Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, August 1, 2009

Belajar lagi



Setelah hampir 2 bulan Neeza bercuti dari belajar, Neeza dah pun lepas kelas pertama (orang lain dah lama dah belajar), Ahad lepas. Alhamdulillah. Tapi belajar kali ni bukan di tempat yang sama (Da'wah Centre). Da'wah Centre cuma akan dibuka selepas Eid. Mereka ni bulan puasa kena duduk rumah, masak banyak-banyak penuh meja untuk iftar. Jadi tak boleh lah ada aktiviti lain. Ops! Jangan percaya.. Mungkin tak semualah kot, tapi ramai saudi yang macam tu. Kalau tak mereka sendiri, maid mereka yang duduk di dapur seawal 11 pagi sampailah waktu berbuka.

Bulan puasa bagi masyarakat mereka ialah bulan berehat dan makan banyak masa berbuka (bukan sepatutnya bulan ibadah ke?). Neeza menulis ni berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang selalu dijemput berbuka rumah mereka dan juga pengalaman housemaid yang Neeza kenal. Memang itulah kerja mereka. Masak, masak dan masak lagi! Kadang-kadang tak cukup tidur sebab lepas tarawih, mereka ada aktiviti makan sampai 2 3 pagi. Lepas sahur mereka tidur tapi housemaid tak boleh lah tidur kan ;).

Ni nak cerita pasal orang saudi ke, pasal Neeza sambung belajar yek? Back to the topic. Guru baru Neeza ialah seorang warga Indonesia, isteri kepada Ustaz di Da'wah Centre lelaki. Setakat ni, jadualnya ialah seminggu sekali sahaja dan 3 jam sekali belajar (ye ke? almost lah kot). Memula hafazan (yuhuuu!! takleh lari tauuuuu. Alamak! Neeza belum hafaz suroh tu la). Lepas tu, belajar bahasa arab. Kami guna buku yang ditulis oleh seorang professor dari Islamic University of Madinah. Lain dari buku yang kami guna di Da'wah Centre An-nisa. Wordings nya ada yang sama, ada yang tak. Biasalah kan, belajar bahasa yang sama. Selain itu, ustazah juga bagi tazkirah. Last Sunday, Tauheed. Neeza dah belajar topic tu tapi in English. Ustazah ajar dalam bahasa Indonesia. Best sikit rasanya hehee..

Salah seorang ustazah Neeza pernah cakap, menuntut ilmu biarlah berterusan. Lebih banyak cikgu lebih baik. Dia pernah belajar dengan 7 orang guru (sheikh) tentang subjek yang sama (Fiqh). Wow!!! respectlah dia kan. Semoga Neeza juga diberi kesempatan begitu olehNya. InsyaAllah...

Malam ni, kelas kedua untuk Neeza. Lokasi belajar ialah dirumah pelajar sendiri. Ikut turn ke? Kena tanya class rep ni ;). Lepas maghrib, zauji masing-masing kenalah hantar zaujati terchenta huhuu.. Semoga che' abang yang menghantar zaujati masing-masing tu dikurniakan pahala yang besar oleh Allah. Amin.

11 comments:

zalynn said...

Kalau nak diikutkan, memang malas nak belajar. paham-paham ajelah..dah tu...eh! bukan dah senior. Tapi mcm Nabi Muhammad SAW bersabda belajarlah dr dlm buaian hingga ke liang lahat.Itulah yg memberi sedikit dorongan maka digagahkan jugaklah otak ni supaya belajar.Hi! Hi! Hi! Tapi belajar macam ni seronok,kan?kan?

ibusinga said...

dulu2 masa belajar..paling tak suka buka posa kat masjid sedulang dgn mak2 arab...sebab diaorg kaut suma lauk...hehehe..
jap..zauji=suami
zaujati=isteri
belajar new word today.. :)

Kak Elle said...

back to school ye neeza bagus lah menuntut ilmu.

xiiinam said...

...syabas kerana masih kuat untuk sambung belajar secata formal....meski dikelilingi anak-anak...


bukan sebarangan orang mampu buat tu...

Neeza Shahril said...

Nina,

selain dapat jumpa kengkawan, dapat gak tambah ilmu pengetahuan. Duduk rumah saja pun menambahkan kebekuan otak je.. hehee..

***********************************

Ibusinga,

lorrr.. kejamnya mak arab tu.. habis kaut lauk semua?? ish ish.. nak kena mak arab tak tahu malu tu hehee..

***********************************

Kak Elle,

jadilah budak sekolah semula neeza ni kak.. :)

***********************************

Kak Lah,

since kami tak mudah nak keluar, peluang macam ni amat keemasan lah rasanya.. ;)

silversarina said...

Selamat Belajar !!

Apa yang baik jadikan teladan apa yang buruk jadikan sempadan , belajar dari budaya bangsa lain di dunia adalah satu didikan buat jiwa kita InsyaAllah.

aNIe said...

Seronok dengan kisah neeza yang tak jemu belajar...semoga segala ilmu yang neeza ada di dada dpt dimanafaat dan dikongsi bersama...

nya myra said...

auntie neeza scorer !
auntie nina best student !
nya.. ?! saya budak baru belajar, hehee..

Chekgu BaniHassim said...

dah besar2 ni kdg2 dah malas nk belajar...
tapi kalau ade yg nak belajar lagi, bagus laa...

erm, akak dah prepare ke utk ramadhan nnti??
huhu
kite pon same gak kut, time buka tu kan musti berlambak juadah atas meja...

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

betul tu Kak Rina.. bukan saja ilmu yang diajar kita dapat, yang tak diajar pun kita dapat. Cara hidup yang berbeza dan lain lain kan..

***********************************

Kak Anie,

InsyaAllah.. neeza memang plan macam tu pun.. supaya ilmu tu tak berenti disitu kan..

***********************************

Nya,

Ameennnnn.. hehehe.. auntie belajar untuk tambah ilmu je Nya..

***********************************

Chekgu,

belajar macam ni akak suka. Takde pressure.. tak payah nak kena pulun dapat nombor 1 hehhee..

kalau kita penuh meja kecik tu, diorang mungkin 3@4 kali ganda cikgu.. dessert aje hampir 10 jenis.. banyak pulak tu..

Nadia Yuna said...

selamat pulang ke sekolah
heh. baguih betol akak neh
moga jadi contoh pada anak2 =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin