Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, August 6, 2009

Kisah Pak Ngah, Pak Lang dan Pak Long



Pak Ngah dan Pak Lang adalah jiran sebelah rumah. Mereka hidup berjiran dah hampir 2 tahun. Satu hari Pak Long datang ke rumah Pak Ngah dan Pak Lang.

"aku nak sewa rumah ni.. anak aku nak kawin tak lama lagi. Aku nak bagi anak aku duduk. Siapa yang nak keluar dari sini dan kosongkan rumah untuk aku, aku bagi RM3000"

Banyak jugak tu, kata hati Pak Ngah dan Pak Lang. Pak Ngah dengan lajunya berkata,

"ooohhhh!!! aku memang nak pindah tapi lepas raya ni. Tak lah cepat sangat"

"Aku nak pindah dalam masa berdekatan ni. Sebelum puasa aku pindah lah"

Pak Long pun balik ke rumah.

Pak Ngah dan Pak Lang membuat perancangan masing-masing untuk pindah rumah. Dalam hati Pak Lang berkata, kalau dia pindah dulu, duit RM3000 itu boleh lah dia mintak dengan Pak Long. Cerita itu disampaikan pada isterinya. Kata isteri Pak Lang,

"Jangan harap sangat. Bukan abang tak tahu mereka ni.."

"Takpelah. Kita tengok aje lah nanti"

Selang beberapa hari, Pak Lang bertemu dengan Pak Ngah dimuka pintu rumah mereka.

"Apa khabar Ngah?"

"Baik.. sihat.."

"Jadi ke pindah? Dah dapat rumah?"

"Jadi!!! hari Jumaat ni aku pindah"


Terkejut badak lah Pak Lang sebab tak lama sebelum itu Pak Ngah berkata yang dia nak pindah lagi 2 bulan. Kata hati Pak Lang, melepaslah 3 ribu untuknya. Takpelah, bukan rezeki aku. Tambah Pak Lang lagi,

"Engkau patut mintak dengan Long duit RM3000 yang dijanjikan dia hari tu"

"Dah... aku dah pergi. Kata dia, dia nak bagi RM1000 saja"


Pak Lang balik bercerita kepada isterinya. Gelak besar isterinya. Itulah. Cakap tak serupa bikin. Disebabkan nak sangat RM3000, sanggup dia pindah lebih awal daripada tu. Yang Pak Long tu pulak, memang lah lidah bercabang. Apa-apa pun, moral of the story is, rezeki tu datang dari Allah, bukan dari manusia :).

Selamat berhujung minggu. Sini Khamis weekend yuhuuu!!!


10 comments:

Nadia Yuna said...

huhu. macam2 =)

akak. nadia interview esok. ketaqqq rase =p

maza said...

esok jumaat... penghulu segala hari..

yuhuuu...

kayteeze said...

Pokcik Maza tu saja nak ingatkan malam ni malam jumaat...hihi... sabor je laa..

Ada ke orang gitu, offer duit supaya pindah ? Napa pulak tak de orang offer kat kak tie, ekk ? Tak sabor nak pindah ni... rasa sesak dok kat sini,,,uhuk uhuk !!

l i e y n said...

penipu + tamak=sifat manusia

selamat berweekend....

Kekuatan, Kepuasan dan Kebahagiaan said...

Wang ringgit bisa membuatkan manusia gelap mata

Abang Long said...

Dimana pula Pak Tam, Pak Su, Pak Ndak, Pak ... ?


Anak sedara panggil Abang long - Pak Long ... alahaiiiiii

xiiinam said...

...itu kira macam nak halau jiran secara halus juga tu kan neeza?



Sesungguhnya...jiran yang baik itu juga adalah satu rezeki....

Chekgu BaniHassim said...

huhu...
siannye...
kene tuntut ni, tak kat sini, kat pdg mahsyar nnti..
hehe...
cepatnye dah weekend ye kak??

Neeza Shahril said...

Nadia,

sabar ya nadia.. banyakkan doa..

***********************************

Maza,

ya.. jumaat hari yang mulia :)

***********************************

Kak Tie,

ada.. orang yang berlagak sikit la kan.. nak orang pindah suruh bagi duit tapi time nak bayar dia ngelat :)

***********************************

Lieyn,

selamat berweekend juga :)

***********************************

KKK,

betul tu..

***********************************

Abang Long,

Pak pak yang lain tu ada hal lain heheh..

***********************************

Kak Lah,

dia tak halau tapi mencari jalan mudah untuk dapatkan rumah sewa :)

***********************************

Chekgu,

biarlah kan chekgu.. janji tetap janji kan..

manlaksam said...

Hahahaha.....jangan tamak!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin