insan2 yg tak jemu2 menjaga dan mendidik mereka

Neeza Shahril said...

Kak Lah,

sebenarnya diorang datang rumah Neeza kak.. majlis tu kat rumah mak Neeza..

**************************************

Abang Long,

Mak Neeza pun cakap cam tu Abang Long.. baik bagi budak2.. ;)

**************************************

Zino,

Kalau diikutkan, tanggungjawab berat pada adik beradik lelaki OKU tu la.. tapi kalau husband adik beradik perempuan tak kisah, boleh jugak jaga kan..

**************************************

Nya,

best kan pakcik firdauz.. di dunia orang manjakan dia, di akhirat, bidadari pulak layan dia..

**************************************

Kak Elle,

ada jugak yang terbiar.. yang tu memang kesian kan kak..

**************************************

Kak RIna,

tu la kan.. diorang kena balik awal sebab parents diorang dah tunggu di sekolah. Tapi diorang suka dapat goodies dari Kak Rina tu.. Kami hantar a day after - di swimming pool bukit mentok..

Alhamdulillah.. walaupun adik Neeza tak macam manusia lain yang normal, kasih sayang yang dicurahkan sama saja malah lebih lagi... dan dia pun penuh dengan kasih sayang..

**************************************

Maklang,

mereka sangat bertuah dilahirkan demikian sebenarnya dan parents mereka sepatutnya lebih bertuah kan..

Neeza Shahril said...

Chekgu,

mereka sentiasa jadi penghibur sebab dunia mereka penuh dengan gelak tawa kan..

**************************************

May,

memang diorang tegah happy pun.. tak payah belajar kan hehehh..

**************************************

En Me,

semua orang sama saja en me itewwww..

**************************************

Maza,

waris mereka lah yg kena jaga..

sape tak nak jaga takpe.. bagi pada yg nak..
kalau takde jugak, kesian kan...

**************************************

Syida,

kita ni belum tentu syurga atau neraka kan... mereka dah tentu dah...

noniey alias said...

betul cakap kat neeza.. hidup dorang ni happy je kan.. tak yah nak pk apa2.. best je.. bahagia dunia n akhirat...

Neeza Shahril said...

Noniey,

diorang pening kepala kalau salah makan aje.. bab masalah, takde nak pening2 kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin