Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, August 8, 2009

Musim pindah randah?



Balik rumah semalam, keadaan almost senyap sunyi. Neighbor sebelah rumah kami dah pindah (dekat area water tank - tapi diorang takleh jadi GWT sebab dia bukan orang mesia hehehee..). Yang herannya, lampu rumah dia terpasang seolah-olah ada orang. Kalau betul dia sengaja pasang, ish ish.. Kalau dia tak sengaja takpelah kan.

Neighbor sebelah building pun katanya pindah jugak petang semalam. Yang tu orang tempatan sini. Neighbor bawah ni dah lama tak nampak. Pindah jugak ke? Tapi rumah dia gelap dan senyap. Satu kereta pun tak nampak. Biasanya mereka ni ada at least 3 kereta depan rumah. Maklumlah anak-anak dah besar dan bekerja. Semua ada kereta kecuali yang perempuan ;).

InsyaAllah, Thursday ni turn kami pulak. Harap-harap materialize lah. Kalau pindah on weekdays letih jugak sebab kena tunggu mister balik baru boleh pindah. Semalam tengok mover tu buat kerja, lama jugak. Dari 6 pagi mula, then 11 pagi sambung lagi for the 2nd trip. Wonder jugak, diorang tak pergi solat jumaat ke? Ke uzur?? huhuuu..

Jadi, kesimpulan yang dibuat ialah, orang-orang kat sini ramai yang pindah. Tak tahulah kenapa. Macam kami, kami tahulah the reason. Neighbor kami tu katanya tak sesuai dengan air paip. Entahlah. Macam-macam kan. Mungkin nak rasa suasana baru kot.

Dengar kata, ada kawan di area water tank nak pindah jugak. Dia dah duduk area sana tapi nak cari rumah lain yang lebih besar kot. Betul ke? hehehe.. gossip ke nih? Editor mana yek? Tak pergi terjah ke? Nanti kita korek cerita ya..

Salam sayang untuk semua. Bubur Meyyah dah nak masak tu. Masa untuk dia makan!! ;).

8 comments:

noniey alias said...

ramai nyer yang pindah.. macam mudah je pindah2 ni kan.. huhhuhu..

hopefully saya lepas ni sekali je lah pindah.. pindah rumah sendiri terus..

::ADleez:: said...

hehehhe..musim pindah ramdah mcm msm org kawen @ msm buah plak....
eheheehehhe...ahhahaha...mmg ade dgr rumours cam ade GWT nak cr rmh yg lbh besor....tp x tau la sejauh mane kebenaran.... ape2 pon slamt berpindah yerrr....nak mntak tlg ape2 tak? decoration ker?interior design ker??...hikhik..ni FOC...tp kene msk nasik kambing sekawah...;)

pB said...

Salam Ja


mood swing gapo pulok ????
hopefully mood swing tu effect keluarga Ja



pakak pindoh sebelum poso.
kalu pindoh maso bulae poso , letih jelak jelak larrrr....

kayteeze said...

Mesti penat mengemas tu... Kak tie akan demam setiap kali pindah.

zahryanie said...

ye kot musim pindah randah...kt kptm ni je, yanie, sue n k.dilla pindah rumah last week..
penat tul berpindah ni..pastu kena plak musim budak2 kolej ni tak sihat..ulang alik lagi ke hospital anta diorg...

Kak Elle said...

neeza kenapa semua nya pindah ek?

cHeRyNa PiReS said...

mungkin dia nak rasa dpt neighbour len yg best macam kak neeza?

ataupon diorg nak berpindah sebelum ramadhan kan? maklumlah kalo pindah time ramadhan kang penat pulak....

Abang Long said...

Itulah kita, sememang nya kita akan sentiasa ada hati untuk memiliki sesuatu yang lebih baik

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin